Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

One Fairytale : Venue Hunting

most beautiful parliament building in the world. kalau photoshoot kahwin kan sini memang melets

Perkara pertama nak kena buat lepas kami betul-betul bincang pasal nak kahwin ialah cari venue. Since kami nak buat satu majlis je, so buat majlis di KL is the best choice. 
Nak muntah, nak nangis dan rasa stress sangat sebab urus sorang-sorang, bincang pun via whatsapp dan phone call je. Ye la, bincang pasal nak kahwin awal bulan Julai 2018. Nak kahwinnya bulan Disember 2018! (the worst part, majlis dipercepatkan sebulan lebih iaitu pada November!) Ada berapa bulan je? Maunya tak kelam kabut saya secepat yang boleh listing cadangan venue dan katering. Itu yang paling penting dan kena settle paling cepat.  

Saya dari Pahang, family dan jemputan pun ramai juga la dari Pahang makanya saya nak venue dalam Kl je, cadangannya di kawasan berdekatan Keramat, Setiawangsa & Melawati. Senang kata nak cari yang tak jauh sangat dari tol Gombak. Saya senaraikan tempat-tempat yang saya Google or kawan-kawan recommend dan cuba hubungi.


1. Pusat Komuniti Setiawangsa



Ni first choice saya. Sebelah aje dengan AEON AU2. Tapi dapat venue aje la. Kena cari katering dan bridal dan yadayada lagi. Pusat komuniti ni under pentadbiran DBKL. So, bila semak rate di laman web DBKL rangenya ialah RM500/5jam. Setiap tambahan jam akan di caj RM100. Ni tak termasuk tempoh masa untuk pihak katering dan bridal buat persiapan.  Tak termasuk kerusi meja ye. Ni sewa dewan sahaja.

Boleh ke pejabat pusat komuniti ni untuk semak free date dan ke DBKL cawangan Wangsa Delima untuk bayaran booking.



2. D'Selasih Cafe & Catering


gambar dari FB D'Selasih

Yang ni recommend by Ella. Katanya banyak kali datang wedding di sini. Venue ni tak jauh dari Pusat Komuniti Setiawangsa. Senang je nak cari. Saya berhubung dengan Dato Jaafar owner D'Selasih yang sangat attentive dan terus buat appointment untuk jumpa dan tengok dewan.

Tempat ni di kawasan yang naik bukit sikit. D'selasih ni ada dua dewan. Sebelah menyebelah. Satu dewan untuk tetamu 500 ke bawah dan satu lagi dewan untuk 500 ke atas. Saya dan Ella tengok kedua-dua dewan.

Dewan pertama yang maksimum 500 tetamu agak berbahang berbeza dengan dewan yang satu lagu agak sejuk walaupun kipas tak dibuka. Rate harga yang ditawarkan oleh D'Selasih Katering juga sangat-sangat affordable. Ni kira one stop center ye. Semua ada. Ada pakej paling basic hingga all in la. Kerusi tetamu pula warna putih garden style (dewan besar) ehhh memang lawa la. Alas meja boleh pilih ikut warna tema kita.

Cuma kurang berkenan kain di bahagian siling berwarna merah. Kalau guna warna natural mesti cantik. Pelamin juga hanya ada 8 pilihan tapi still boleh ambil pelamin dari butik luar la.

Hubungi Dato Jaafar: 019-2223254



3. NMR Katering & Kanopi Sdn Bhd



Venue ni di recommend oleh Ella juga. Letaknya di depan D'Selasih je. So saya berhubung dengan Encik Najib antara yang menguruskan NMR. En Najib cuba sedaya upaya melayan kami walaupun agak kelam kabut untuk ke venue lain menguruskan katering.

Saya ke sini pun dengan Ella dan kami berbincang tentang pakej-pakej yang ditawarkan dan terus ke dewan. Yang menarik NMR menggunakan marque tent dan ruang kopi diletakkan dibahagian luar dewan. Ye la tak mengganggu tetamu yang nak makan dan kalau tetamu yang merokok pun boleh duduk di luar dewan.

Cuma yang tak best dewan NMR ni berbahang. Memang le tak on kipas dan aircond masa kami datang tinjau, tapi memang terasa berbahang. Pelamin pun tak de pilihan. Hanya ada satu tu je. Tapi boleh pilih tema warna untuk alas meja dan kerusi. 

Hubungi En Najib : 019-2417599



4. 9Kedondong



Tempat ni merupakan sebuah villa yang terletak di No.9 Jalan Kedondong, Ampang Kuala Lumpur. Memang cantik dan nampak exclusive. Lagi pulak kalau buat wedding waktu malam. Pehhhh. Tapi kalau ambik pakej dengan mereka ni kira pakej 2 hari satu malam. Kira sewa villa ni untuk 2 hari la. Nikah dengan resepsi terus. 

Pengurusnya attentive walaupun saya cuma hubungi melalui whatsapp dan hari dah malam pula tu. Dia forwardkan saya beberapa pilihan pakej. Pakej bermula 35K/1000 pax fuhhh kaching! $$$ lappeluhjantan 

Untuk yang tetamunya kurang 1000 kena isi maklumat dan emailkan kepada mereka. Sape yang ada budget lebih boleh le cuba. Yang ni pun iols tengok kat FB & IG je, tengok ada someone yang mendakwa dirinya artis (Which ku tak kenal pun, maaf. Tapi masa weddingnya melintas di timeline IG iols) buat majlis akad nikah di sini.

Hubungi 9Kedondong : 017-2250705/018-7669065



5. Laman Pengantin Melawati 


dari blog huzaifahx

Haaa tempat ni memang buat saya teruja habis. Sebabnya dekat la sangat dengan rumah my sister, dan kalau tengok gambar wedding yang pernah buat di sini memang nampak cantiklah. Sayangnya bila dihubungi, pengurus tu kata tempat ni dah tak beroperasi! Frust!



6. Laman Pengantin Zarlith




Yang ni Si Cinot of Ahli Kelab yang recommend. Pakej memang menarik tapi bila hubungi , person in charge tak attentive. Maybe ramai potential customer yang lain agaknya. So, saya tak dapat apa-apa info dan malas nak follow up.



7. Rumah Tamu Datin Halijah



dari Qami Photography

Yang ni pulak Mamo D si Min yang recommend. Lain dari yang lain ni tema kampung. Konsep umpama kenduri di rumah sendiri bak kata Puan Norlela, pengurus. Saya hubungi melalui whatsapp je mula-mula tu dan Puan Norlela sangat attentive terus berikan list pakej pilihan kepada saya, dengan pilihan beberapa kategori jumlah tetamu since saya belum finalize masa tu. I am very impressed!

Puan Norlela menjemput saya hujung minggunya kerana mereka ada event so saya boleh tengok sendiri setting dewan. Pakej yang di tawarkan agak mahal sedikit banding dengan D'Selasih & NMR dan alas meja hanya ada warna natural. 



Hubungi Puan Norlela : 019-2170507



8. Ali Hall Wangsa Maju



Dekat aje dengan Alpha Angle, yang ni pun spesis rare juga venue ni. Dari luar nampak macam gedung apa je, dalam macam ballroom fuhhhh. Memang terpikatlah. Terbayang dah berjalan pakai gown kaler putih. Pulak tu tengah promo RM11.90/pax untuk 100 orang yang pertama. Fuhhh lagi sekali.

Cik Kuza bahagian sales Ali Hall ni memang sangat attentive walaupun dia masa tu tengah cuti masa saya hubungi dia, berusaha la dia nak arrangekan saya jumpa dengan Puan Niza pengurus event since kebetulan hari saya di KL hari tu Ali Hall ada event. Boleh la saya tengok.

Tapinya, kena banyak add on, tak de tempat bersiap disediakan. Kena bersiap di surau (muat 12 orang) or cari hotel/homestay terdekat, kena cari photographer sendiri. Ada beberapa pilihan pelamin (which cantik-cantik juga) tapi tak boleh pilih. Kiranya pelamin of the day yang ditukar setiap minggu. If nak pakai pelamin dari luar kena bayar sewa pada Ali Hall. Part paling tak best sebab dia orang tengah promo makanya tak de tarikh lapang (waktu siang) sampai bulan Februari 2019!

Hubungi Cik Kuza : 012-3370667



9. Dewan Felcra



from google


Yang ni tak sempat nak pergi pun walaupun ada dalam senarai. Ye la bukan senang nak urus kalau duduk pun jauh. Usahkan pergi, particular pasal dewan ni pun saya dah tak larat nak cari.





10. Bora Ombak




Haaa ni tempat retis-retis. Ella yang cadangkan. Memang lawa sangat kalau buat night wedding kat sini. Tapi di sini ruang limited so kalau jemputan dalam 100-200 orang memang sesuailah kena dengan harganya juga. Dalam gambar memang cantik meletops la ni. 

Saya tak hubungi pun pihak Bora Ombak since saya rasa tak sesuai dengan jumlah tetamu dan konsep saya.  



NOTA


1) Tetapkan berapa ramai jemputan.



2) Buat senarai jumlah tetamu (contoh : Ali + isteri + 2 anak/ Ahmad & isteri/ Noura & pasangan)



3) Tetapkan tema perkahwinan. Senang nak cari venue (traditional atau moden atau gaya inggeris atau taman)








No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites