Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Fail Pusaka



Walaupun bertahun-tahun menguruskan kes-kes pusaka anak guam tetapi tidak pula terpanggil untuk menyediakan sistem filing sendiri hinggalah mendapat tips dari Puan Aribah serta terusik dengan kes-kes viral berkaitan pusaka. Makanya diusahakan juga menyediakan fail pusaka untuk diri sendiri dan suami. 

Fail saya ini saya panggil Fail Pusaka Fariha (nama sendiri). Cara filing adalah berdasarkan pengalaman sendiri menguruskan pusaka orang lain.

1) Depan sekali diletakkan senarai semak (inspirasi dari Puan Aribah) 
 
2) Slot pertama saya tanda SIJIL MATI, saya kosongkan untuk diletakkan Sijil Mati (waris akan masukkan sijil mati saya bila tiba masanya untuk urusan pusaka)  

3) Slot kedua saya tanda sebagai INFO PERIBADI, saya masukkan salinan kad pengenalan, salinan surat beranak dan salinan sijil nikah 

4) Slot ketiga saya tanda sebagai WARIS, saya masukkan salinan kad pengenalan waris-waris saya (jika tak tahu siapa waris anda yang layak terima pusaka, tak mengapa, masukkan je kad pengenalan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak, adik beradik).Tidak wajib-saya juga buat ringkasan 'family tree', dan ringkasan maklumat waris, dimasukkan di slot ini. 

5) Slot keempat saya tanda sebagai HARTA, di sini saya masukkan salinan geran kereta, senarai akaun bank, insurans, KWSP dan semua yang dirasakan boleh di wariskan. (geran rumah, jika berniaga masukkan maklumat perniagaan, akaun perniagaan dll) Mana-mana akaun anda terutamanya yang transaksinya secara atas talian (online), boleh cetak atas kertas maklumat yang berkenaan dan masukkan di sini 

6) Slot kelima saya panggil HUTANG, di sini saya masukkan maklumat pinjaman yang saya ada, bil-bil termasuk letrik, air, telefon, astro, coway, sewa rumah. Untuk yang menyewa, boleh buat satu catatan lengkap maklumat rumah sewa seperti alamat rumah, nama tuan rumah, nombor telefon tuan rumah dan nombor akaun tuan rumah. 

7) Slot keenam saya kosongkan dan namakan sebagai HIBAH, yang saya akan masukkan Hibah atau Surat Ikatan Amanah, InsyaAllah saya akan buat. 

8) Slot ketujuh (tidak wajib), saya masukkan cadangan nama peguam yang boleh dihubungi waris saya jika keadaan memerlukan untuk melantik peguam.

NOTA
1) Maklumkan kepada waris tentang kewujudan fail ini.
2) Maklumkan pada waris dimana letaknya fail ini
3) Fail ini hanya akan lengkap bila kita meninggal dunia. Maka sentiasa update fail ini mengikut keadaan (dah habis bayar pinjaman, kereta dah tukar jadi nama kita dll)


Semoga bermanfaat
#permudahkanurusanwariskita



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites