Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Nak Kurussssssssssss


Guys, kakak dah setahun lebih sejak kahwin berat naik and degil nak mati langsung tak nak berganjak turun. Kakak bukan la nak kurus kering kerempeng. Cukupla dapat berat masa kahwin aritu. Btw, dulu kakak rajin buat virtual run, la ni malas. 

So, lepas raya PKPB kakak pun dah selesai most of major decoration untuk rumah so kakak try buat diet suku-suku separuh. After a week, hasilnya hmmm sangat la sendu dan mengecewakan. So kakak teringat kejayaan masa buat atkin dulu so kakak nak buat keto diet untuk 14 hari then baru sambung dengan suku-suku separuh.

Mind you, kakak tak ikut diet atkin 100%, tak mampu nak follow. Kakak hanya avoid nasi, pasta and geng, mee and geng, gula and geng. 

As at 1 Jun 2020:-

Hight : 154cm
Weight : 58.7kg (berat start dsss) 58.3kg (berat start keto diet)
Previous Weight : 53kg
Target Weight : 50-52kg


Hari Pertama (58.3kg)

Start hari pertama dengan berat 58.3kg, 400 gram je turun after seminggu dsss. Kakak macam tak selera nak lunch so kakak just minum milo kosong panas dan air masak je since cuaca agak panas. Masa dinner kakak just makan seketul ayam Marry Brown dengan coleslaw dia tu. Snek ialah 3 ketul dark coklat dan segenggam kacang salut tepung. 


Hari Kedua (58.1kg)

Alhamdulillah hari kedua keto diet kakak start puasa enam. Kakak tak sahur and dinner semalam agak sikit kuantiti. Malangnya badan kakak terkejut dan kakak tak de tenaga. Melepek dan tertido, hancus plan nak kemas stor. 

By the time nak berbuka kakak dah start menggigil. So untuk berbuka kakak ambik 3 biji kurma. Kakak tak suka makan kurma tapi kakak desperate perlukan gula untuk badan. Air milo kosong panas diikuti dengan air sejuk, ayam Marry Brown balance semalam, grill mix vegetable, dark coklat 3 ketul. kacang salut tepung segenggam. I'm full and please. 

Since hari ni ialah hari Isnin untuk senaman kakak buat senaman untuk arm. Kakak follow Roberta's Gym je since tak payah guna apa-apa props. Kakak buat lepas perut rasa dah lega sikit. 


Hari Ketiga (57.4kg)

Masih berpuasa. Hari ni agak okey. By pukul 3 dah rasa lapar tapi at least tak rasa lemah. So menu berbuka ialah ikan selar kuning goreng 2 ekor cicah sambal kicap dengan sup sayur campur letak egg tofu. Sedap uols. Puas makan. Snek ialah 3 ketul dark coklat. Air milo panas kosong untuk melegakan perut, air masak tak dilupakan. Selagi belum tido lagi tu minum. 

Untuk senaman kakak buat untuk belly pulak. Rujukan Roberta's Gym jugak. Kat luar hujan lebat so memang rasa best pulak bersenam malam-malam.


Hari Keempat (57.1kg)

Puasa 3/6. Hari ni kakak sempat bersahur milo panas dan popia jagung 3 keping. Ada progress penurunan kilo which is kakak happy. Ukur lilit badan dah start ada pergerakan walaupun tak de la banyak mana. Kali ni kakak buat senaman untuk thight, masih ikut Roberta's Gym. 

Menu hari ini daging dendeng makan dengan daun salad. Konon ala korea bungkus lipat dalam daun salad gittew. Masa tengok pinggan macam tak selera bila dah start makan dap dap. Snek dark coklat je. 

Hari Kelima (57.5kg)

Hari ni kakak on leave kena pergi airport, btw kakak still puasa 4/6 ye dan diet kakak hancus.  Kat airport rupanya semua kedai tutup awal dan kakak bergegas kejar cari food untuk buat berbuka. Kakak settle down dengan oden semangkuk serta roti hot dog, air kelapa laut. 


Herggghhhh. Kakak akan mulakan semula bila dah bertenang nanti.









Saksi Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan




Uols, ni musim-musim dapat masuk uni dapat pinjaman pendidikan apa semua mesti kena sign contract kan? Meh kakak nak ajar sikit korang-korang tu ye. Hakak ni bukan apa, mak ayah kita tu bukan semuanya berpendidikan tinggi, itu la pasal dia hantar kita sekolah tinggi-tinggi. Tapi kalau kita pun perangai macam orang tak belajar, benda basic untuk kemudahan kita sepanjang tempoh belajar langsung tak ambil tahu, baik la korang tak payah belajar. Ni ha kakak bagi tips untuk korang urus dokumen perjanjian pinjaman pendidikan korang.


1)    Isi Maklumat Dalam Perjanjian

Sila isi maklumat dalam perjanjian seperti nama, ic dan sebagainya. Tulis elok-elok. Kalau tulisan tu macam cakar ayam minta orang lain yang molek sikit tulisan tuliskan.

AMARAN :  KOSONGKAN BAHAGIAN TANDATANGAN. Tidak perlu tandatangan dokumen samada tandatangan kamu sendiri mahupun ibu bapa ketika isi maklumat. Proses tandatangan perlu di buat dihadapan saksi. 


2)   Cari Saksi

Korang atau pun ibu bapa kena cari pihak yang boleh menjadi saksi kepada perjanjian pendidikan korang tu. Biasanya ada dah disenaraikan pegawai-pegawai kerajaan gred tertentu, ADO,D.O, Majistret atau Hakim serta peguam boleh menjadi saksi kepada perjanjian tersebut. Maka boleh la buat temujanji atau terus hadir ke pejabat yang berkenaan.

NOTA
1) Peguam mungkin akan kenakan bayaran untuk penyaksian tersebut
2) Kad pengenalan jangan tinggal


3)    Hadir Bersama Ibu Bapa/Penjaga Ketika Proses Tandatangan

Ewah-ewah, sudah la bapak korang yang carikan saksi, lepas tu korang bersenang lenang duduk dekat rumah biar la mak bapak yang urus. Tidak ye, korang kena pergi sekali. Nama korang ada pada penjanjian korang kena la pergi urus bersama.

INGAT : Proses TANDATANGAN dibuat di hadapan saksi sahaja. Memandangkan penjanjian tersebut antara korang dan pihak pemberi pinjaman maka wajib la korang terlibat dalam semua urusannya terutama part tandatangan di hadapan saksi selain penjamin iaitu mak ayah/penjaga.


4)    Mati Setem

Ini adalah LANGKAH TERAKHIR sekali lepas semua selesai sebelum mengembalikan dokumen ke pusat pengajian korang. Bukannya langkah pertama. Korang boleh beli setem hasil di Pejabat Pos atau terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Asasnya tujuan dan fungsi mematikan setem ni menunjukkan dokumen korang telah pun lengkap, tiada pindaan mahupun pembetulan lagi, menjadikan perjanjian korang sah dan terpakai mengikut tempoh yang telah dipersetujui. 

NOTA
Korang boleh je beli setem awal-awal dan tampal tapi TAK BOLEH matikan setem sebelum semua langkah selesai.


Ramai student uni yang buat silap dan ambil mudah dalam urusan pinjaman pendidikan ini. Ada yang biar ibu bapa urus sendiri kamu tak ambil tahu langsung. Ada yang tak datang langsung untuk penyaksian tandatangan.  Ada yang siap-siap tandatangan di rumah. Ada yang dah mati setem baru pergi cari saksi. Ada yang tulisan buruk nak mati. Macam-macam. Kakak memang reject  kalau korang datang tak ikut rules kat atas ye, maaf la. Kakak memang strict sikit. Ye la, nama kakak kot tenyeh dekat situ. Dah kakak dah bagi tips ni. Jangan buat silap lagi.

BTW, korang baca ke tidak semua terma dan syarat perjanjian korang tu? Berapa tahun tempoh pinjaman tahu ke tak? Bila mula bayar? Berapa bayaran sebulan? Ke korang duk terbayang Iphone latest edition je dah?



I ❤️ SP (Part 2)


Bila ni balik Sungai Petani selain menjenguk mertua, kakak mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Environment, cuaca, lenggok bahasa dan makanan yang berbeza buat kakak gembira walaupun akhirnya kakak akan kepam berpeluh kepanasan. Ni balik SP lama sangat dulu sebelum PKP ye. Tak tau bila rezeki nak balik lagi.

Tanjung Dawai

Selalu nama Tanjung Dawai ni kakak dengar dalam lagu Cinta Pantai Merdeka. La ni jejak kaki sendiri. Aktiviti yang kakak suka kat sini ialah shopping di Arked Tanjung Dawai. Mak-mak sangat aktiviti. Kakak akan cari ikan bilis dan ikan masin bawak balik untuk mak kakak. Mak pun kata nak beli buah tangan tak payah beria, ikan bilis pun okey dah. Ikan masin kat sini sedap, bila goreng tak berbau satu rumah.

Mee Udang Rumpun Bambu

Mee udang yang viral satu ketika dulu. Yang tak bestnya 1st time kakak datang masa tengah public holiday. Manusia jangan cakap la meremut. Dapat tempat duduk tu pun mujur. Makanya waiting time tahap 40 minit yach! Tapi-tapi-tapi, mee udangnya memang sedap cukup rasa kaw ye. Memang wajar la viral pun.

Kali kedua kakak datang ke sini masa bawa mak and adik-adik masa pergi konvo adik bongsu di Perlis. Yang kali kedua memang best sebab bukan prime time, makanya within 10 minit agaknya, semua dah dapat. Mee sampai lagi awal dari air. Mak dan adik-adik pun kata mee kat sini sedap.

Kompleks Perlancongan Jeti Semeling, Merbok

Di sini selain ada restoren tempat menjamu selera, korang juga boleh naik bot Sungai Merbok River Cruise untuk  menyusuri Sungai Merbok. Tiket berharga antara RM10-RM35 ikut kategori. Hanya ada dua sesi iaitu pagi dan tengahari.

Korang juga boleh ke Galeri Bakau untuk menambah ilmu tentang pokok bakau dan berjalan di laluan pejalan kaki merentasi pokok-pokok pakau dingga ke hujungnya di pinggir sungai. Pemandangan lewat petang memang cantik di sini. Ramai juga pengantin yang datang ke sini untuk sesi photoshoot.



Gunung Jerai

Kakak nak berposing beria pun tak dapat uols. meremut manusia time public holiday cum cuti sekolah pulak tu. Maybe terlampau ramai orang kakak tak dapat merasakan apa-apa angin atau udara sejuk?

Kat atas ni ada resort ye untuk siapa yang nak stay. Memang cantik di lereng bukit saujana mata memandang nun bendang dan laut. Selain korang boleh tengok pemandangan cantik, kat sini ada air terjun. Korang boleh hiking, piknik dan bermacam-macam aktiviti lagi boleh buat kat sini.




NOTA
1) Avoid cuti sekolah
2) Banyak gerai jual jagung di tepi jalan berdekatan dengan area Gunung Jerai

Jambatan Pulau Bunting

Jambatan di sini menuju ke Pulau Bunting tapi tidak dibuka untuk laluan ke pulau ye, tapi penduduk setempat buka dan dia orang berniaga macam-macam di sini. Selain menikmati pemandangan yang cantik di sini menjadi pilihan orang memancing.

Sawah Padi

Masa ni kakak balik SP selepas musim menuai. Tapi still pemandangan sawah bendang tetap cantik di mata kakak. Kuning keemasan. Macam musim luruh. Tak tau berapa banyak pasangan pengantin yang kami jumpa berposing dalam lalang or dekat bendang sepanjang dalam perjalanan.

Tikam Batu

Masa ni replika traktor ni baru lagi diletakkan kat sini. Terus la pergi dengan mertua jugak wahahaha. Macam biasa tempat ni dekat tepi bendang jugak. Memang lawa la pemandangan. Kot orang Kedah rasa biasa ja kot. Tak tau la. Nak cerita detail area mana pun kami tak tau sangat. Nanti la makin lama, makin kami terror pasal SP kami cerita macam-macam lagi naa.


Anak Angkat


Guys!!!! Kakak dah ada anak angkat! Yakni seekor hornbill a. k. a burung enggang from Zoo Negara. Best kan? Baru jugak la dapat sijilnya ni ha.

Actually kakak donate kepada zoo masa awal PKP. Massive PSA dibuat oleh ramai pihak bagitahu tentang shortage food dana untuk zoo member's. So kakak donate via number account dan notify email yang disertakan.

Rupanya amount yang kakak donate melayakkan kakak adopt seekor anak angkat pilihan dan dapat e-certificate. Kakak juga dapat voucher ticket.

Btw, kakak bukanlah pencinta haiwan akan tetapi kakak jua tak rela mendengar atau menyaksikan haiwan-haiwan rare ini mati kelaparan.

Korang jangan nak suggest lepaskan dalam hutan rimba pulak. Ada antara haiwan tu lahir dan membesar dalam kurungan. Dah biasa makan makanan yang orang sediakan, dah macam mana nak survive living life in animal kingdom. Fikir sikit ok.

So, sesiapa yang ada sedikit lebihan belanja serta nak ambil anak angkat yang comel-comel boleh bank in sumbangan ke akaun MAYBANK 514422103830 Malaysian Zoological Society dan terus email resit ke pr@zoonegaramalaysia.my ataupun korang boleh layari laman web Zoo Negara .


Lockdown Jaman Tori

Pemandangan di belakang rumah parent kakak. Cantikkan? Tu la rasa syahdu je bila lama tak balik

Hai uols, kakak terjumpa entry oleh pakcik kakak, iaitu Ayah Chik Shah Ali (Aicik) dalam Laman Loghat Temerloh tentang kisah "lockdown" di kampung kami zaman dulu kala ketika berdepan dengan wabak penyakit berjangkit atau orang kampung panggil hawar. Penceritaan asal ni menggunakan loghat Temerloh bercampur bahasa standard. Kat bawah kakak terjemahkan okey.

Hari ni koi nok citer kesah "lockdown" di zaman arwah Tok Pawang Kadir (koi ngelor aki) .
Dalam tahun 60an (masa ter koi sklh rendoh)... Perentan berlaku wabak penyakit @ hawar (hawo), arwah aki tok pawang akan di panggil oleh org kampung yg di kepalai oleh tok4 biasanya.
Arwah aki tok pawang Kadir akan lakukan upacara menjampi dan membakar kemiyan utk melindungi kampung dari wabak tersebut. Slps upacara ini, semua penduduk kampung kena berpantang selama 3 ataupun 7 hari . Masa berpantang ni yg tak boleh di langgar. 
Antara pantang larang yg saya ingat:


1. PKP- hanya boleh keluar rumah slps waktu zohor dan mesti masuk dalam rumah sebelum maghrib (waktu senjakala).
2. Dilarang mengebas atau mengirai tikar sebelum di gulung / simpan
3. Orang dari kg lain yg dtg dgn menyeberang sungai di larang masuk. Begitu juga org kg yg terlibat, di larang berkunjung ke kg lain jika menyeberang sungai.
4. Dilarang buang sampah ikut tingkap.
5. Tak boleh berkelahi dan marah2.
6. Tak boleh bunuh binatang yg berdarah, termasuk menyembelih.
...dan ada lagi pantang larang yg koi pun dah x berapa ingat.
Masa tu letrik tak der, air paip jauh sekali.
Nok nyampaikan 3 hari, azabnya jgn citer, berjelaga hidung dek asap pelita minyok gas (mnyk tanah).
Goner gamoknyer kalau PKP ni guna cara lockdown arwah aki tok pawang ni.


Al Fatihah(bacaan) utk arwah Aki Tok Pawang Kadir.


Terjemahannya

Hari ini saya nak cerita kisah lockdown di zaman Tok Pawang Kadir (saya panggil aki@datuk) dalam tahun 60an (masa tu saya sekolah rendah). 

Ketika itu berlaku wabak penyakit berjangkit @ hawar. Arwah aki tok pawang dipanggil oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Tok Empat kebiasaannya. 

Arwah aki tok pawang akan melakukan upacara membakar dan menjampi kemeyan bertujuan melindungi penduduk kampung daripada wabak tersebut. 

Selepas upacara ini selesai penduduk kampung dikehendaki mematuhi pantang larang tertentu selama tempoh 3 atau pun 7 hari. Pantang larang ini tidak boleh dilanggar. Antara pantang larang tersebut ialah:

1. Perintah Kawalan Pergerakan ~ hanya boleh keluar rumah selepas waktu zuhur dan mesti masuk ke dalam rumah sebelum mahgrib (senjakala) 

2. Dilarang mengibas /mengirai (tikar mengkuang yang digunakan untuk duduk) sebelum digulung/disimpan. 

3. Penduduk dari kampung lain yang datang melalui jalan sungai (berperahu) dilarang naik ke tebing kampung apatah lagi masuk ke rumah penduduk kampung. Begitu juga sebaliknya. (Laluan utama kampung kami ketika itu adalah melalui Sungai Pahang) 

4. Dilarang buang sampah ikut tingkap

5. Tidak boleh bergaduh dan marah-marah

6. Tidak boleh membunuh binatang berdarah termasuk menyembelih 

... dan ada lagi pantang larang lain yang saya pun dah tak berapa ingat. Zaman tu eletrik tiada, air paip jauh sekali

Hendak menyelesaikan pantang 3 hari, azab yang teramat sangat. Habis berjelaga dalam hidung akibat asap pelita minyak tanah. 

Bagaimana agaknya kalau PKP ni guna cara lockdown arwah aki tok pawang ni? 

Al Fatihah aki Tok Pawang Kadir

Kalau dibaca komen-komen orang lain yang melalui pengalaman yang sama ada lagi pantang larang lain iaitu:

  1. Tak boleh menebas, memetik daun, menyangkul tanah
  2. Kain baju tak boleh bermalam di ampaian
  3. Kanak-kanak disuruh berinai jari

Dan part paling menarik, menurut mak kakak, semua penduduk kampung yang terlibat sangat taat pada pesanan Pawang Kadir. Tiada yang berani ingkar. 

Actually Pawang Kadir ni sangat popular di negeri Pahang terutamanya berkaitan dengan kisah buaya di Sungai Pahang dan dikenali sebagai Pawang di Raja kerana kekerapan Sultan Pahang ketika itu, Almarhum Sultan Abu Bakar menjemput beliau untuk pelbagai aktiviti. Sebenarnya banyak cerita kehebatan Pawang Kadir yang mak kakak ceritakan. Tapi sebab entry ni tema lockdown kan. Tak payah la. 

Btw, kalau perhatikan pantang larang yang dikenakan oleh arwah Pawang Kadir ni sama aje macam yang dianjurkan oleh agama Islam dan juga oleh pihak kerajaan/kementerian kesihatan. Stay at home, keluar waktu tertentu sahaja, tidak boleh merentas daerah/negeri, serta aktiviti di rumah. Old is gold! 


Raya PKPB



 

Ikutkan plan asal, tahun ni turn beraya di kampung hakak. Makanya kami semua dah setuju dengan tema warna maroon. Tapi apakan daya hanya kakak yang berjaya balik kampung, husband kakak on duty untuk Covid-19, adik-adik semua beraya di Subang.

Walaubagaimana pun kakak bersyukur yang teramat sangat sebab dapat balik beraya bersama parent kakak. Ada la juga geng mak nak berborak. Adik-adik juga melafazkan perkara yang sama, ada wakil yang lepas balik. Gambar raya famili pun buat collage je. 

Persiapan raya pun sekadarnya. Pagi raya pertama menu kami lontong je, kuah kacang dengan tapai pemberian makcik. Lemang tumpang masak kat rumah makcik, rendang tak buat, makan dengan serunding je. Raya kedua menu nasi minyak kari daging. Kuih raya tetap penuh balang. Hehehe makan sendiri je. 

Di sebelah mertua, keadaan lebih baik kerana kakak-adik ipar semua tinggal dengan parent. At least PIL tak sunyi. Kira kami je la yang tak balik.

Raya yang paling epik. 

7 Days, 7 Favourites