Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Rock Sixteen Burger Ketam Lembut


Masa menghantar En.Suami nak fly balik ke over the sea, sempat la kami ber-JJCM di Kota Warisan Salak Tinggi/Sepang. Kali ni kakak pilih nak makan charkuey teow. Lagi pulak dekat je dengan hotel kami. Jalan kaki pun tak sempat mengah.

Rocksixteen Burger Ketam Lembut
No 47-G, Jalan Warisan Sentral 1
KIP Sentral Kota Warisan
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Selangor 



Kedai ni buka setiap hari dari pukul 4 petang hingga 11.40 malam. Menu utama di sini memang char kuey teow, burger dan ketam lembut. Tapi, korang jangan risau, selain dari char kuey teow , selain burger ada pelbagai menu lain yang korang boleh pilih. Ada menu nasi, ada menu mee, pasta, chicken chop, lamb grill serta hidangan sampingan seperti fries dan wedges.

Pilihan air pun tak kalah variasi. Ada jus buah, blended, jenis soda, pelbagai minuman sejuk dan panas. Pilihan di tangan anda. En.Suami order char kuey teow lamb grill dan soda laici (kakak tersalah order untuk dia wahahah) dan kakak pula order char kuey teow ketam lembut dan mango float. 


CKT Lamb Grill RM18.90
CKT Soft Shell Crab RM18.90
Soda Laici RM5.50 & Mango Float RM7

I do enjoy the taste of their CKT. Pada hakak rasanya secukup rasa. Pedas, masin semua balance. Soft shell crab pun di goreng garing. Bagi taste bud En.Suami, katanya sedap walaupun agak pedas. So kalau yang tak kuat pedas akan rasa CKT di sini pedas la ye. Ada rezeki boleh try menu lain pula.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites