Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

6th Step : Renovation

 




Perkara seterusnya yang mendatangkan kesakitan kepala ialah office layout plan. Ye, nak buat partition macam mana? Berapa bilik? Kat mana nak letak meja staff? Almari nak letak dekat mana? Pantry? Aduhai...Kos renovate dan harga perabot lagi tak termasuk stationary.

Premis yang kakak sewa merupakan bekas opis orang dan sebelum kakak masuk ada penyewa lain yang kononnya buat perniagaan online. Mereka telah membuat perubahan pelik pada ruang pejabat. Tak tahu kenapa ada lubang-lubang pelik yang dibuat, plus cuba menutup bahagian pantry/satu toilet? (Premis ada dua toilet).  Adoi bertambah kos renovate kakak. 

projek online apa ntah gini gaya

Telefon/Wifi

Untuk telefon kakak buat keputusan tak akan guna landline buat permulaan. Beli hp khas untuk kegunaan pejabat. Senang. Untuk internet pula kakak akan buat bila dah dekat nak buka ofis.

Kakak buat permohonan di TM/Unifi Raub. Dengan tak disangka-sangka kontraktornya datang dari Terengganu! Jauhnya. Alhamdulillah, dimudahkan urusan. Brader yang pasang unifi tu kata tak payah bayar apa-apa. Syukur.


PAIP

Perkara pertama yang kakak buat ialah menyambung bekalan air. Kakak dikehendaki menyediakan:- 

1) Perjanjian Sewaan
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Bayar deposit RM200
4) Isi borang yang disediakan dengan bayaran RM1

Urusan di kaunter PAIP mudah dan memudahkan. Dah siap semua bila cek paip luar premis, bermangga la pulak. Dah kenapa? Kakak call PAIP tapi tak de orang yang nak jawab. Busy katanya. Aiyohh. Dan setelah mencuba beberapa kali barulah dapat bercakap. Technitian PAIP sahkan saluran PAIP premis tu bukan yang bermangga tu. Saluran PAIP air tu terbalik, yang bermangga tu premis bawah punya. Okey, kakak nak puji ye PAIP Raub punya servis selepas dapat aduan serta-merta ambil tindakan dan hubungi semula dalam tempoh lebih kurang satu jam sahaja!

Then tiba-tiba kakak dapat mesej dari pihak PAIP, minta hadir ke premis untuk double check up saluran. Dia orang rupanya buka dua lock salur air sebab tak pasti salur mana masuk ke ofis kakak. Rupanya memang betul yang tinggi untuk saluran air ke premis yang kakak sewa. 

Dan, selepas kakak ingat semua dah selesai, pekerja yang renovate premis bagitau air tak masuk ke tangki. Selama ni dia orang guna air tangki je. Sekarang air tangki dah habis. Aduyaiiiii, again kakak kena call PAIP. Dua hari orang PAIP datang check dan  menyelesaikannya. Rupanya saluran paip dalam bangunan yang tersumbat. Cakap le awal-awal. Barula kakak paham.


TNB

Bagi penyambungan eletrik kakak di minta menyediakan:-

1) Perjanjian Sewaan
2) Salinan kad pengenalan penyewa
3) Nombor telefon dan alamat e-mail
4) Deposit RM513
5) Download TNB Apps.

Migraine ye kakak berurusan dengan TNB. Mula-mula tu salah/tak boleh baca line dan menyebabkan kakak kena bayar deposit yang salah dan TNB pasang meter di premis yang salah! Ko rasa? Dah hakak bukan pekerja TNB mana la pulak kakak nak tahu line mana untuk premis akak sewa? Disuruhnya hakak plak mengkajinya. Ngamuk la hakak, dengan landlord sekali hangin. Dah kenapa kita kena buat kerja orang? 

Nak menunggu keputusan betul ke salah pemasangan dah makan masa setengah hari. Lagi 20 minit nak tutup pejabat baru panggil kakak buat pembatalan akaun yang dah dibuat dan buat bayaran baru untuk line yang sebenarnya. Dah buat bayaran nak tunggu diaorang cabut yang lama dan pasang meter baru entah berapa hari pulak. Allahu. Kesabaran kakak nipis betul rasa.


Contractor

Kakak cuba mencari contractor yang boleh buat all in. Antara yang kakak nak kena buat:-

1) Partition (alih/tambah/buang) 
2) Tutup siling yang rosak
3) Buang karpet lama
4) Kepala pipe untuk pantry
5) Cat
6) Pembersihan

Alhamdulillah jumpa contractor yang boleh buat kerja yang kakak nak. Lega satu masalah negara. Yelah, tak boleh nak buat kerja lain kalau bahagian asas tak selesai. Yang geramnya kerja tak boleh nak start sebab masalah di TNB. 

Kakak minta dia masuk je start kerja-kerja yang tak perlu letrik dulu. Tu pun terpaksa delay beberapa hari sebab pekerja-pekerja dia terlibat dengan banjir. Adess. Btw kakak agak kurang puas hati dengan tempoh masa kerja kontraktor ni yang pada kakak bazir masa. Total hampir seminggu tak bekerja kerana tunggu barang sampai! What the hell? Minta payment 70% kakak expect kerja jalan terus 70% takde delay ye. Memang ini kali pertama dan terakhir ye berurusan dengan kontraktor ni.

Masuk tahun baru, ofis masih tak siap. Terpaksa la kakak WFH terlebih dahulu.Jumpa client pun kat luar. Mujur semua peralatan ada. Kalau tak memang naya la nak buat kerja yang bermacam-macam dokumen tak siap lagi. 


Floor

Kakak ingin pasang laminating floor memandangkan ofis kakak, kakak tak mahu pakai kasut. Nak pasang karpet susah nak maintain dan mengumpul habuk. Dah la kakak tak berapa tahan dengan karpet. So, kakak berjaya dapat pihak yang boleh buat iaitu Metro Home Decor. Harga yang dikenakan pun munasabah. So, selesai juga masalah lantai. Tu pun tak pasang penuh. Pasang bahagian yang utama je. Marcus datang ukur dengan teliti dan detail ye. Hari hujan, hujung minggu, bertabah la kami semua. Marcus dan teamnya ambil masa satu setengah hari je untuk pasang lantai. Lega kakak boleh bawa masuk perabot dan barang-barang pejabat.
 

Doorman

Kakak asalnya plan nak buat pintu slide. Tapi bila doorman datang dia tak advise kakak buat pintu slide memandangkan tepi pintu ada suis lampu. Haa ikut la mana yang baik. Kakak sudahnya setuju buat pintu swing je, tapi kaca la kan, dengan frame warna putih.


Air-cond

To save time kakak beli siap-siap air-cond. Nanti bila ofis siap renovate,  baru kakak panggil dia datang pasang. Senang.


Wiring

Kakak panggil wiringman yang kakak dah pernah berurusan. Kakak suka dia ni sebab kerjanya pantas, tuntas dan bersih. Orangnya peramah dan mudah berurusan, serta suka recommend tukang-tukang yang bersesuaian dengan keperluan kita. Even dia sendiri akan bagitahu tukang tu jenis macam mana.

Untuk bahagian wiring ada beberapa part yang kakak kena repair sebab ada perubahan partitian. Ada bilik yang tak de plug nak kena tambah. Ada nak tambah lampu juga. Btw, ada beberapa bahagian yang tak masuk dalam contract dengan kontraktor, kakak sub aje suruh wiringman yang buat.


Awning

Nak jadi cerita, jiran sebelah dinding tu kakak kenal. Kebetulan pulak, dia reply kepada status whatsapp kakak. Terusla kakak inform pasal kakak buka firma sebelah dia. Dia pun bagitau minta kakak buat awning dekat tingkap sebab kalau hujan berangin, air hujan mudah tempias masuk ikut tingkap. Aduhai.

Macam mana la rupa opis kakak ye? Nanti kan. Kakak pun berdebar ni, dengar bunyi kaching-kaching, duit mengalir keluar dari bank kakak. Sob-sob-sob. Kepala kakak asyik sakit dan pening-pening lalat. Jangan darah tinggi sudah la. Stressnya ye, buat urusan sorang-sorang ni.









No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites