Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Farm in the City


entrance FITC

Kenapa ye panggil Farm in the City? Kerana pet farm ni memang letaknya di bandar. Terletak di Serdang, Selangor berdekatan dengan Atmosphere dan landmark paling mudah ialah Giant Shopping Mall. Untuk pencinta haiwan dan juga yang ada anak-anak kecil memang sesuai bawa ke FITC ni. Kebanyakan haiwan yang ada di sini jinak dan boleh disentuh.

peta lokasi FITC


Bayaran masuk bagi pemegang MyKad adalah RM28 untuk dewasa, RM23 untuk kanak-kanak dan RM19 untuk warga emas. Waktu operasi pula seperti berikut:- 

Isnin             : 10pg - 6ptg
Selasa           : Tutup
Rabu-Jumaat : 10pg - 6ptg
Sabtu-Ahad   : 9.30pg - 6ptg 

Selepas membeli tiket kita juga akan diberikan dengan kupon diskaun bernilai RM5 dan kakitangan di situ akan membantu anda memakai tag di pergelangan tangan. Menuruni tangga dari kaunter tiket laluan akan bermula di sebelah kiri.

Perkara pertama yang dijumpai adalah kura-kura! Bukan sebarangan ye, saiznya bukan main besar. Umpamanya boleh duduk atas kura-kura tu. Haaa nampak sangat berniat serong nak duduk atas kura-kurakan? Pihak pentadbiran FITC dah tampal amaran awal-awal "please do not sit on me" 

Tapi memang teruja ye tengok kura-kura sebesar itu. Sampai budak-budak kecik pun menangis tak nak pergi dekat dengan kura-kura. Ye la, saiznya lagi besar dari budak kot. Gagah lagi berjalan sana-sini. Kura-kura yang di biarkan bebas ada dua jenis, satu cengkerangnya warna gelap, dan satu jenis lagi cengkerangnya cerah. Teringat cerita Finding Nemo yang ayah dia sibuk duk tanya umur kura-kura tu. Tapi kura-kura kat sini tak de la sampai ratusan tahun lagi. Oh ye, staf FITC akan bagi kita kangkung untuk bagi kura-kura makan tau.




apa pandang-pandang?


posing bersama rakan sebaya hehehe

Seterusnya adalah area burung dalam satu kawasan tertutup. Burung-burung di sini dah jinak, bila dia dengar pekerja menggoncangkan botol makanan, semua la berterbangan mencari bunyi dari botol. Salah seorang pekerja di situ bagitau seronok kerja kat zon burung sebab tak panas. Ada natural aircond. Nak try? Tanya pekerja kat situ. Of course la kena try. Then dia suruh saya berdiri dekat dengan dia, dia panggil seekor burung bertenggek kat tangan dia. Tak tau dia buat macam mana, burung tu mengepak sikit punya laju.Fuhh patutla panggil natural aircond. Sampai terpenyek-penyek la tudung punya la berangin. Staf di situ juga bagitahu yang burung dalam kawasan tu dah jinak boleh panggil dan bertenggek pada tangan kita. Yang tolong panggilkan burung staf tu le. Saya tak reti nak buat bunyi siul panggil burung.


jinak aje dia 

Dah puas beraksi dalam kawasan burung, gerak pula ke zon seterusnya melalui haiwan berkaki empat. Selain zon-zon besar yang kita boleh berinteraksi dengan haiwan dalam kawasan tersebut, ada juga tempat yang tertutup, didiami oleh haiwan-haiwan yang liar seperti kucing hutan (cantik sangat!), ular, memerang, kala jengking dan lain-lain. Yang jenis ni kita tak boleh la nak main dengan dia. Tak pasal je nanti.


Sambung semula zon haiwan kaki empat. Di sini terdapat beberapa spesis kambing dan juga rusa. Kambing-kambing kat sini dah terbiasa dengan pelawat, tanpa segan silu datang kepada kita (pekerja akan berikan makanan pada kita untuk kita bagi haiwan-haiwan makan). Rusa pulak asyik buat hal sendiri je. Dalam kawasan yang sama ada satu rumah di sudut hujung, di dalamnya ada kanggaroo spesis paling kecil di dunia. Gambar tak menjadi, kanggaroo tu asik melompat. Pffft patutnya guna shutter mode.    



anak rusa nani lari kembang ekor, apa salah kami lalu tidak tegur


Masa tengah ralit di zon arnab, tetiba la pulak ada show burung undan, tapi tak pe la bagi peluang budak-budak tengok burung undan. Arnab dan hamster diletakkan dalam kawasan yang sama. Kita boleh bagi makan dekat arnab-arnab dan hamster ni. Kalau tak minat nak bagi makan arnab boleh buat aktiviti longkang fishing ye. Sauk anak ikan di kawasan berlongkang di zon yang sama.





I dah kenyang, I malas nak layan U


Pada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan, akan ada beberapa aktiviti dah persembahan dari burung kakak tua dan burung undan serta pony ride. Aktiviti tunggang kuda padi untuk kanak-kanak aje la ye. Pengsan la kuda padi kalau nak bawak orang dewasa. Jangan risau kalau tak sempat semak waktu persembahan, staff FITC sentiasa akan buat pengumuman sebelum persembahan bermula serta lokasi persembahan.


little pony

Dah puas bagi makan arnab, bagi makan ikan pulak sambil menyanyi lagu Perigi Biru. Ala... filem zaman dulu tajuk Bawang Merah Bawang Putih, scene Bawang Merah nyanyi untuk mak dia yang dah jadi ikan kaloi tu. Tapi ikan dalam kolam di FITC ni ikan koi. Bukan main banyak dan gemuk-gemuk. Time tengah bagi makan ikan, staf FITC buat mengumuman bahawa ada show burung kakak tua. Rasa tak minat aje tengok.



I punya la melawa camni, U tak nak tengok?

Since tak minat nak tengok persembahan burung kakak tua. Geli pulak nak pegang ular, terus aje la masuk zon seterusnya. Ada burung hantu, ada binatang apatah yang macam dalam cerita Madagascar, kancil, merak, iguana dan landak. Landak besar sungguh ye. Tak pernah plak tengok landak sebesar itu. Cuba la terkena duri dia tu. Perkkkk..Eh, masa saya kecik-kecik dulu penunjuk mengaji guna duri landak. Korang?


rimbuuunnnn

kan? ada dalam Madagascar kan?


burung hantu


last but not least, my fav.  gorgeous sangat

Sedar tak sedar habis pusing satu kawasan FITC. Penat la jugak. Haus pun ye. Tapi FITC ada cafenya tersendiri. Boleh rehat dan order makanan dan minuman. Agak mahal pada pendapat saya. Terutama air. Ketara sangat. Ramai juga ibu bapa yang bawa anak kecil bawa bekalan sendiri. Jimat dan sudah pasti lebih bersih. So, sesiapa yang rasa tak tau nak buat apa hujung minggu or cuti sekolah boleh la ke FITC.









No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites