Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Menjejak Bunga Pakma



4 Januari 2020, pukul 8.16 pagi kakak nampak Ustaz Basits post dalam group bagitahu ada slot untuk hiking pada 5 Januari 2020 di bawah seliaan renjer hutan dan Pejabat Hutan bagi melihat sendiri bunga pakma a. k. a bunga rafflesia di Taman Eko Rimba Lata Jarum, Raub Pahang. Kakak orang pertama daftar. 

Beberapa tahun juga hakak menunggu peluang ini sejak hakak mengetahui bahawa bunga pakma ini wujud di tempat kakak mencari rezeki. Alhamdulillah. Ada juga bahagian nak menyaksikan sendiri bunga unik ni. Selama ni dalam buku je kan. Harus kakak teruja. 


Pukul 9 pagi kami berkumpul di Taman Eko Rimba Lata Jarum, dipecahkan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan di assign renjer hutan. Kakak dalam grup 3, grup yang last sekali. Taklimat ringkas diberikan oleh pihak Pejabat Hutan dan bacaan doa oleh Ustaz Basits sebelum memulakan langkah kami. 


Setiap kumpulan dilepaskan secara berperingkat. Kami dimaklumkan perjalanan akan mengambil masa satu jam setengah. 


Perjalanan ini menyeronokkan untuk kakak since hutan ni nyaman dan sejuk. Tambah pula setiap langkah diiringi bunyi menderu air terjun Lata Jarum. Kami limitkan bercakap with each other, pertamanya menjaga kesusilaan dalam hutan, yang keduanya, mendaki sepanjang masa weh, semput nanti kalau asyik bercakap. 


Kami stop di satu kawasan, bila nampak ada sangkar warna hijau. Sangkar ni dipasang oleh pihak Pejabat Hutan bagi melindungi, benih atau buah atau kudup bunga pakma dari dirosakkan haiwan. Kelihatan juga bunga pakma yang dah buruk. 

bunga pakma yang dah buruk
putik bunga pakma pada akar pokok
akar pokok tempat bunga pakma jadi parasit

Kami teruskan lagi perjalanan ke tapak check point. 2-3 kali melintasi anak sungai. Batu-batu ada yang berlumut dan agak licin. Kalau udara pun nyaman dan sedikit sejuk korang bayangkan air ni sejuk macam mana agaknya. 


Kami berhenti di kawasan check point bagi berehat sebentar dan menunggu giliran kumpulan 1 dan 2 naik ke tempat bunga pakma yang sedang mekar. Kena bergilir kumpulan yang naik since laluan seterusnya sempit dan tempat bunga tu sendiri kecik je kawasannya. 

jenis pokok yang digemari bunga pakma untuk menumpang

Lama juga tunggu wey, ada satu jam. Masing-masing selfie 1000 keping sorang barangkali. Sempat la berbau Bygon sembur sakan kat kaki lepas dengar ada gegurl team depan menjerit-jerit kena pacat. 


Akhirnya sampai jua turn kami untuk daki ke tempat bunga pakma yang tengah kembang. Sementara tunggu giliran bergambar, kami nampak bunga pakma yang dah mati. Mungkin dah seminggu mengikut kata renjer. Terdapat juga tag pelbagai warna ditanda pada akar pokok tempat bunga pakma menumpang. Menurut renjer, itu adalah penandaan oleh pelbagai kumpulan yang membuat kajian tentang bunga pakma. Antaranya dari UKM dan UPM. 

kudup bunga pakma

Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba. Kakak so excited, sebab selama ni either tengok dalam tv or dalam internet. Paling tidak pada fridge magnet. Ini adalah kali pertama untuk kakak untuk menyaksikan secara live bunga rafflesia. Pengalaman yang terlalu berharga. 


Renjer hutan memaklumkan, kami beruntung kerana dapat menyaksikan bunga pakma ini yang bukan sahaja baru mekar, tetapi tergantung pula pada akar pokok. Kerana kebiasaannya bunga pakma akan keluar dari akar yang berada atas tanah. 

NOTA
1) Di Malaysia bunga pakma ada di Pahang, Perak, Sabah & Sarawak. 
2) Bunga pakma adalah sejenis parasit menumpang pada pokok lain. 
3) Bunga ini tidak ada musim. 
4) Bunga pakma bertumbuh dalam tempoh yang sangat perlahan lebih kurang antara 8 bulan ke 12 bulan. 
5) Bunga pakma kembang penuh lebih kurang 3 hari sahaja. 
6) Bunga ini berbau seperti bangkai. 
7) Akar tempat bunga ini tumbuh agak sensitif, jika dipijak ia boleh pecah dan akan menyebabkan bunga mati. Perlu berhati-hati melangkah disekitar bunga. 
8) Dari segi khasiat tidak dapat dipastikan kegunaannya tetapi kudup bunga boleh direbus dan airnya diminum seperti air akar kayu.
9) Dikenali dan disebut sebagai pokok pecah belah oleh orang tempatan.

buah dan kudup bunga pakma


Ada pelbagai spesis rafflesia dan setiap spesis dibezakan melalui bintik atau corak pada kelopaknya.



Kami dimaklumkan juga oleh renjer, bahawa terdapat spesis rafflesia yang lebih unik ada di hutan Lipis, yang mana warna lebih pucat berbanding bunga pakma biasa dan bentuknya mirip bunga bakawali iaitu bila kembang berkelopak-kelopak mekarnya. Wow! 


Kami memang sangat puas hati dengan trip ini. Berbanyak terima kasih pada renjer yang mengiring kami. Sabar melayan 1001 pertanyaan kami dan banyak pengetahuan tentang rafflesia yang kami dapat. Ini memang betul-betul once in a lifetime experience. 

NOTA
Hutan Lata Jarum adalah hutan tertutup dan mesti mendapat permit kebenaran dari Pejabat Hutan sekiranya ingin masuk ke hutan ini.


2 comments:

7 Days, 7 Favourites