Teapot & teacup vase, bunga from Shopee. Lilin (mini light) dari Eco Shop. Lazy Susan Snudda from Ikea |
Satu-satunya kawasan yang tak pernah meols sediakan sebelum ni ialah dining area. Sebabnya masa bujang, hakak guna meja laptop/meja kanak-kanak as my dining table sambil tengok tv. Lepas kahwin pun En. Suami pasrah je guna meja kecik tu, siap rebut lagi makan sambil tengok tv. Ye la, siapa tak suka makan sambil tengok tv kan?
Masa PKP barulah banyak masa duduk di rumah, join pula macam-macam group decor atau mengemas. Naik la semangat nak mendecor/kemas. Iols try minimumkan barang di kawasan ni, ruang pun bukan besar sangat lagi pun senang nak menyapu. Nak letak meja makan semata macam kosong sangat pula, makanya letak jua la rak. Dapat juga letak novel-novel serta fail selain barang hiasan.
Dapat juga menyelit indoor plant kakak. Sanseviera yakni pokok lidah jin/lidah mertua. Decor pun ala-ala aje la uols. Bukannya larat nak mengemas hari-hari. Either langsung tak lekat kat rumah atau pun memang malas nak berguling je hahahah
Vintage bag tu, tempat kakak letak aksesori sebenarnya. Beli dari Romantika. Wooden box pula beli from Mr.Diy buat tempat barang jahit |
Fail pelbagai urusan dari Eco Shop. Sanseviera Moon tu En.Suami belikan |
Bila tengok balik gambar asal ruang ni hakak ketawa gelihati. Ya Tuhan rumah bujang nomad sangat kan? Apa yang ada je. Ye la, rumah buat tempat persinggahan aje. Macam langit dengan bumi ruang ni sekarang. Hakak boleh masuk extreme makeover.
No comments:
Post a Comment