Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Mutiara Taman Negara


Syukur, bila je dibenarkan bercuti last year, travel partner kakak si Ella cepat-cepat ajak kakak vaccay back to nature. Penat WFH dah katanya. Melihat keadaan Covid-19 yang tengah mencanak di utara semenanjung, pilihan kami cuma ke selatan dan pantai timur. Dan setelah di timbang congak, pantai timur is the best since perjalanan untuk Ella tak jauh sangat. Taman Negara is our choice. Lagi pulak Mutiara Taman Negara tengah buat promo. Wajib la disambar yahhhh. 

Kalau korang dari KL, keluar ke tol Gombak, melalui tol Bentong, masuk LPT dan keluar diTol Temerloh. Ambil ke kanan, terus je perjalanan korang sampai la ke Jerantut (in between tol Temerloh dan bandar Jerantut korang akan jumpa pekan kecil Kerdau dan Kuala Krau)

Nota
Sila isi minyak siap-siap di bandar Jerantut, nak beli apa-apa pun better beli di bandar Jerantut.

Dari bandar Jerantut korang kena cari susur ke Padang Piol untuk teruskan perjalanan ke Kuala Tahan. Sampai di Kuala Tahan, korang yang bermalam di area sini boleh ambil parking berbayar for your own safety. Jangan parking tepi jeti tu uols, yang parking situ semuanya either datang makan tengahari or day trip sajahhhhh. Buatnya air naik, tak pasal berenang kereta korang nanti masa korang tengah lena di ulit mimpi.

NOTA
Parking berbumbung RM15/malam dan open area RM10/malam. 

UNTUK MAKLUMAN korang kena dapatkan permit masuk hutan dan permit mengambil gambar dari Jabatan Perhutanan. Jangan risau ada kaunter yang di buka di Mutiara Taman Negara. Resit permit ni korang kena bawa sepanjang berada di Taman Negara. Pegawai Perhutanan akan randomly buat spot check dan mana-mana orang yang tiada permit tidak dibenarkan memasuki kawasan Hutan Taman Negara

NOTA
1) Permit masuk hutan RM1
2) Lesen kamera RM5

Jom kakak share dengan korang apa aktiviti sepanjang kakak stay di Taman Negara.


Mutiara Taman Negara


Uols, resort ni sendiri memang cantik yang amat. Kakak sendiri selaku warga negeri Pahang tak rasa macam dalam Pahang. Rasa macam bercuti jauh aje. Walhal sekali sekala kakak akan datang bekerja di Jerantut. Tapi memang tak rasa berada di Jerantut pun.


Untuk kaki bergambar macam kakak dan ramai lagi insan di luar sana, memang inilah masanya korang bergambar puas-puas. Hari terakhir kakak di sini jiran kakak bukan main lagi berposing tema Hari Malaysia lengkap berkain batik dan bendera. Gittew.

Kakak juga tak lepaskan peluang bergambar di sekitar resort dan rumah weols. Ala-ala photoshoot la uols. Lepas gian lama mendap di rumah sepanjang PKP.

Btw, lets kakak share dengan korang macam mana rupa bilik weols. Memang sangat selesa ye. Rasa tenang, aman, rileks. Dan disebabkan dikelilingi hutan waktu malam bukan main sejuk. Lagi pulak masa kami datang tu, asal malam je hujan.

NOTA
1) Covid-19 Promo RM230/malam
2) Try request bilik No 16 ke bawah, dekat sikit dengan receptionist & restaurant.
3) Beware of monkeys. Sangat banyak ye. Make sure tingkap sentiasa bertutup. Jangan bimbit plastik/bawa beg plastik sambil berjalan. Monyet akan try ambil dari korang.
4) Beware of wild boar. Jalan sentiasa tengok kiri kanan terutama waktu malam, kawasan yang gelap sikit. Babi kat sini tak takut manusia langsung, lagi dikejarnya ada, tak pasal kami berlari naik beranda rumah orang!


Malam pertama tidur di sini hujan sepanjang malam. Sejuknya bukan main. Ella lena awal dari kakak, sedangkan kakak having difficulty untuk melelapkan mata. Bunyi air hujan yang menitis pada atap atas kepala kakak agak kuat pada pendengaran, umpama orang baling batu or baling something. Bulu tengkuk asyik rasa merinding. Seram campur sejuk. Walaupun Ella pesan switch off lampu before tidur kakak abaikan je, alah dia pun dah lelap lama. Kakak takut uols. Baca macam-macam surah sampai terlelap. Pagi esok Ella bising kenapa tak padam lampu, dia terjaga kena la dia bangun off kan lampu hahaha





Lubuk Simpon


Selepas check in kami selesaikan urusan pembelian permit dan seterusnya kami pun berjalan menuju ke arah Lubuk Simpon. Perjalanan lebih kurang 15 minit ke setengah jam, ikut kelajuan korang la ye. Lubuk Simpon ni tempat orang mandi-manda. Kalau memang korang plan nak mandi boleh la bawa baju mandi siap-siap, kami nak bersantai je. Tempatnya tenang sangat. Sesekali ada bot yang lalu di sini.
 


Night Safari Cruise


Kami pilih night cruise sebagai aktiviti untuk malam yang pertama. Sususan semua yang duduk dalam bot, tekong bot yang tetapkan. Kakak kena duduk depan sekali. Gayatnya uols! Ella kat belakang sekali. Cuaca kurang menyebelahi kami bila sambil crusing tu hujan turun. My mistake tak pakai siap-siap baju hujan. Sempat selamatkan kepala sendiri je, janji jangan demam. Lengan baju basah le.


Kami bertembung dengan banyak bot lain yang sedang berpatah balik, akibat hujan. Tapi mujur la tekong bot tegar untuk bawa kami terus menyusur sungai. Rezeki kami dapat tengok gajah, kijang, musang, lotong dan beberapa haiwan kecil lain.


NOTA
1) Bawa lampu suluh
2) Pakai kasut atau selipar yang sesuai. Kakak pakai swimming shoe je.
3) Bawa baju hujan

Bumbun Tahan


Bumbun ni adalah tempat meninjau haiwan. Ada beberapa bumbun yang ada di kawasan taman negara ni. Antaranya, Bumbun Blau, Bumbun Yong, Bumbun Tabing, Bumbun Cagar Anjing dan Bumbun Tahan. Kami singgah di Bumbun Tahan, bumbun yang paling dekat dalam perjalanan nak ke Bukit Terisek. Semasa kami di Bumbun Tahan ni, kami dapat la lihat banyak monyet dan ada juga babi hutan yang mencari makan di kawasan ini.

Bukit Terisek



Lama yang yang teramat tak mendaki bukit. Haaa nervous juga la ye, takut cramp ke,  pewai teruk ke apa. Dah la hakak ni lama tak bersenam. Tapi tetap ambik peluang nak naik ke Bukit Terisek ni.


Team kami tak ramai 8 orang termasuk Encik Ranger. 2 senior citizen mat saleh, sepasang couple mat saleh yang energetic, seorang minah Jepun dan kami berdua. Ranger kami ialah En Basri. Kami sangat-sangat beruntung kerana En. Basri merupakan seorang otai yang banyak pengetahuan hutan serta fasih berbahasa Inggeris.


Kami berjalan santai, memandangkan menggunakan laluan kayu yang sangat elok. Banyak kali berhenti bila En. Ranger ingin terangkan tentang pokok, daun, jenis tanah, dan sebagainya. En. Ranger juga sempat buat demo make up tanah liat mengggunakan tanah liat pelbagai warna yang suatu masa dulu teknik ini di gunakan oleh puak orang asal.


Since kakak sebut tadi yang kakak dah lama tak bersenam ke hape, memang tak larat uols. memang sakit kaki segala. Namun begitu putus asa bukanlah sifat kakak gituh. Gagahkan kaki jua untuk terus menapak. Akhirnya sampai juga kakak di puncak Bukit Terisek. Kakak minta aje sorang student agaknya tolong snapkan gambar kakak.



NOTA
1) Jangan lupa bawa permit hutan & lesen camera. Ada Pegawai Perhutanan yang akan tunggu untuk buat spotcheck.
2) Jangan lupa bawa air dan extra air manis/gula-gula for energy

Titian Silara Canopy Walkaway


Setelah turun dari Bukit Terisek, kami ambik simpang untuk menaiki titian gantung. Ramai yang sedang menunggu giliran untuk menaiki titian ini mengikut kumpulan masing-masing. Saya dan Ella ambil kesempatan untuk membeli air manis, memandangkan kami melepek keletihan. Maklumla konon-konon dua orang ni nak kurangkan air manis dalam minuman, sekali ko, pancit. Terpaksa la juga.


Memandangkan kami ambil pakej dengan Mutiara, makanya tiket telah diuruskan dan ambil je dari En Ranger. Kami dimaklumkan perjalanan agak singkat kerana akibat cuaca yang kurang baik ada dahan pokok patah mengenai laluan, dan laluan titian gantung terpaksa ubah untuk keselamatan. 

Yang penting kakak kurang gayat menaiki titian gantung di sini yahhh!



Boat Cruise


Kami naik berempat dengan pasangan yang sama hiking ke Bukit Terisek dan Night Cruise sebelum ni. Pasangan tu nampaknya bersedia untuk mandi di Lata Berkoh. Saya dengan Ella, ready main air aje la kot.



Banyak-banyak aktiviti, naik bot la yang kakak paling suka. Dengan suasana yang nyaman, pemandangan yang menyejukkan mata, kena pecik air, lalu dekat area berbatu, ehhh memang syiok la. Tenang je rasa. Enjoy sangat trip pergi balik.

NOTA
1) Trip bot akan ke 3 tempat iaitu Pokok Tualang, Kelah Sanctuary & Lata Berkoh



Pokok Tualang 30 Pemeluk


Hentian pertama boat cruise ialah di satu kawasan di tepi sungai yang mana terletaknya sebatang pokok tualang berusia anggaran lebih kurang 500 tahun. Besarnya pokok tualang ni, anggaran ukur lilit ialah 30 pemeluk orang dewasa. Hakak posing macam masuk American Next Top Model wahaha

Kelah Sanctuary


Tiba di hentian kedua iaitu Kelah Sanctuary, hujan mulai rintik halus. Air keruh tidak menyebelahi kami untuk melihat ikan kelah. Namun riak pada air menunjukkan ada penghuninya di situ. Ella selaku pencinta haiwan tegar tak lepas peluang membeli makanan untuk sang ikan. Kakak? Ambik gambar je.


Lata Berkoh


Di hentian terakhir menapak lagi! Ya ampun, gigih ye aktiviti menyeksa diri namanya. Kurus aje tak, makin naik berat ada. Kali ni menapak ke Lata Berkoh pula. Tapi awal-awal abang yang bawa bot pesan jangan mandi di sana kerana musim hujan ni air besar dan deras. Kalau nak mandi, mandi area bot parking je.



Since jalan mendatar, rasanya perjalanan ke Lata Berkoh agak menyeronokkan dengan menyusur sungai, suasana nyaman dan menenangkan jiwa. Kami ikut je kesan laluan jalan kaki sedia ada.


Air deras jeram bagai lukisan hidup alam semulajadi. Sayangnya musim hujan, kalau tak pasti air di Lata Berkoh ni jernih habis. Duduk lepak atas batu pun seronok di sini, boleh ralit melayan bunyi air. Kami tak turun ke air pun. Melihat air deras dan teringat pesanan abang bot, memang tak berani wey. Makanya setelah duduk sekejap dan bergambar kami patah balik semula di tempat bot dan main air sungai di situ je. Habis cerita. Best juga apa wahahaha

Jemari Traditional Massage


Dah kalau betis sampai keras menapak, mendaki ke sana kemari, memang massage is the best option bagi melembutkan semula otot betis. Berjalan pun dah tak rasa tapak kaki uols!

Kalau tak biasa berurut atau massage jangan cuba-cuba ye berurut di sini. Tekniknya agak keras untuk badan kakak. Menitik jugak air mata. Biasa berurut dengan Mok Yoh, urutan kampung yang sangat klasik. Memang lain teknik di sini berbanding dengan tempat yang kakak biasa berurut. Btw, yang best before massage kita dibeli pilihan jenis-jenis minyak yang sesuai dengan situasi kita. Jadi kena bagitahu dulu kita lenguh badan ke, betis cramp ke.

NOTA
1) Teknik urutan agak keras, so siapa yang tak tahan memang akan sakit (kakak lebam-lebam lengan dengan peha), so kena bagitau tukang urut la korang punya level tolerate sakit.
2) Disebabkan MCO kami dapat promo price separuh harga

Sepanjang berurut dalam hati kakak jerit nama Mok Yoh wahahahah



Makan Tengahari Dalam Hutan

Sebelum balik kami plan nak makan tengahari dalam hutan di Danz Eco Resort. Lagi pulak hari sebelumnya jumpa kawan Ella dia bagitau lunch dekat situ bukan main sedap. Kami pun hubungi Danz Eco dan booking slot.


Kami tunggu di pejabat Danz Eco Resort dan dijemput oleh kenderaan 4x4. Duduk di belakang dan enjoy perjalanan melalui tanah merah dan hutan. Syiok, walaupun melambung-lambung badan.


Kawasan tempat makan letaknya di pinggir sungai dan menu yang dihidangkan bertema kampung dengan highlight of the day ialah patin masak asam rong. Mujur reti malu. Kalau tak makan bertambah. Memang sedap ye. Highly recommend!




NOTA
1) RM20/seorang. Since kami tak menginap di Dance Eco Resort, harga set lunch berbeza
2) Bagi yang menginap di sini , harga yang dikenakan lebih murah.
3) Terdapat pelbagai pilihan penginapan di Danz Eco
4) Danz Eco juga menawarkan pelbagai pakej aktiviti di Taman Negara



Selesailah sudah trip kami ke Taman Negara





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites