Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Tree Steak House


Masa wedding anniversary pertama hakak dan Encik Suami kebetulan pula Encik Suami nak balik dah ke tempat kerja beliau. Maka stay di KL la kami. Masa tu kami duduk di  The Royal Widad Residence UTMKL . Malamnya tu kami decide untuk makan di The Tree Steak House, Keramat. Dekat je dengan tempat kami stay.


Ada banyak pilihan makanan western style dengan harga yang sangat affordable di sini. Menu kat atas ni signature dish dia orang. So, jangan takut mencuba okey. Jom tengok pilihan kakak dan Encik Suami.

Nachos RM9.90



Nachos kat sini biasa aje, berpadanan dengan harga. Cuma kakak agak shock bila tomato dengan timun dia hidang macam tu aje, macam makan nasi ayam pulak. Rasanya kalau cincang halus tomato dengan timun tu tak de masalah pun rasanya. Lebih presentable dan mudah nak makan dengan nachos. 



Encik Suami pilih pasta dengan lamb. Boleh tahan juga portionnya dan black pepper saucenya boleh tahan sedap. Encik Suami suka dan dia makan sampai habis licin.

RM23.90

Yang kakak punya iaitu salmon steak. Rasa okey la. Gravy-nya agak sedap pada taste bud kakak. Overall berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Total damage lebih kurang around RM60 for 2. So, untuk kakak dengan suami, boleh juga la kalau nak repeat lagi kalau kami stay area sini lagi.


NOTA
1) Ada ruang parking di sediakan
2) Decor dalam restoren menarik (sorry tak ambil gambar, ada customer lain)
3) Restoren luas dan selesa
4) Certain menu cepat habis
5) Certain menu tak boleh order sebab tak cukup bahan (mohon management do something)


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites