Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Jeram Bangkin


Pertengahan March yang lepas kakak dan team Kelab Raden terlibat dengan rakaman bersama Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Pahang. Antara tempat rakaman yang terlibat ialah sekitar Chemerkau Resort dan Pak Akob Resort. Walaupun shooting berhampiran jeram, tapi kami tak dapat pun bersantai mandi-manda, maklumla tengah duty.

Makanya minggu selepas shooting kami ajak semua dancers yang terlibat, koreografer serta ibu bapa penari untuk BBQ dan mandi-manda di Jeram Bangkin. Musim-musim panas ni memang best sangat! 

Jeram Bangkin yang merupakan sebahagian dari Sungai Dong terletak di Dong Raub, Pahang mungkin tak sepopular Lata Jarum atau pun Pulau Chekas yang ada di sini. Jeram ni terletak di laluan menghala ke dua-dua tempat rekreasi tersebut. Jeram Bangkin kedudukannya lebih dekat dengan Pekan Dong dan dengan jalan besar laluan utama Raub-Kuala Lipis. Hanya lebih kurang 15km jaraknya dari Bandar Raub.

Luckily kami menerima sponsor nasi arab dari Mat'am Nasi Arab. Iols pula incharge bahagian sandwich, pinggan sudu garfu dan plastik. Lina bahagian pengangkutan nasi arab. Nasroh pula bahagian BBQ. Cikgu bawa kek kopi, parent bawa macam-macam, ada kuih, ada biskut.

Ketika tiba di jeram rupanya AJK Jeram Bangkin dan proses membersihkan sekitar jeram kesan banjir haritu dan kami juga bantu apa yang patut mengutip sampah tinggalan pengunjung dan plastik.

Tahu tak apa sampah yang paling banyak ditinggalkan?
 
1) Pampers
2) Facemask

NOTA

IBUBAPA yang datang bawa anak kecil tolong jangan buat perangai penting diri sendiri. Korang datang melenggang tak bawak pape ke? Bawa la plastik bawa balik pampers anak. Ni main campak aje. Tong sampah disediakan tu. Apa la pemalas dan tak bermoral sangat korang ni. Tolong jadi contoh terbaik untuk anak-anak. Korang yang main campak pampers ni memang pengotor dan mencemar tempat awam/tempat orang

DAN, tahula sekarang semua kena pakai mask, boleh tak masing-masing bila buka mask tu letak dalam beg jangan campak-campak? Hadoi. Pencemaran betul. Dah kakak membebel kat sini.

Kami juga ambik kesempatan untuk menyerahkan sedikit token pada semua dancers dan set surat khabar Sin Chew Daily & China Press kepada dancers. Teruja semua nak cari muka masing-masing.

Part paling best for sure la mandi! Since kami ni mandi jeram, makanya air mengalir agak deras berbanding mandi sungai. Port kami pilih hanya ada satu kawasan dalam yang lain paras pinggang or dada je. Yang lagi best port ni dah ada buai, tali juga dipasang untuk keselamatan boleh pegang masa mandi. Malah pokok tumbang berhampiran turut ditakik jadi tempat duduk. Tahniah warga AJK Jeram Bangkin yang kreatif.

Dah sudahnya masing-masing tak nak keluar dari air. Sejuk, mandi dan main dengan kawan-kawan maunya tak best. Tak ingat nak makan dah. Puas parent masing-masing teriak ajak balik. Selepas pelbagai janji manismu nak datang lagi ramai-ramai serta ada yang terpaksa buat ugutan, dalam keadaan paksa rela masing-masing pun naik akhirnya. Baru la boleh mengemas pulang ke rumah masing-masing.

Till next time bebeh!


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites