Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Doli, Kuey Teow Goreng


Kalau datang ke Taiping, antara tempat makan yang direcommend adalah Doli Kuey Teow. Apa istimewanya Doli Kuey Teow Goreng ni? Di goreng secara traditional iaitu menggunakan kayu api.

Doli Kuey Teow Goreng
No 5, Regat Tupai, Medan Taiping
34000 Taiping, Perak

No Tel : 016 - 553 8026

Buka setiap hari kecuali hari Rabu. Tapi, kena double check waktu operasi memandangkan operasi restoren perlu ikut SOP semasa. Waktu kami datang ni waktu operasi dari pukul 11 pagi hingga 7.30 malam. Pelanggan untuk dine-in juga limited kepada 25 orang sahaja untuk satu masa. 


Actually sekarang ni je Doli ni berniaga di dalam premis macam ni. Asalnya dekat warung je. Gambar warung lama ada dipamerkan di dinding premis.


Btw, since perniagaan dijalankan ikut SOP. Maka, order di ambil masa tengah beratur tunggu meja. Tak banyak pun menu makan di sini kerana memang specialty mereka ialah kuey teow obviously.


Kami diberikan dengan order list yang di tanda dengan makanan dan minuman yang kami pilih. Hakak order kuey teow goreng biasa, En.Suami pilih kuey teow goreng special. Kami juga diberikan dengan sejenis alat macam pager. Once alat ni berbunyi, kena ambil makanan dan minuman kami di kaunter.


Tadaaa. Memang sedap. Beza antara keduanya ialah yang special ni, kuey teow dan udang nya lebih banyak. Dalam gambar ni tak nampak beza sangat. Btw, sambal kicap dia pun sedap, kena dengan taste bud kami berdua!

special
biasa

NOTA : tempoh menunggu untuk dapat kuey teow sangat lama around 30 minute or more.

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites