Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Mee Udang Pak Nik Ramzi

atas matutes, bawah mee udang

Ni kakak nak rekemen satu kedai makan di Raub. Haaa mana yang menghala ke Sungai Koyan atau ke Cameron Highland melalui Raub boleh try singgah di kedai ni. Kedai Pak Nik ni letaknya di Sempam. Betul-betul luar Lorong Sempam Baru 7. Seberang jalan Masjid Sempam. Bukan la betul-betul seberang. Dari Raub sebelah kiri, kalau dari Sungai Koyan/Cameron Highland letaknya sebelah kanan. Kedai Pak Nik ni letaknya dalam laman rumah orang. Rumah Pak Nik kot. Entah. 

(gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)
(gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)

Buat masa sekarang, kedai ni beroperasi hanya pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Operasi bermula seawal pagi ye. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis sarapan serta pelbagai jenis kuih untuk sarapan pagi.

mee udang RM15, matutes RM20

Menu yang paling hakak suka di sini ialah mee udang, matutes (maggi+tomyam+udang+telur+sotong), roti tempayan dan roti cheese. Kena cuba tau sebab memang menu ni la yang kakak selalu order. Masakan panas pun sedap-sedap. Jenis-jenis nasi gorengnya memang fuhhh licin la pinggan.

nasi goreng udang RM15
roti tempayan dengan pelbagai pilihan kuah (gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)
roti cheese. yang ni pun sedap oiii. kakak makan roti ni tak payah cicah kuah dah (gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)

Fuhhh, lama tak makan kat kedai ni. Sekarang nak makan tak feeling betul kena take away. Yela...yang roti-roti tu sedapla kalau makan betul-betul lepas masak kan? Tapi apa boleh buat. Kita patuhlah pada SOP. 






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites