Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Vientiane, Laos

bunga Kemboja ialah bunga kebangsaan Laos

Most quiet capital city in the world. Itu la yang dapat kakak simpulkan tentang Vientiane. Syukur, cuti X-Mas lepas ada rezeki lagi untuk mengecop passport. Kali ni ke negara Laos. Kakak dan Ella ke Vientiane sahaja, tidak ke Luang Prabang pun. Macam biasa pagi buta kami ke airport.  Since bangun pagi buta mengalahkan orang nak pergi menoreh, dalam flight once pasang belt kakak terus pengsan tak sedar pape. Tau-tau flight dah masuk ruang udara Laos. Perjalanan lebih kurang 2 jam 50 minit. Kami arrange airport pick up sebab malas nak mencari. Kos USD 10/trip. Hantar beg dulu sebelum start merayau.


Patuxay

Tempat pertama kami pergi ialah Patuxay/Patuxai. Dari jauh dah nampak. Monumen perang yang dibina sempena memperingati mereka yang telah berjuang bagi mendapatkan kebebasan dari jajahan Perancis. Korang tengok monumen ni teringat apa? Arc de Triomphe yang ada di Paris. Betul tak?


Walaupun nampak macam Arc de Triomphe tapi rekaannya memang bercirikan Laos. Korang boleh tengok di sebelah dalamnya ada ukiran Vishnu, Brahma dan Indra. Patuxay ni ada 7 level. So memang tinggi ye.  


Nak naik atas korang boleh beli tiket. Harganya 3000Kip sahaja bagi setiap orang. Alang-alang dah sampai naik la wey. Kat atas ni ada orang jual bermacam jenis cenderahati. Boleh beli kat sini kalau malas nak cari. Sebab dekat night market pun bukan ada semua cenderahati macam kat tourist spot.

ni level berapa entah 5 kot
ni level 6
tangga nak naik ke tingkat 7
pemandangan Patuxay Park dari atas


China-Laos Friendship Statue

Depan Patuxay ada satu monument putih berbentuk 4 ekor gajah yang memikul stupa. Ini adalah Monument Persahabatan Laos-China. Yang paling menarik tentang monumen ni, ia dibina menggunakan pinggan, cawan,sudu dari china porcelain. 

pinggan, cawan, sudu

Colonial Building

Istimewanya tentang Vientiane ni ialah bangunan-bangunan kolonial-nya. Banyak yang teramat sangat dan banyak yang masih elok. Kebanyakan bangunan ni sekarang dijadikan bank. Tak macam pergi ke Laos. Memang ala-ala ke Perancis pula dengan signboard-signboard utama/bangunan kerajaan mesti ada Bahasa Perancis.


Presidential Palace

Antara bangunan yang menarik perhatian kakak ialah Presidential Palace. Bangunan ni tidak dibuka kepada orang ramai ye. Bangunan ni ialah kediaman rasmi presiden negara ini.


Beautiful Cafe

Dalam perjalanan nak cari lunch kami terjumpa dengan satu bangunan yang cantik sangat dekorasi kelilingnya. Betul macam rasa tiba di Paris pulak ihiks. The Living Library ni ialah cafe ye. Kat Vientiane ni banyak sangat cafe-cafe yang cantik, di bangunan colonial. Since mereka ni pernah dijajah oleh Perancis, menu di cafe biasanya ala-France ye. Bukan ala-Inggeris. Mesti ada baguette, ada jam serta butter.





Joma Bakery Cafe

Sampai juga ke tempat makan pilihan kami iaitu Joma Bakery Cafe. Tidak berstatus halal ye. Tapi muslim friendly. Apa pilihan saya? Sandwich tuna, coconut cake dan signature Lao ice coffee. Total 73,000Kip.

38,000Kip
23,000Kip
coconut cake yang belakang, 12,000Kip

Sandwich macam biasa la, plus best sebab sekali dengan salad. Tapi korang wajib minum kopi Lao. Memang sedap gilz. Siapa pernah minum kopi Vietnam tau kan sedap macam mana? Kopi Lao pun ala-ala macam tu jugak. Kaw wey. Memang puas sangat. Free flow plain water.

Bab kek pulak. Ya Tuhannnn. Nampak macam biasa je, tapi kemain gebu gebas, sedap tak terlampau manis ngam aje makan kek sambil minum dengan kopi. Recommended. Lepas makan tersandar kami berdua ye. Last makan time breakfast kat Malaysia, subuh kala pulak tu.

NOTA
Boleh guna wifi untuk tempoh 3 jam dari time beli food.


Hard Rock Cafe

Kepada peminat HRC jangan risau, ada satu kat sini. Tapi takde cafenya. Hanya ada outlet jual barangan HRC sahaja. Katanya owner dah beli bangunan baru nak tambah cafe pulak. Bila siapnya tak tahu la. Dapatla kakak beli sehelai buat kenangan.


Masjid Jami' Vientiane

Hidden gem of Vientiane. Alhamdulillah jumpa juga kami dengan masjid di sini, yang masyarakat muslimnya adalah minoriti. Masjid ni letaknya di belakang Ibis Hotel, tak jauh juga dengan Kedutaan Brunei dan Namphou Fountain. Masjidnya sangat tenang dan sunyi.

Wat Sisaket
adik iols kata, hakak photoshop diri sendiri atas gambar wat. herghh

Actually wat ni dengan Presidential Palace dekat aje tapi sebab dah kebulur makanya dari palace terus je cari makan dulu. Kumpul tenaga. Bayaran masuk adalah 10,000Kip. Menarik tentang wat ni ialah , ianya satu-satunya wat yang selamat masa perang. Wat ini juga menempatkan beribu patung buddha. 


Haw Phra Kaew

Dulu wat ni menempatkan The Emerald Buddha, tapi ketika dijajah Thailand, kerajaan Siam telah membawa patung tersebut balik ke negara mereka. Kini wat ni adalah muzium dan menempatkan replika patung buddha tersebut. Senibina wat ni memang cantik. Itu pun telah beberapa kali dibaik pulih.




That Dam

That Dam adalah stupa berbentuk loceng. Dulu-dulunya bersadur emas. Orang tempatan percaya stupa ni ada penunggunya. Stupa ni letaknya di roundabout dan berdekatan dengan US Embassy. Hazab akak nak ambik gambar ni sambil tengok trafik. Kang tak pasal kena langgar dengan motor. 


Pomodoro Pizza

Malamnya kami keluar dinner naik tuk-tuk. Malas nak berjalan berpeluh-peluh kepam pulak sampai ke kedai makan nanti. Dah la baru mandi. Kos tuk-tuk 40,000Kip. Kami ke Pomodoro Pizzeria Restaurant. Yang bestnya restoren ni halal ye.


Selain menu pizza ada juga menu lain, pelbagai jenis masakan arab, pasta, dan salad. Pilih aje la. Tapi kami pilih untuk makan pizza supreme. Kos 74,000Kip.

NOTA
Semua kedai makan akan menghidangkan air masak sebelum kita buat order.



Buddha Park

Keesokkan harinya kami ke Buddha Park. Lebih kurang 25 kilometer dari bandar Vientiane.  Kami chartered kereta je USD35 pergi balik. Minta tolong hotel uruskan hihik. Cuaca luar biasa ye kawan-kawan. Langit biru-sebirunya. Langsung tak de awan. Panas yang teramat sangat. Tapi dalam gambar jadi cantik le.


Tiket masuk 15,000Kip bagi setiap orang. Taman ni menempatkan lebih kurang 200 patung buddha dan hindu. Ada bentuk manusia, haiwan, patung ketuhanan dan demon. Yang paling menonjol pada pandangan mata hakak ialah sculpture berbentuk labu.


Korang boleh masuk dalam labu ni ye. Masuk ikut mulut demon bersaiz 3 meter tu ha. Labu ni ada 3 level yang korang boleh naik, level-level ni menggambarkan neraka, bumi dan syurga. 


By the way, tangga untuk naik ke setiap level tu, kemain la halusnya. Besar tangan hakak sajork. Hazab tahu tak nak naik. Ruang makin sempit, huru hara rasa nak adjust kaki segala, kena naik bergilir-gilir. 


Sampai kat atas ni korang boleh tengok pemandangan taman ni. Tapi sebab cuaca yang amat panas, matahari memancar terik, tak mampu la nak berlama-lama kat atas ni. Ambik gambar then turun. 


Kat taman ni, seperti jugak dekat tourist spot yang lain ada penduduk tempatan yang berjual cenderahati dan street food. Street food yang sempat kami cuba ialah pisang bakar. Dalam 10,000Kip satu bekas. Haus giler keluar dari park ni.

NOTA
Bawa bekal air or nak mudah beli je air kat sini

sempat lagi makan pisang bakar


Pha That Luang

Sepatutnya dari Buddha Park terus balik hotel tapi kami minta driver hantar ke Pha That Luang. Pha That Luang sangat gah rekabentuknya yang berwarna keemasan. Malah sebenarnya yang bahagian berceracak pada bangunan memang disadur dengan emas tulen. Bahagian lain je guna cat keemasan.  Pha That Luang merupakan monumen suci yang paling penting di Laos. Festival untuk penganut buddha di sini juga akan di buat di Pha That Luang.


Joma Bakery Cafe

Dari Pha That Luang kami minta driver drop kami di Joma (with tambahan bayaran 50,000Kip for two extra places). Joma lagi. Yasss kali ni kakak pilih tuna melt pulak. Untuk dessert pilihannya ialah coconut macaroon dan yang teristimewa ialah air kopi santan. Haaaa sedap la. macaroon sedap, air pun sedap. Tak rasa macam letak santan pun. Must try kopi santan okey?

coconut macaroon
coconut coffee

Night Market

Kami tak lepas peluang untuk ke night market. Kagum sangat sebab bersih sangat! Ye, Vientiane sebuah ibu negara yang bersih. Kebanyakkan barang yang dijual ialah baju dan kasut. Perasaanya banyak kedai dari pembeli. Barangan dijual bermula harga 10,000 Kip.

patung King Anouvong berhampiran night market


Azalea Parkview Hotel

Di Vientiane kami stay di Azalea Parkview Hotel. Sebuah butik hotel yang dari depan nampak macam kecik je. Rupanya memanjang ke belakang. Kos dua malam ialah RM340 (RM170/orang). Sangat selesa untuk kami berdua. 



Sourvenir


Sebelum balik cari juga buah tangan untuk family dan kawan-kawan. Macam saya kata kat atas kopi di Laos sedap. Makanya beli juga untuk kawan-kawan merasa. Mana yang sempat la ye. Boleh la buat tanda ingatan. Kepada yang gemar kumpul fridge magnet boleh cari di night market. Boleh dapat dengan harga 9,000Kip.



NOTA
1) Tarikan utama adalah wat
2) Bandar yang bersih
3) Penduduk yang mesra dan lemah lembut
4) Kurang fasih berbahasa Inggeris, mana yang fasih memang tip top
5) Tandas yang bersih disemua tempat kami pergi
6) Menggunaan Bahasa Perancis pada kebanyakkan papan tanda
7) Pemandu (motor, tuk-tuk, kereta dll) akan memberi laluan kepada pejalan kaki
8) Pukul 8.30-9 malam bandar mulai sunyi 






2 comments:

  1. salam sis, kat pasar malam tu starting 10k kip, harga tshirt agak2 berapa selai eh hehe..going to Laos this Dec..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. T-shirt around start 30-40K Kip kalau tak silap. Tshirt dia kurang kualiti dan cutting kecil. Means siapa pakai size S/M kena ambil size L

      Delete

7 Days, 7 Favourites