Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

King's Char Kuey Teow



Makan malam kami tuju ke King's CKT je. Senang. Tepi jalan. Mudah nak cari. Restoren ni beroperasi setiap hari dari pukul 2 petang hing 12 tengah malam. Ini kali kedua kakak makan di sini.

King's Char Kuey Teow
402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

Dari segi suasana memang selesa memandangkan kawasan restoren yang luas. Ada bawah bumbung ada open air. Ada tempat parking. Dan busking. Settle check in mySejahtera dan check suhu kakitangan restoren akan bawa kita ke meja kosong dan terus ambil order. Pantas.

Untuk kakak, order CKT seafood (RM14.90) dengan air Ananas Fresco (RM7.90). En.Suami pula order chicken chop dengan air Vin Citrus (RM7.90). Since restoren ni menyediakan menu khas sahaja, makanya cepat je makanan tiba di meja kami.

Btw, akan ada staf yang letak otak-otak atas meja tanpa kita order. Yang ni up to you, kalau korang makan kena la bayar. Tak makan tak pe. CKT di sini of couse sedap cukup rasa. Mewah dengan extra choice kakak iaitu seafood.

Alhamdulillah, kenyang. Cuma belum lagi berpeluang try menu yang lain. Next time nak cuba datang try menu siang pula.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites