Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kota Kuala Muda


Syukur dapat balik lagi ke Sungai Petani. Macam biasa berangkut jua la macam-macam. Dengan duriannya, nangka pun ada. Sikit gula kabong untuk MIL merasa. MIL pula ada buat ketupat daun palas dengan rendang daging. Dapat juga makan walaupun dah habis Syawal. 


Macam biasa nak dapat balik Kedah bukan mudah uols. Husband nak dapat cuti pun punya payah, makanya memang suruh husband bawak kakak jalan-jalan la. 

Dataran Tsunami

Dataran tsunami ni di bina bagi memperingati peristiwa tsunami yang melanda kawasan di sini apada 26 Disember 2004. Dataran ini letaknya di pesisir pantai. Tapi tak boleh mandi. Berselut. Boleh untuk bersantai, berkelah dengan keluarga sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. 



Berdekatan dengan dataran ini juga ada medan selera, dengar kata ada mee udang sedap di sini. Ada juga Galeri Tsunami terletak berhampiran yang memaparkan infografik tentang kejadian tsunami tersebut. Sisa tinggalan rumah penduduk yang menjadi mangsa tsunami juga masih ada.


Tugu Peringatan Tsunami

Monumen bot ini di bina bagi memperingati kejadian yang tidak boleh dilupakan oleh penduduk di sini. Sebanyak 26 buah bot lambang tanggal 26 Disember, digunakan dan disusun bertindih-tindih kerana kerana sewaktu tragedi tersebut berlaku bot-bot di sini bertindih sedemikian rupa.


Pantai Merdeka

Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai berpasir di daratan negeri Kedah. Menjadi tarikan utama warga Kedah dan Penang. Dan yang paling best nama Pantai Merdeka juga di abadikan dalam lagu slow rock Cinta Pinta Merdeka nyanyian Tropika/Jinbara. Feeling habis uols lepak kat sini sambil dengar lagu.

Di sini ramai penduduk tempatan berniaga. Makanya kalau lepas bermandi-manda atau berjalan menyusur pesisir pantai jangan risau kalau haus ke lapar, pilih je mana gerai yang berkenan di hati. Ada juga gerai-gerai cenderamata.

Lagi satu, dari Pantai Merdeka juga korang boleh naik bot untuk ke Tanjung Dawai tau. Tak payah drive nak ke sana. Then, kalau dah sudah makan or beli barang boleh balik semula ke sini. 


Tikam Batu

Again, balik kali ini kami singgah di Tikam Batu menikmati keindahan bendang yang menghijau. Harap nanti balik lagi dan jalan-jalan lagi.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites