Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Covid-19 Vaccine 2nd Dose


Disebabkan En Suami jatuh sakit, kakak telah tangguhkan pengambilan vaksin dos dua. Dan tarikh baru ditetapkan semula 3 hari selepas  hari yang sepatutnya kakak ambik vaksin. Again, dalam MySejahtera tidak ada update tarikh baru tapi nama kakak sebagai penerima vaksin di tarikh baru telah diserahkan kepada En Suami. 


En. Suami dalam pada sakit-sakit tu sempat juga arrange pengangkutan untuk kakak, memandang dia sendiri ada appointment dengan hospital hari yang sama kakak kena vaksin. Alhamdulillah, dua pemandu datang jemput kakak di rumah untuk di bawa ke Kuala Lumpur. Merasala kakak jadi VIP sekejap. 


Syukur adik kakak sudi ambik cuti untuk hantar kakak ke PPV. Kalau tak boleh pun tak pe, kakak boleh ambik Grab Car je tak de masalah kalau kat bandar ni. Sebelum tu kami ke Polecats Coffee untuk tapau breakfast. Smoke salmon sandwich dengan cappucino gula melaka.


Tak tahu kenapa kali ni kakak berdebar lain macam. Makan sandwich pun kesat rasa masuk tekak. Makan pun tak habis. Tempat vaksin sama je dengan masa ambil dos pertama hari tu, iaitu di Dewan Desa Setia Wira. Kakak sampai lambat sikit berbanding dulu. Penerima-penerima vaksin dah mula beratur masuk dewan.


Kali ni hampir 40 minit menunggu turn dalam barisan untuk masuk ke dalam dewan. Keutamaan diberikan kepada ibu hamil, ibu yang sedang menyusukan dan warga emas.


Masuk sahaja dalam dewan instead of terus tandatangan borang kehadiran di kaunter, kami perlu duduk di zone menunggu tandatangan borang. Baru kakak sedar betapa ramainya penerima vaksin kali ini berbanding masa dos pertama dulu.  


Selesai tandatangan borang, kakak ke ruang menunggu suntikan. Di sini sangat obvious ramai penerima vaksin bila kakak kena duduk di baris belakang sekali, sedangkan sesi dos pertama seat hanya separuh dari ini je yang penuh.

masa ni dah anjak ke depan sikit, yg orang belakang tu line last, yang lagi lambat duduk belakang lepas tali kuning huhu

Kali ini juga ada zone menunggu berasingan untuk ibu hamil, ibu menyusu dan warga emas. Dan, jika ada penerima vaksin yang duduk di zon ini mereka akan diberi keutamaan untuk dapat suntikan terlebih dahulu. Sama seperti dahulu , terdapat 7 kaunter suntikan. Empat di luar, tiga dalam bilik.


Kakak dapat vaksin pukul 10.28 pagi. Lama weyh tunggu. Proses suntiknya sekejap je. Paling best kakak dapat kaunter suntikan yang sama dengan dos pertama dulu. Tukang inject je lain. Maaf tak ingat nama. Tapi semua loreng la hahaha of course.



Siap inject terus ke kaunter MyVas untuk update status MySejahtera. Tak payah menunggu kali ni, sebab tak ramai pulak yang perlu update MyVas ke? Entah. Dan seterusnya ke zon rehat. Masa ni adik kakak dah WA tanya kakak pengsan ke apa, lama nau dia tunggu.


Happening ye tempat posing lepas vaksin kali ni. Kakak pandang kiri kanan nak tengok sesiapa yang dipercayai mempunyai skil yang waras untuk ambik gambar. Haaa ada adik ni tengah nak buat boomerang tapi mak dia tak reti, kakak apa lagi, masuk jarum offer diri tolong boomerang-kan. Lepas tu kakak pulak posing. Settled!


Balik vaksin, kakak cari cool fever sebelum balik rumah my sister dan order lunch. Sambil tu kakak hubungi assigned driver untuk deal waktu gerak balik. Kakak nak balik rumah sendiri before vaccine's effect hit kakak. Balik, kakak dihantar seorang driver je. Perempuan tau. Mesti la En.Suami request perempuan.

Kakak demam dua hari weyh. Start malam lepas vaksin. Hari ketiga lapar memanjang walaupun lepas makan nasi! Adoi..sabo aje la. Sakit dari segi fizikalnya, lenguh lengan, tengkuk dan belakang side kiri since kakak inject belah kiri. Kepala pun asik ting tong aje memanjang. Badan lemau giler minggu pertama ye. Balik kerja macam habis semua tenaga dah. Tidur pun lagi lama dari biasa. Semoga kakak cepat sihat dan membantu bina herd imunity bersama orang lain.

 

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites