Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Labu Labi Cafe


Labu Labi Restaurant & Cafe
No 8 Tingkat Bawah
Jalan Pusat Komersial Utama
27600 Raub
Pahang Darul Makmur

No Tel : 019-277 0339
Waktu Operasi : 8-30 pagi -10 malam (Isnin-Sabtu), 8-30 pagi - 2 Petang (Ahad)


Walaupun dan beberapa kali juga Lina bagitahu kakak tentang cafe ni, tetapla takde rezeki nak jejak kaki. Lagi pulak kakak makin jauh jarak nak ke sini. Kalau saja-saja nak datang memang tidak la.


Nak jadi cerita adik-adik kakak datang. Ingat nak pergi makan di kedai favourite dia orang, tutup la pulak. Kakak call pilihan kedua, tutup jugak! Adoiii memang tak de rezeki, tapi rezeki untuk makan di sini. 


Cafe ni basicly menghidangkan masakan ala western. Turut menyediakan pilihan pastry dan kek sebagai pencuci mulut.


Kakak pilih chicken chop with mushroo gravy dengan hazelnut coffee ice. Adik-adik kakak pun pilih menu lebih kurang dengan tambahan salad dan untuk dessert mereka pilih blueberry cheese cake dengan nutella cake. Nutella cake sedap ye, walaupun tak wajar nak dinamakan nutella sebab tak berapa rasa nutella tapi keknya sendiri memang sedap.


Untuk harga makanan di sini hampir semuanya mampu milik. Kakak juga suka dengan layanan owner/manager cafe yang peramah dan peka dengan customer. Pilihan lagu-lagu boy band era 90-an masa kami datang tu  buat kami semua karaoke sakan, enjoy sangat sambil makan.

 






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites