Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Rojak Famous


Hai korang, ni kakak nak rekemen satu tempat makan di Raub la ni. Manala tahu kan, kot lalu area Raub tak tahu nak makan apa atau di mana. Boleh cuba singgah di sini. 

Rojak Famous
Kampung Gali Tengah
27600 Raub
Pahang Darul Makmur
No tel: 019-633 0731



Kedai ni buka setiap hari mulai 2 petang hingga tengah malam. Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau dari arah Kuala Lumpur, letaknya di sebelah kanan jalan.


Kedai ni terletak atas tanah persendirian dan konsep dinding terbuka. Jadi memang selesa tak rasa pengap dalam kedai. Ruang parking juga bersesuaian.


Terdapat pelbagai pilihan rojak di restoren ni. Antaranya rojak mee, rojak ayam, rojak mee ayam, rojak mee sotong & rojak special. Pilih je mana yang berkenan di hati. Kakak masa ni pilih rojak mee ayam. Harganya RM7 sahaja untuk sepinggan. Bagi lain-lain jenis rojak senarai harganya seperti gambar di bawah.
 

Btw, selain rojak, restoren ini juga menyediakan pelbagai jenis masakan panas yang tak kurang sedapnya.


Dalam kawasan restoren ni ada rumah cantik ni. Tapi tak pastilah siapa punya atau masih dihuni. Siapa kaki ootd boleh la bergambar di sinikan?

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites