Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Hydroquinone

Melalui research via Google, panduan Dr Gray di YouTube serta advise dari adik kakak (Dip in Microbiologi) perasaan geram sebab lambat nau parut laser ni pudar buat kakak ambil keputusan untuk menggunakan hydroquinone. 


Ops! kakak tak beli product timbang kilo. Kakak pergi farmasi dan beli cream hydroquinone Melashine. Melashine mengandungi 4% hydroquinone iaitu jumlah yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Panduan yang diberikan, cream ini hanya boleh digunakan untuk tempoh dua bulan sahaja dan wajib berhenti walaupun dark spot belum hilang bagi mengelakkan kerosakan pada kulit muka. Ini adalah kerana hydroquinone berfungsi sebagai peluntur kulit. Maka tak boleh guna secara berlebihan. 

NOTA
Siapa yang nak pakai hydroquinone sila berhati-hati. Dapatkan panduan ahli farmasi @ baca betul-betul panduan yang diberikan. Sila tanda tarikh mula pakai pada tube cream dan berhenti pakai ikut tempoh yang dah ditetapkan. Waktu siang WAJIB pakai sunscreen.

Melashine boleh dipakai maximum 2 kali sehari. Siang dan malam. Tetapi, oleh kerana hydroquinone bersifat reactive terutama pada sinar matahari menyebabkan kita wajib pakai sunscreen bagi mengelakkan rengsa kulit wajah, kakak pakai cream ni malam sahaja sebagai langkah keselamatan. Siang kakak pakai Vit C jenama CC Melano. 

Urutan pemakaiannya pula kakak buat macam ni, kakak pakai malam je tau:

1) Cleanser
2) Essence
3) Eyecream
4) Retinol Cream
5) Moisturizer
6) Hydroquinone

Within one month actually ada a few kawan kakak yang tegur kulit kakak makin elok. Ini hasil selepas dua bulan. 

Better kan banding gambar sebelum? Macam biasa la. Still tak puas hati selagi tak betul-betul clear kulit tu kan. Kakak akan usahakan lagi.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites