Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Decor

Selama hidup single, hakak hidup cara nomad (selalu sangat outstation) jadi tak berapa nak cakna hal decor rumah. Janji bersih, ada tempat tidur, mandi, salin baju, done. Awal kahwin lagi teruk hidup nomad, usahkan urus pasal rumah, diri sendiri pun rasa tak terurus.

Time PKP haritu memang banyak hikmahnya. Dapat rehat dari kerja dan duduk setempat selama dua bulan bagi iols masa untuk mengemas, mendecor rumah dan belajar memasak dengan join pelbagai group termasuk group Kemas Rumah With Hani. Terima kasih untuk semua ilmu dan tips. 

Kakak pilih tema basic untuk rumah walaupun menampilan harian berwarna-warni, black/brown/beige/white adalah warna basic pilihan meols. Gaya decor ala modern vintage kononnya, asalkan ikut guideline En. Suami iaitu kemas dan bersih. Kebanyakan perabot dalam rumah dah terlalu lama tempoh hayat dalam milikan hakak so ambil kesempatan untuk tukar perabot terutamanya di kawasan ruang depan.

Perabot meols order melalui shopee, ada juga yang hakak tempah custome made. Ada order online ikea. Kedai Eco RM2 memang favourite untuk beli bekas-bekas untuk menyusun barang. 

Asalnya kakak nak makeover kawasan ruang depan sahaja. Nak jadi cerita masa tengah PKP tu rabung rumah kami ni rosak masa hujan lebat, air hujan mencurah masuk bilik macam air terjun. So, terpaksa iols alih perabot-perabot dalam bilik takut kena air. Alang-alang dah tolak perabot terus redecor bilik. Tiada tambahan perabot baru hanya ubah susunan dan tambah side table serta bahan dekorasi. 

Sebolehnya meols elakkan decor yang perlu drill memandangkan kami menyewa rumah. Rumah juga kuat berhabuk jadinya hakak juga tak mahu ada terlalu banyak barang. Tuan rumah memang pasang rail langsir jenis hook, sebelum ni memang iols pasang full langsir tapi dah tak larat dengan masalah tahi cicak makanya sekarang langsir hanya pasang di sliding door, master bedroom dan di coffee corner window untuk tutup wayar coway. Langsir pun meols order melalui shopee. 

Haaa nanti kakak share ruang rumah yang dah siap decor okey? 






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites