Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Balqis Nasi Kukus


Ni ha kakak nak recommend satu kedai makan di Temerloh untuk orang-orang yang dah tak tau nak makan apa kalau datang ke Temerloh. Nak makan gulai tempoyak dah selalu kan? Kita makan nasi kukus ayam berempah pula.

Balqis Nasi Kukus
Jalan Dato Bahaman 1
Pusat Komersil Temerloh
28000 Temerloh
Pahang


No phone ada kat banner tu. Dibuka dari pukul 11 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Ahad serta cuti kelepasan am or bila mereka ada umumkan hari cuti. Boleh tengok di page mereka di Facebook.



Harga sebungkus nasi kukus di sini RM6 sahaja ye. Yang paling istimewa acar nenasnya. Lain dari kebiasaan. Masam manis menaikkan selera. Minuman istimewa di sini ialah air jagung cincau. Tapi korang boleh je order air lain, panas mahupun sejuk. 


dari kiri : air jagung cincau, air jagung, teh ais


Selamat mencuba dan menjamu selera!



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites