Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Taj Mahal Untuk Bonda


Baru-baru ni kena kerja di Jerantut. Bertolak dari Temerloh. Masa lalu area Kuala Krau dekat dengan kawasan Pekan Sari dari arah Temerloh ternampak satu bangunan dalam kawasan kampung melayu. Tak pasti bangunan apa. Rumah ke? Kuil ke? Makanya selesai aje urusan di Jerantut on the way balik ke Temerloh terus la menyinggah di sini.


Rupanya ini adalah sebuah rumah banglo yang bernama Dato' Syeikh Residence. Banglo ini dimiliki oleh Dato Syeikh Nordin Syeikh Ahmad. Dan kampung letaknya banglo ini ialah Kampung Batu Gading. 


Dato Syeikh sendiri menetap di Kuala Lumpur dan tujuan asal banglo ini dibina adalah untuk dihadiahkan kepada ibunya. Banglo ini dibina menggunakan mozek keseluruhannya dengan gaya ala timur tengah lebih-lebih lagi gaya Turki. Dan khabarnya setiap ruang di dalam banglo ini di tatarias dengan pelbagai gaya yang berbeza dengan perabot yang semuanya datang dari luar negara. Menarikkan?


Rumah ini dijaga oleh ipar kepada Dato Syeikh iaitu Cikgu Syukri. Untuk pengetahuan semua sebelum ini rumah ni dibenarkan untuk pengunjung memasukinya dan menikmati keindahan dekorasi mewah banglo ini. Malangnya ada manusia yang akalnya letak di bawah tapak kaki membuat onar menyebabkan kerosakan dalam banglo dan pengunjung tidak lagi dibenarkan untuk memasuki premis ini. Herggghhhh.


NOTA
Tolong la wahai umat manusia, gunakan akal dan otak yang telah dikurniakan dan jangan merosakkan harta awam dan harta orang lain. Harta sendiri tahu pulak sayang



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites