Alhamdulillah dengan pengumuman pembukaan kesemua industri pada oktober yang lalu, kakak meneruskan semula hasrat kakak untuk bekerja sendiri. Selepas lebih kurang setahun merancang, akhirnya kakak hantar surat perletakan jawatan. Empat belas tahun dah kakak bekerja di syarikat ni. Ya Tuhan, lamanya. Masa kakak menaip surat berhenti memang berdebar-debar rasa wey.
Kalau ikut kakak punya surat lantikan ketika menyertai syarikat ini, kakak boleh meletak jawatan dengan menghantar notis satu bulan. Akan tetapi kakak fikir, dah lama kakak kerja di sini lebih baik hantar notis dua bulan. At least bagi masa kepada majikan kakak untuk bertenang dan fikir tindakan selanjutnya untuk syarikat.
Nak resign pun drama ye. Nak adjust time bos kakak la, nak tunggu clear semua client la. Dah malam baru dapat jumpa. Bila kakak bagi surat putih tu pada dia memang terkejut la dia. Ye la, lama giler kakak kerja dengan syarikat dia, jadi salary partner pun lebih 10 tahun ye. Macam-macam la dia counter offer. Tapi since kakak dah ada perancangan hidup sendiri, memang kakak firm dengan decision.
With heavy heart dia terpaksa rela terima notis perletakan jawatan kakak, walaupun dia refuse to sign letter to release partner. Tak pe la, Plan B ada. Dan, kakak tetap jalankan tugas seperti biasa. Bos kakak takde nak ganggu ke apa ke. Cuma dia agak kalut and panik nak cari replacement kakak. Semoga semuanya dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment