Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Danau Daun Chalets


Pertengahan Februari yang lepas kakak dan kengkawan terchenta berhujung minggu di Janda Baik. Pertamanya sempena bachelorette party untuk Cik Fatimah yang bakal bertukar status menjadi Puan, dan memang nak vaccay together-gether bertema #girlsjustwannahavefun. Gittew.

Danau Daun Chalets
Lot 5347, Kampung Sum-Sum Hilir
28750 Janda Baik, Pahang
Email : danaudaunchalets@gmail.com
Laman web : www.danaudaunchalets.com

Ada banyak pilihan villa/private chalet di Danau Daun ni, dan boleh katakan penuh maybe sebab ramai yang tak dapat berjalan oversea? Chalet kami pilih ni yang ada dua bilik sahaja yang di namakan Teratak Daun. Harga asal ialah RM1100 untuk 5 orang dewasa tapi since kami lebih dari 8 orang kena tambah caj sikit lagi. Tak boleh lebih dari 8 orang ye.

tempat bbq

Gambar-gambar kat atas ni laluan dari pintu pagar masuk hingga ke chalet kami. Jom tengok dalam pula macam mana rupa.

Ruang Tamu

Bilik Depan

Pool

Bilik Tepi Pool

Dapur

Bilik Belakang


Aktiviti lepas check in ialah berendam! Haaa seronok kau masing-masing berendam sesuka hati. Maklum la private chalet dengan private pool. Tak payah fikir pasal tudung ke baju lengan panjang ke, terjun je. Lepas tu petang makan laksa, brownies, cream puff, cookies dan segala macam yang ada. Tenkiu Didie for the marvelous laksa!



Malam pulak sesi berposing-posing. So, semua dah setuju malam pakai tudung pink, t-shirt hitam dan kain batik! Letop! Mujur masing-masing boleh pakai kain batik. Hakak mengelat sikit ada kain batik yang dah siap berjahit elok. Kita pakai je la. Zasss. 


Then dah habis posing, kita makan-makan oden sambil membawang. Yang ni ketua oden Didie dengan Beep, eh, bunyi macam kultus apa pulak huhu. Sedap ye, makan panas-panas berkuah sambil membawang tepi swimming pool. Selesai makan sambung membawang dalam bilik belakang.




KISAH SERAM!

Masa tengah makan-makan oden tu tiba-tiba kami dengar bunyi merembas dalam semak depan swimming pool. Ala, bunyi macm binatang meraduk dalam semak. Kuat bunyinya, terusla kami semua berhenti makan dan toleh ke arah bunyi tu. Kakak tak nampak apa-apa selain dedaun kering gugur atas air. Terus Beep pun kata, "tak de pape, burung je tu". Kami proceed makan, sambung membawang di bilik belakang dan kemas kawasan pool sebelum masuk bilik masing-masing.

Malamnya walaupun penat dan mengantuk tapi kakak tak boleh lelap mata disebabkan ramai yang terlalu letih, ada bunyi sountrack. TAPI at the same time ada satu bunyi yang akak dengar dari dinding sebelah sana. Sekali dengar bunyi macam tikus main plastik. Tapi kakak yakin tiada plastik dalam bilik since kakak yang ketepikan semua beg-beg untuk bentang tilam.

Kakak berhusnuzon itu adalah bunyi tikus. Dan bila bunyi tu turun ke bawah iaitu di lantai, level husbuzon kakak agak menurun memandangkan tak dengar bunyi larian tikus. Bila di teliti ada juga bunyi seperti kuku sedang mencakar dinding, dinding yang dekat dengan kepala katil. Banyak-banyak bunyi di atas dan di bawah, sekali je bunyi tu dekat dengan dinding dekat kepala kakak. Yang lain semua side sana.

Bunyi tu non stop berjam-jam kuat pulak tu. Sampai la kakak dengar ada gerakan atas katil, kakak suspek one of kawan kakak yang atas katil dah terjaga sebab bunyi kuat. Kakak nak panggil dia risau pula makin menjadi-jadi bunyi tu sebab masa kakak dah start pikir sesuatu tu bulu tengkuk meremang gittew.

Bunyi berterusan sampai la akhirnya bunyi orang mengaji keluar dari phone orang sebelah kakak sebelum masuk waktu solat subuh. Lega lepas tu terus senyap. Boleh la tidur lepas subuh.

Paginya baru la terbongkar cerita, rupanya masa kami dengar bunyi rembas tu Beep nampak kain putih melekat dekat area bilik kami. Dia tak nak orang lain takut tu yang kata bunyi burung je. Sebelum tidur dia tinjau dari bilik dia, dah tak nampak dah kain tu. Rupanya kain tu pindah ke belakang bilik kami.

Yang kawan kakak atas katil tu pulak dia kata dia sempat tidur sekejap je, sebelum terjaga sebab bunyi kuat sangat luar dinding dekat kepala dia. Bunyi kuku mencakar dinding, dan bunyi tu sangat kuat sampai boleh terbayang macam mana cara kuku tu bergerak. Eeee...mujur la budak-budak kecik tidur bilik depan.

DISCLAIMER
Hakak tak kata chalet ni berhantu tau. Maklum la duduk dekat area hutan, banyak makhluk lain yang tumpang lalu.

Esoknya kakak bangun lambat. Orang lain dah ready nak breakfast, ada nasi lemak, lempeng, sardin, air kopi. Tenkiu Beep, Didie, Aza, Mijah, Mazura, Tim, Niza.  Sambil berenang-renang lepas tu breakfast. Lazat ko. Sambil review serba sedikit kejadian malam tadi.


Hari kedua kami pun bertema juga. Tudung hitam baju putih, seluar jeans. Hari kerja pun tak dapat sedondon gini wey. Terbaik la. Semua sporting aje. Demi nak bergambar-gambar la katakan. Bukan selalu dapat berkumpul-kumpul macam ni. Before bersurai kami lepak minum di Starbucks. Lengang uols. Harap dapat buat trip macam ni lagi yiiihaaaa.





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites