Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Warong Selai Paya Pulai


Sebelum ni kakak pernah review Warong Selai Dua yang terletak dalam bandar Temerloh. Rasanya macam sudah tutup operasi. Kali ni kakak ke Warong Selai yang terletak di Paya Pulai Temerloh. Ini main cafenya.

Warong Selai Cafe & Bakery
Lot 4172, Jalan Maran Batu 4
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
No Tel: 012-350 1032

Waktu operasi setiap hari ialah dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Di tutup pada hari isnin sahaja.
Konsep cafe ni vintage ye. Taste kakak la sangat. Instagram-able location gittew. Untuk kaki bergambar memang suka la.

Ruang tempat makan memang luas dan selesa. Perabot yang pelbagai buat cafe ni tambah menarik. Owner juga kelihatan amat meminati dengan tumbuhan kaktus. Bersusun.

Kakak order menu nasi lemak sambal sotong, di regukan pula dengan kopi kampung. Ahhh memang sedap ye kopi dia. Puas hati.

Nota : Cafe ni tak jauh dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites