Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

2rd Step : Looking for Office

Langkah besar selepas memilih firma yang mana yang bersesuaian dengan kakak ialah mencari premis untuk di sewa. Budget kakak pun tak besar mana uols. Kakak tetapkan tak lebih RM1k untuk sewa ofis. Maka petang-petang balik ofis kakak pusing-pusing la ke sana sini untuk cari premis yang diiklankan.

Plan asal kakak untuk cari premis 3 bulan before kakak berhenti. Akan tetapi kakak telah di nasihatkan untuk cari lebih awal supaya kakak boleh buat renovation, dekorasi, bussiness card, relevant application dan sebagainya lebih awal menggunakan alamat premis.

Premis pertama yang kakak berkenan betul-betul depan main road dan free marketing. Setelah dihubungi owner, harga sewaannya adalah RM1300. Out of budget. Di area yang sama, belah belakang sikit, kakak try contact, harga sewaanya RM1k. Both premis kosong yang kakak kena tambah kos untuk renovate. Tapi boleh dipertimbangkan. 

Akhirnya kakak call kawan kakak si Niko Wong tanya kot-kot dia tau ada ofis untuk disewa below RM1k. Lalu Niko pun kata dia tahu ada satu tempat untuk di sewakan, yang dulunya juga bekas pejabat. Iaitu premis milik abang dia. Terletak di atas sebuat mini market. Partition dah ada. Socket dah di pasang. Kalau kakak nak dia boleh bagi diskaun. Wahhhh ini bulan jatuh ke riba. Maka kakak tetapkan temujanji untuk tengok premis.

Hari yang tetapkan untuk melihat ofis pun tiba. Tuan punya tak de pun, dia bukakan pintu je dan bagitau bila-bila kakak free pergilah tengok. Kotor office katanya. Kakak terus hubungi bakal staf dan ajak ikut kakak me-recce bakal office.

Di bawah, dipintu masuk utama, debu bukan main tebal, surat-surat kepada warga kerja bekas pejabat ni dulu tebal bertaburan atas lantai. Sawang memenuhi kiri kanan tangga bagai rumah Spiderman. Rumah Spiderman pun bersih uols! Kakak melangkah masuk dengan lafaz Bismillah dan doa. Tak tahu nak expect apa keadaan office bila tengok di bawah dah macam tu.

Buka je pintu pejabat, Tuhan sahajalah yang tahu betapa lapang dada dan lega perasaan kakak. Far way better dari yang dijangkakan. Office telah di pasang karpet sepenuhnya. Plaster siling lagi. Telah ada 3 bilik lengkap berpintu. Ada partition untuk sudut solat. Toilet ada dua, pin point socket banyak giler! Maklumla bekas ofis TNB. Selain perlu repair siling yang kopak kerana office lama mengeluarkan aircord berpusat mereka dari atas, bahagian siling yang lain tidak perlu dibuat apa-apa perubahan. Ada satu partition yang cadangnya akan kakak buang dan satu akan anjak ke depan lagi. Kakak juga perlu tambah sink untuk pantry. Perlu juga tukar pintu dan operasi mencuci besar-besaran sahaja. Maklum la ofis lama tinggal, debu, kesan kasut but, najis haiwan ada atas karpet.

Akan tetapi tuan punya premis tak setuju nak masuk contract awal. Tak pe la. Kakak pasrah. Pasti ada rezeki yang bersesuaian dengan kami. Masa masih ada walaupun sekejap je dah berganti bulan. Kita cari lagi.


Update 


Dan...

Kakak tadah tangan penuh kesyukuran kerana tuan premis enggan benarkan kakak masuk contract awal. Bayangkanlah dengan keadaan jangkitan pandemik yang makin teruk, ekonomi yang terus menjunam, kejap-kejap lockdown, kejap-kejap bidang pekerjaan kakak ni jadi essential, kejap lagi tidak pulak. Kakak pun tak pasti apa yang akan berlaku.

Buat masa ini kakak bertahan dulu asalkan dapat gaji hujung bulan dan kakak akan cuba untuk buat kerja tambahan sebagai tabungan andai sekiranya keadaan makin teruk. Syukur suami kakak kerja gomen, frontliner. Memang azab musim pandemik macam ni. Tapi setidaknya, beliau tidak dalam kedudukan yang tak pasti.

Keinginan kakak untuk bekerja sendiri masih membara, cuma hanya Allah dan masa yang akan tentukan bila kakak akan mula melangkah. Sama-sama kita berdoa, pandemik ini cepat berlalu, kerajaan mengambil langkah yang lebih bijak dan ekonomi dapat di bangunkan semula.


Update


Jadi,

Korang rasa di mana agaknya kakak buka firm? Kalau dah rezeki memang tak ke mana. Kakak dapat menyewa dengan si Niko. Sebelum kakak masuk ada penyewa lain yang sewa. Masa kakak tanya semula, rupanya penyewa tu baru je keluar.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites