Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

One Fairytale : Permohonan Kebenaran Berkahwin Tentera vs SPPIM


Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-masing. Tapi kami nak buat majlis akad nikah buat di KL. So, jarak ialah dugaan paling besar sepanjang buat urusan nak kahwin termasuklah urusan borang. Bapak la stressnya. 

By the way apa-apa hal pun pastikan kita ambil kursus kahwin awal-awal ye. Mudah urusan kita nanti. Saya buat di Masjid Al-Akram Dato Keramat KL. Best sangat panel-panel penceramah kat situ!

Dan sis juga dah buat HIV test sebelum key in SPPIM. Untuk sis, borang tu download dari laman web JAWI. Bawa borang tu ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan (sahaja! Tak boleh swasta). Urusan test sangat mudah. Dalam 10 minit je semua selesai. Doktor yang buat test pun sangat ceria masa tu, siap nyanyi lagu "Amalina".

NOTA
Sila baca tentang HIV as pengetahuan am/ambil tahu. Sis ada terbaca kat mana tah ada orang yang kena tanya pasal jangkitan HIV masa ambil test.

Permohonan Kebenaran Nikah Tentera

Sama macam dalam permohonan nikah orang lain, sis kena sediakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan supaya En.Husband boleh lengkapkan permohonan. Antaranya:-


1) Salinan kad pengenalan 2 keping (yang disahkan)
2) Salinan sijil kursus praperkahwinan 2 salinan (yang disahkan)
3) Gambar bertudung ukuran passport 3 keping
4) Salinan sijil kahwin ibu bapa (kalau anak sulung perempuan, which applicable kepada sis) Kalau bukan anak sulung perempuan tak payah.

kembang macam pinggan muka kakak

Haaa...cam gitu le rupa borang permohonan untuk berkahwin tentera. By the way dalam borang tentera ni ada satu part yang wali kena sign ye. So, borang ni kena bagi pada wali kita, sebab kat situ tertulis yang wali kita mengesahkan dia memberi kebenaran untuk si askar bakal suami kita ni berkahwin dengan kita.

Dan, En.Askar boleh la submit borang pada yang berkenaan, apply cuti dan tunggu sesi temuduga. Haaa nak kahwin pun ada temuduga tau dalam askar. Then bila dah dapat kelulusan boleh la urus borang pejabat agama pulak.

Macam kami ni, kena dapatkan kebenaran berkahwin di luar negeri dari pejabat agama tempat En. Suami bermastautin. Once pejabat agama bagi kelulusan bolehlah borang-borang tu diserah kepada kita untuk kita proceed part kita pulak. 

SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)

Untuk yang kena buat permohonan nikah secara online macam sis, korang boleh masuk laman web SPPIM. Klik "BENAR NIKAH ONLINE". Kategori mereka yang dikehendaki buat permohonan menggunakan sistem SSPIM ada dinyatakan di situ dan bolehlah daftar sebagai pengguna baru. 


Laman yang pertama selepas daftar adalah "PEMOHON LELAKI". So, kena key in la semua yang patut di key in. Kalau tak lengkap tak boleh gerak ke laman seterusnya ye.

NOTA
Kariah ni tempat kita bermastautin ye. Jadi boleh semak dengan pejabat agama terdekat la kita ni kariah mana based on alamat kita. 




Laman yang seterusnya ialah "PEMOHON PEREMPUAN". Part yang ni sis kena masukkan semua particular tentang diri sendiri la. Sama macam laman sebelumnya, kat sini pun mesti kena key in lengkap baru boleh gerak ke laman seterusnya.

NOTA
Semak dengan pejabat agama terdekat la kita ni kariah mana based on alamat kita. Then boleh hubungi masjid tersebut dan aturkan perjumpaan dengan Penolong Pendaftar.


Laman seterusnya ialah "MAKLUMAT KEBENARAN". Kat sini kena key in maklumat tempat nikah dan juga maklumat HIV test


Laman berikutnya ialah "MAKLUMAT WALI". Yang ni dah tentu penting ye. Masukkan butir-butir tentang wali kita.


Dan yang akhir sekali selepas berjaya key in semua laman akan sampai di laman ni iaitu "STATUS". Kalau kita dah yakin semua maklumat yang diberikan betul dan tepat boleh la kita print out dan print juga senarai semak.



NOTA
Alert password SPPIM, jangan hilangkan, incase untuk buat semakan dan pindaan. 



NOTA
1) Untuk memudahkan diri saya sendiri, saya memang letak semua dokumen dalam file berfolder. Mudah. Tersusun. Teratur.

2) Guna file/bag warna striking mudah nak beza dengan file/bag lain.


Langkah yang seterusnya, borang lengkap dari pihak lelaki pun dah terima maka boleh la bawa borang dari belah lelaki dan borang yang kita dah print out tu (bersama-sama dokumen yang diminta dalam senarai semak), berjumpa dengan Penolong Pendaftar Perkahwinan Kariah.

Saya sendiri kariah Setiawangsa, jadi saya ke Masjid Muad'z Bin Jabal, Taman Setiawangsa, bertemu dengan Haji Amran, Ketua Imam juga Penolong Pendaftar Perkahwinan Kariah.

NOTA
Sila datang dengan ayah/wali.

Masa sesi berjumpaan, Haji Amran memang semak betul-betul borang dan susun semula ikut urutan. Abah saya kena turunkan tandatangan depan Haji Amran.



NOTA

Sediakan juga salinan sijil kelahiran, walaupun status kita tak perlu lampirkan surat beranak, Penolong Pendaftar mungkin ingin buat semakan. Macam saya sendiri, Haji Amran memang minta nak tengok sijil kelahiran. 



Alhamdulillah semua in order dan Haji Amran sahkan boleh proceed untuk hantar ke JAWI. Esoknya terus saya ke JAWI di Jalan Perdana untuk submit borang. Di JAWI, terus pergi ke bangunan bahagian Perkahwinan, dapatkan nombor giliran. Pegawai bertugas akan semak borang-borang kita, dan kalau dah lengkap kita akan tunggu pula untuk urusan bayaran. Bayaran sebanyak RM25 dan kemudiannya ada pegawai lain yang akan buat semakan akhir pada borang-borang kita, sebelum diminta kita semak nama dan nombor kad pengenalan. Bila dah okey, dokumen akan dikembalikan pada kita untuk di hantar kepada jurunikah.




Macam saya, sebab bernikah di Masjid Wilayah, maka terus je la dari JAWI ke Masjid Wilayah hantar borang kepada jurunikah masjid. Alhamdulillah leganya perasaan Tuhan aje la tahu bila dapat submit selengkapnya. 




148 comments:

  1. hi. nak tanya. lepas dah complete semua dokumen kat jawi tu kan, jawi ada bg 1 borg warna hijau Catatan Daftar Perkahwinan..kita kena isi borg tu sebelum bg semula ke imam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa macam tak de isi apa2 borang, dokument yang jawi bagi tu semua saya handover pada kerani pentadbiran tu utk bg pada ustaz jurunikah

      Delete
    2. Asslmkum sis saya nk tnya bakal suami sya tntra kami akan akad nikah pada 19/03 nnti...mslh skrng borng tue sya dah bgi dri awal buln 1...tapi asyik hold je oleh kagat dia smpai la minggu lepas bru kagat dia temuduga serta sain then hri jumaat ni pula baru temuduga dengn co adakah sempt ya untuk procd borng lelaki dulu di pjbt agama kedah...sya perlu procd ke pjbt agama perlis 😭

      Delete
    3. salam. suntuk sangat masa awak submit borang tu. standard estimate time urusan kagat adalah 3 bulan. bulan ke 4 baru selamat letak date nikah. awak bagi 2 bulan je. saya tak berani la nak kata sempat ke tak. atas awak dan bakal suami la sanggup ke tak merempit urus borang2 tu dalam tempoh 10 hari ni. doa la banyak2. semoga dipermudahkan urusan

      Delete
  2. Assalamualaikum sis..Tunang sye juga seorg askar..Die start buat permohonan kawin untk dserahkan pd pihak kem..lepas tu,die tetap kena isi borang permohonan kawin yg negeri jugak kan?& 1 lg, die asal pahang tp dh 7thn lebih brtugas di kelantan..persoalan nye, borang prmohonan kawin negeri tu tetap ken antar di Pahang @ mcm mne..Sye harap sis dpt bantu..tq..😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ye memang betul. kena mohon kebenaran under tentera yang tunang awak dah buat. Once KAGAT dia dah approve, dia boleh apply negeri punya. since dia duduk di kelantan (walaupun asal pahang) dia kena guna borang kelantan. KAGAT kat tempat dia sekarang akan sahkan mastautin dia

      Delete
  3. Salam sis,, ambik msa yg lma x utk prosedur ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul, prosedur tentera ke SPPIM? Kalau SPPIM mmg sekejap je, kalau everything lengkap within seminggu boleh siap everything. Kalau prosedur tentera tu yang akan ambik masa sket

      Delete
  4. Salam sis. Nak tanya. Kalau dah buat ujian saringan hiv di selangor, perlu lagi ke mengguna borang disediakan sppim? Saya risau kene buat dua kali je susah nak cuti..

    Tkasih in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. xperlu. just key in je data test yg kita dh buat tu kat bahagian ujian hiv tu. lagi pun borang test asal mmg kena bawak masa jumpa pendaftar

      Delete
  5. Assalam akak .. sye nk tnye . Mcm tunang sye org terengganu tp dia kerja dekat sabah. Dia kne ambk surat kebenaran nikah dekat sabah sbb ustaz kagat dia surat ambk dkt sabah.Dalam borang dia , dia akan buat alamat tempat kerja dia dkt sabah . Mcm sye nk isi surat kebenaran nikah sye dkt terengganu ni.bahagian pengantin lelaki nk buat alamat tempat kerja dia atau rumah dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. buat alamat tpt kerja dia sbb borang dia semua di approve dr sabah. nanti xtally pulak surat kbnran sabah, alamt tganu. harap jelas ye

      Delete
  6. assalamualaikum.. sy juga tunang sorang anggota tudm,lepas siap buat HIV test smua borang yg dia mintak tu kena submit dkt pengakalan kn,brapa lama ye sis proses tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Proses tu bergantung pada kem dia, tapi standard estimate time ialah 3 bulan. sbb dia akan submit pada kagat dan ada sesi interview sblm diluluskan. jadi bgantung juga pada masa lapang kagat dan pegawai2 terlibat

      Delete
    2. Okay baik terima kasih sis,jawab pertayaan sy..😊😊

      Delete
  7. Assalam akak. Nak tanya. Kalau bakal suami saya bertugas di pahang, adakah dia perlu daftar sistem nikah online jgk. Macam kat pahang e munakahat.ke tak perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kalau dia org pahang, ye, dia kena buat borang dia guna e munakahat, borang dia yg settle nnt dia kena bg dekat bawak utk proceed side perempuan pulak.

      kalau dia bukan org pahang btugas di phg dan rasa lbh mudah berurusan di tempat dia btugas, mmg kena guna e munakahat b4 bg borang yg dh siap pd awk.

      kalau dia org kl yg btugas di pahang dan nak gunakan alamat kl dia guna sistem sppim

      sppim ke, e munakaht ke adalah ikut alamat mastautin kita, iaitu tempat tinggal kita at least 3 tahun ke belakang

      Delete
    2. kiranya boleh pilih samada dia nk guna alamat tetap (rumah parent) cth kl, so guna sppim or dia boleh guna alamat semasa (tempat mastatutin skrg) so guna e munakahat

      Delete
  8. assalamualaikum,sis nak tanya segala dokumen kita kena bagi kat pihak lelaki kena pengesahan ataupun tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. salinan dokumen cam ic tu kena disahkan

      Delete
  9. Salam sis.. Untuk iv KAGAT, anggota dan pasangan kena pergi or just anggota saja ye? Iv dorg tanya apa je? Boleh share your experiences.. Thanks 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Anggota je yang kena interview. Kita pasangan tak terlibat, tapi kena sediakan gambar penuh (kepala hingga kaki) menutup aurat forward pada pasangan kita. Ni kadang ada pegawai yang nak tengok gambar bakal isteri/suami. My husband kata interview tu untuk check latar belakang keluarga si anggota, kemampuan kewangan, history perangai/disiplin sepanjang anggota tu bekerja, dan yang paling terutama bab agama.

      Delete
  10. Sy nak tnya pergi jawi kena bawak wali lagi sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu, sebab di JAWI tu kita cuma nak submit borang yang pendaftar telah sahkan lengkap,buat bayaran, tunggu dia keluar resit. Resit dan dokumen yang dah disahkan tu kena bagi pada pendaftar nikah kita semula

      Delete
    2. Okay terima kasih hihi

      Delete
  11. Assalamualaikum sis..tunang saya pun merupakan seorang anggota. dia asal negeri sembilan tapi bertugas di pahang. dan kami hendak bernikah di negeri sembilan. so macam mana ye caranya sis ?? dia perlu buat permohonan di pahang atau tak perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kena buat pmohonan di pahang. pengesahan mastautin semua kagat dia akan buat, then isi pulak pmohonan negeri pahang (e-munakahat) utk kahwin luar negeri (n. 9), settle dpt pengesahan dr pahang dia boleh pass all the docs dkt awk utk submit pej agama n9

      Delete
  12. Salam. Bf sy askar melayu, kalau nak kawin betul ke kena 3 tahun berkhidmat dulu? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kalau dia masih dalam tempoh training memang tak boleh kahwin. kalau tak silap, 2 tahun macam tu

      Delete
  13. Apa je dokumen yang kene sediakan bagi kat pihak lelaki utk permohonan kelulusan dari kagat? Perlukan pengesahan tak dokumen tu . Klu tunang saya bertugas di melaka so alamat lelaki tu melaka lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pada xheck list d. org je. salinan ic kita, salinan sijil kursus kahwin, gambar passport btudung. salinan tu semua kena sahkan. and yes, buat phonan guna alamat kem dia di melaka lg senang

      Delete
  14. Assalammualaikum ? saya nak tanye , saya askar di PD .. saya asal kedah ... pemohonan online tu kene cop pejabt agama kedah ke ? ke tak payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Awak lelaki kan? awak kena buat permohonan di PD . Pejabat Agama PD. Kagat akan sahkan mastautin awak, so tak payah berurusan pej agama kedah untuk borang awak

      Delete
  15. Assalamualaikum sis,saya nak tanya kalau dua2 kelantan dan daerah yang sama so just salah seorang sahaja isi borang permohonan online kan?ke tunang saya kena isi jgk? Dan nak dapatkan cop pengesahan tu dari mana?didalam borang permohonan tu saya kena letak alamat dia bekerja ke?sebab dia bekerja dia labuan.maaf sebab saya ank sulung dan takde orang bleh tlg guide.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ya, pihak perempuan je yang isi boranng online. yang lelaki ni askar ke camne ye? cop pengesahan dokument utk awk, boleh minta dgn pegawai2 kerajaan kategori A, antaranya guru besar, pengetua, penghulu, a. d. o, d. o, majistret atau boleh cari peguam. kalau bakal suami bukan askar mayb lagi mudah letak alamat rumah di kelantan sbb awk boleh tolong urus, tp kalau dia askar better guna alamat kem dia, sbb ada urusan dgn kagat semua

      Delete
    2. Tunang saya tudm,oh mcm tu. Terima kasih awak untuk info diatas dan ia banyak membantu. Jadi sekarang saya hanya perlu menunggu keputusan dari pihak lelaki aje lah. Lps tu bila dapat keputusan saya akan proceed borang tu semua ke pejabat agama daerah?

      Delete
    3. betul, bila dia bg dkt awk borang dia yg dh lengkap, br awak update final semua data dlm borang online, print dan pergi jumpa penolong pendaftar perkahwinan dulu di kariah awak untuk pengesahan n lengkapkan dokument, datang dgn ayah. sbb ayah kena ttangan dpn pendaftar. bila pendaftar kata dah lengkap boleh hantar ke pejabat agama. baru boleh pergi pejbt agama

      Delete
    4. Salam. Nk tanya kalau sama daerah pihak perempuan je ke isi online atau xkisah mana2 je? Dia askar tp semua dia yg isi online.

      Delete
    5. Salam. Boleh je dia isikan pun kalau online. Tapi kena print 2 set, 1 set untuk awak, 1 set untuk dia. set dia kena tambah borang dr KAGAT. semua borang tu awak yang kena bawak ke penolong pendafttar perkahwinan kariah. dtg bsama wali

      Delete
  16. Assalamualaikum sis , nak tanye tunang saye lame kerje di melaka dan saye dok sarawak . Kami due ii orang sarawak. nak buat permohonan kawin online melalui sspim jugak ke ? Atau gune e-munahakat sarawak? Mohon pencerahan.. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. untuk awak guna e-munakahat sarawak. untuk tunang, borang dia kena guna melaka punya samada sppim atau e-munakahat

      Delete
  17. Salam sis. Tunang sya asal kedah sama dengan saya. Dia dah lama bertugas di pahang..dan kami akn brnikah di kedah. So dia kena isi borang online under e-munakahat lah ye? Selepas tu part saya, saya still kena isi online sppim juga ke? Bilaa kedua borang dah lengkap.. Saya kena hantar dekat pej agama negeri saya kan? Harap sis dapat bantu sya.. Sya masih kurang fhm.. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Tunang tu 1st kena settle borang permohonan kahwin tentera. Settle borang tentera baru kena isi e-munakahat. print out e-munakahat submit JAIP, semua dokumen yang JAIP luluskan kena bagi dekat awak. Untuk awak pulak kena isi SPPIM (sbb lain2 sistem), print out borang awak bawa bsama borang tunang submit ke pej agama daerah. dah dapat kelulusan pej agama baru hantar ke jurunikah. Harap jelas ye

      Delete
  18. Assalamualaikum.. saya kedah dan tunang (bermastautin di kem kat kedah).. saya nak tanya sapa yg kena isi borg online tu ? Saya yg kena isi atau dia ? Lg satu, sorg ja atau dua2 kena isi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, awak yg kena isi borang online. nanti bila tunang bg borang2 yg tentera punya, awak print out 2 set dr online tu

      Delete
  19. salam sis. nk tanya, tunang sy buat hiv test dkt klinik kesihatan dato' keramat and result x letak dlm sampul pun. valid ke x result tu utk pej agama btw tunang sy tentera.

    kalau mcm sy punya sndiri pej agama kuantan die nk sy punya result dlm sampul. dalam kes sy ni, tunang dah dpt kbenaran kawin dr sana. tinggal nk hntr pada saya utk serahkan pd pej agama je. ke sy x perlu risau pun psl hiv test ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, xperlu risau. nant bg je pada penolong pendaftar perkahwinan dan bgtau memang xde sampul. memang penolong pendaftar yang akan buka result hiv dan sahkan lengkap

      Delete
  20. Salam sis. Ikut apa yang saya baca dari comment2 dekat atas rasanya saya fham. Cuma saya nak confirmkan dgn sis betul tak pemahaman saya ni :)

    Tunang saya tentera, asal dari Pahang dan bertugas di Kem Sungai Besi KL. Saya pula asal Pahang dan menetap di Pahang. Maksudnya lepas jer dia settle dengan KAGAT, dia kena isi SPPIM dan beri kepada JAWI lah kan? Lepas tu barulah dia serah segala borang kepada saya untuk kick-in dalam sistem e-munakahat Pahang dan saya yang akan beri segala borang kepada PAID. Betul ke macam tu sis? Please betulkan ya mana yang saya silap.. TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, tunang settle dgn kagat, isi sppim, print out sppim bagi pada awak. (dalam masa yg sama awk isi e munakahat, lengkapkan semua + tambah maklumat dari sppim tunang n print out) baru awk boleh pergi jumpa penolong pendaftar perkahwinan bawa bsama borang e munakahat n borang sppim dia. once penolong pendaftar sahkan lengkap, baru awak boleh bawa borang emunakahat n sppim yg disahkan lengkap tu ke JAIP

      Delete
  21. Sy asal kelantan tp nk nikah di pejabat agama jawi dan mmg bermastautin di kl. Jadi sy perlu sapat surat pengesahan bermastautin ke?kalau perlu di mana sy nak dapatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Penolong Pendaftar Perkahwinan akan sahkan mastautin awak. Ada dalam borang pasal mastautin.Jadi kena ingat since bila tinggal di KL, kalau boleh bawa salinan bil letrik/air.

      Delete
  22. Salam Kak saya nak tnya sikit harap kak dapat bg jawapan untuk saya...dan soalan ni xberkaitan dengan list2 yang di atas..cuma saya masih ragu2 dan telah hampir smua blogger dan platform di caru tp xjumpa jawapan....Adakah seorang Anggota Tentera(Darat/Laut/Udara) boleh berkahwin dengan Orang Warga Asing(Bukan Rakyat Tempatan)...dan kalau boleh boleh tak tak bagi keburukan dngn kebaikan An Army bila nak berkahwin dngn Orang Asing ni...salah 1 nya KAGAT/JAIM TAK LULUSKAN PERMOHONAN...masih ragu dan daya masih lg mncari jawapan...Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Tentera juga warganegara Malaysia seperti yang lain, juga berhak untuk berkahwin dengan bukan warganegara, sekiranya itu adalah pilihannya. Tentera tersebut tetap perlu ikut permohonan lebih kurang seperti yang di atas, manakala pasangannya yang bukan warga negara perlu buat prosedur yang berbeza, serta melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Kedutaan negara berkenaan serta Jabatan Imigresen. Dan sekiranya tentera tersebut adalah wanita, prosedur pasangannya lelaki bukan warganegara akan jadi lebih rumit, berbanding dengan tentera lelaki berkahwin dengan wanita bukan warganegara (keadaan ini terpakai untuk semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara)

      Kesan perkahwinan dengan pasangan bukan warganegara (terpakai kepada semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara):-


      Dari sudut UNDANG-UNDANG

      1) Visa pasangan perlu sentiasa diperbaharui mengikut tempoh dan syarat yang telah ditetapkan undang-undang

      2) Sekiranya bertugas di luar Negara, melahirkan anak di luar Negara, bagi lelaki Malaysia, boleh dapatkan taraf warganegara anak dengan membuat pendaftaran di Kedutaan Malaysia menggunakan borang tertentu. Manakala bagi wanita Malaysia pula perlu pulang ke Malaysia jika ingin anaknya mempunyai kewarganegaraan Malaysia

      3) Sekiranya berlaku perceraian, dan mempunyai anak bawah 18 tahun,pasangan bukan warga negara mungkin ingin membawa anak pulang ke negara asal.

      4) Sekiranya berlaku perceraian, mempunyai anak usia bawah 18, bekas isteri atau bekas suami mungkin ingin bertukar semula kepada agama asal, serta ingin menukarkan agama anak

      5) Pasangan bukan warganegara terutama lelaki boleh meninggalkan isteri serta mengabaikan tanggungjawab pada isteri atau anak dengan pulang ke Negara asal begitu sahaja

      6) Sekiranya berlaku kematian pada warganegara Malaysia tersebut, pasangannya yang bukan warga Negara tetap berhak menuntut harta si mati walaupun tidak boleh memiliki tanah (terpakai kepada muslim & non muslim)


      Dari sudut SOSIAL

      1) Perbezaan agama

      2) Perbezaan budaya

      3) Kemungkinan pasangan enggan belajar budaya Malaysia, (sekiranya dari agama yang berbeza pasangan mungkin enggan belajar agama yang baru)

      4) Kemungkinan tidak mahu bergaul/bersosial (dalam kes tentera, tidak mahu terlibat dengan apa-apa program yang ditetapkan)

      5) Pasangan bukan warganegara bukan semuanya ingin kekal tinggal di Malaysia

      6) Kos perbelanjaan pulang menjenguk keluarga pasangan di luar negara

      Ini adalah antara ringkasan kesan-kesan berkahwin dengan bukan warganegara dari sudut undang-undang mahupun sosial. Sekira ingin berkahwin dengan bukan warganegara, bolehlah pertimbangkan kesan-kesan di atas, sebelum membuat keputusan. Harap dapat membantu

      Delete
  23. Assalamualaikum Sis .. Saya bakal bernikah Mac2021 , tunang saya anggota tudm di sarawak , saya di Melaka .. bulan12 ni , baru tunang akan buad permohonan nikah di kem dia ..
    Boleh tak Sis terangkan apa yg kena buad selepas itu ?? Maaf saya anak pertama , so xtahu na rujuk pada siapa .. Terima kasih sis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      next step utk tunang ialah selesai semua dokumen kagat, kena isi permohonan kebenaran nikah negeri sarawak, lengkap semua tu dia kena bagi semua borang (kagat + pejbt agama sarawak) pada awak.

      untuk awak, bila dia start isi borang pejabat agama sarawak, awak boleh isi borang permohonan kahwin negeri melaka punya (e-munakahat@sppim), isi borang2 tu. bila terima semua dokumen dari tunang, lengkapkan borang awak dan print.(pastikan dah buat HIV test)

      selepas print borang awak, bawa borang awk, borang pej agama sarawak & kagat ke penolong pendaftar perkahwinan kariah,pergi dengan ayah atau wali. bila pendaftar sahkah borang awk lengkap, baru hantar borang ke pejabat agama. bila pejabat agama terima, proses semua dokumen dan beri borang untuk awak beri pada juru nikah. Dari pejabat agama boleh pergi jumpa jurunikah untuk bagi dokumen

      next, boleh tggu tarikh nikah, jgn lupa hantar msg ingatkan semua pihak terlibat, dua mgg, seminggu, 3 hari & sehari sblm majlis. good luck

      Delete
  24. Salam sis saya nak tanya. Bakal tunang bertugas di WPKL, tapi dye orang Pahang. saya pulak di asal dan menetap di Pahang. Tapi tunang saya nak balik and kbetulan mmg kami tgh uruskan borang2 sbb nak nikah Mac 2021.. Saya nak tanya, boleh ke tunang saya buat HIV test di Pahang bukan di WPKL? Yelaa kebetulan dia balik and ingat nak pegi klinik skali ngan dia.. ke keputusan HIV tu perlu dari klinik kesihatan WPKL jugak?.. atau mna2 klinik kesihatan di mna2 negeri pun boleh?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh je buat di mana-mana klinik kesihatan. saya pun nikah di kl, HIV test buat di pahang

      Delete
  25. Assalamulaikum. Mcm sye org Johor & bakal suami org Sabah. Dia tentera sudah 7th di Kem Pulada, Johor. First, dia perlu selesaikan dokumen KAGAT. Soalannya, adakah langkah seterusnya dia perlu isi SPPIM atau NCR (borang nikah Johor)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. dia isi NCR, since dia btugas di Johor

      Delete
  26. Salam, nak tanya, betul ke kalau nak kahwin dgn askar, syarat mesti berkhidmat selama 6 tahun dulu baru dibenarkan kahwin?? Sbb kawan saya kata, tunang dia tak lulus temuduga kerana perkhidmatan dia kurang dari 6 tahun. Betul ke syarat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Setahu saya hanya sepanjang training sahaja tak dibenarkan berkahwin. Iaitu dalam tempoh 2 tahun.Tak lulus temuduga boleh jadi atas banyak sebab lain antaranya terlalu banyak hutang, banyak masalah disiplin, tiada asas agama yang kukuh (tak solat/xboleh mengaji dll) dan pelbagai lagi. Temuduga dijalankan oleh 3 pegawai kalau tak silap saya la ye. CO, Adjutan dan Pegawai KAGAT. Jadi, memang banyak perkara yang diambil kira oleh pegawai-pegawai tersebut sebelum memberi kelulusan.

      Delete
  27. Assalamualaikum sis. Saya nak tnya , tunang Sy askar berkhidmat Di kelantan dan Sy kedah. Tapi tunangy sy pun asal kedah juga. So borang SPPIM utk lelaki kena bagi dkt pejabat agama jugak ke nnti or dia org just guna borang yg Kagat n pjbt agama kelantan shja. Maaf Sy agak confuse dkt sini.. n lagi 1.. masalah Sy skrg.. plan nak kawin bln 3/2021 tapi cancel . Buat bln 5/2021. Borang nikah kena isi balik ke mcm mna? Sbb Sy dah isi aritu bln 1 .so HIV test tu dlm borang yg dah hbis tarikh . Pejabat agama terima ke Tak? Maaf karangan pnjang ckit..sbb Sy confuse..Sy harap sis dpt membantu . Terima kasih 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      1) Tunang guna borang Kagat & pej agama kelantan (Borang eQaryah) sahaja. Tak perlu SPPIM

      2) Perlu rujuk pejabat agama tempat awak samada perlu HIV test yang baru atau tidak serta berkaitan dengan pertukaran tarikh nikah. Sepatutnya tak perlu isi permohonan nikah baru. Tapi lebih baik tanya pada Pejabat Agama

      Delete
  28. Assalamualaikum, tunang saya askar. Dan dia dah isikan sspim Untuk temuduga pegawai. Perlu ke saya isi sspim lagi sekali? Kami lain2 daerah. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Tak perlu dah. kena print dua set je. 1 set tunang, 1 set awak. Dua2 set kena submit nanti

      Delete
  29. Hai sis..Sye nk tumpang tnye..Kalau sye org johor tunang pun org johor tapi die bertugas di pahang..Kami nak nikah di Johor..Die dah settle semue borang dkat kem die dengan pegawai2 dan kagat die dekat pahang..Borang dah serah pada saye..Tapi saye confuse dkt bahagian status borang SPPIM yg saya isi, tempat die masih loading map dan masih tulis isi borang,dan bhagian sye masih menunggu kelulusan pihak lelaki..So macam mane ye sis??Saye hampir settle isi borang2 sye untuk serah dkat pejbat kadi daerah kami..Tunang saye perlu isi borang ape2 lg ke selain borang yg dah sign kagat n pegawai dari kem die?Terime kasih dan harap dpat pnjelasan dari sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunang awak ada submit e-munakahat Pahang tak? settle dengan kagat lepas tu kena isi borang e-munakahat. lulus pejabat agama pahang. borang kagat tu mesti attach sekali dengan borang e-munakahat pahang. baru serah pada awak. baru part awak boleh proceed

      Delete
  30. Assalamualaikum kak. Tunang sy tntera drt di sarawak,dan tunang asal kelantan.. sy pulak n9, skrg tunang tgh settlekan dgn ustaz dia. Sy dah masuk laman web sppim tapi tak tau nak isi alamat kariah untuk tunang saya, nak letak alamat kelantan or kem sarawak dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kariah dia sarawak. sbb kagat pun alamat sana. nanti borang kagat kena submit pej agama sarawak dulu

      Delete
  31. Assalamualaikum sis. Maaf bertanya. Saya juga bakal berkahwin dengan tentera. Tunang di sandakan so kena isi borang manual. Sy di negeri sembilan isi borang mcm sis. Saya ada beberapa soalan..

    1) Dalam sistem online yg kita key in utk nikah tu, status pihak lelaki akan kosong mcm pic atas yg sis letak tu ke? 👆 Ke akan update bila pjbt agama side lelaki proses?

    2) borang nikah ada expired date kan. Date dikira dari tarikh mana ye? Tarikh side perempuan hantar ke pjbt agama atau tarikh side lelaki. Sbb, tunang dah tanya pjbt agama sana, kalau ada perubahan date just tukar dkt pjbt agama tmpt nk nikah. Tp dia lupa nk tanya borang valid tu. Kalau start kira dari tarikh sy hantar takpe, sy risau ada date lain. Since tunang dah naik kapal skrg 😢 tkt kena buat semula borang..

    Terima kasih sis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      1) Awak yg isi bahagian lelaki. semua bahagian dlm SPPIM awak kena isi. baru dia jadi satu borang yg lengkap. bila dh isi semua baru boleh print

      2) dari tarikh side perempuan submit borang ke pejabat agama (3 bulan dr tarikh awak hantar kedua2 borang lelaki n ppuan ke pejbt agama tmpt awak)

      Delete
    2. Baik. Sy faham. Terima kasih sis 😊

      Delete
  32. Salam puan, saya najwa asal pahang, menetap dan bekerja di melaka. Tunang saya tentera asal pahang, menetap dan bekerja di melaka juga. Lelaki dah settle semua docs dgn kem dan tunggu tarikh untuk submit docs ke pejabat agama melaka. Saya nak tanya saya perlu isi borang online sppim melaka atau borang online e-munakahat pahang ye?
    Tarikh nikah lelaki mohon 30/10/2021, hiv test saya ambil bulan 14/4/2021. Valid lagi x hiv test tu sampai bulan 10 ni. Sebb lelaki terpaksa buat permohonan kahwin 6 bulan awal. Kalau saya nak percepatkan tarikh nikah boleh x ye, sebab taknak la buat hiv test 2 kali. Mohon pencerahan ye sis. Harap dapat membantu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wawa, cadangnya tu nikah di mana, pahang @ melaka? wawa kena isi borang negeri tempat nikah. Tarikh valid HIV test adalah 6 bulan. Kalau ikut fahaman saya, 6 bulan valid (sah digunakan) beerti dr tarikh buat test hingga tarikh submit borang. but better wawa tanya jabatan agama untuk pengesahan. lagipun tahun ni borang baru kan? berkenaan pertukaran tarikh nikah tu pun wawa kena tanya/buat dengan jabatan agama tempat nikah. sebab maklumat yang kena tepat berkaitan tempat nikah tarikh dan masa nikah tu adalah pada borang pihak perempuan.harap dapat membantu ye

      Delete
    2. Saya akan bernikah di jengka,pahang. Maknanya saya kene isi borang online pahang kan, walaupun saya stay melaka? Saya ade hubungi pejabat agama pahang, dia cakap utk bernikah bulan 10, hiv saya dah tak valid. Doakan urusan saya ye puan.

      Delete
    3. Ye, betul, kena isi e-munakahat pahang. semoga dipermudahkan urusan ye. IsyaAllah selamat semuanya.

      Delete
  33. assalamualaikum sis. saya nak tanya :

    i) tunang saya tentera darat di sarawak, tpi asal n9. lepas dia settle dgn kagat tu, dia kena buat isi pemohonan di n9 pulak ya?

    ii) saya asal selangor, menetap pun di selangor tapi ic alamat kl. so saya kena isi borang selangor ke kl punya ya? . tapi kami rancang nak nikah ditempat lelaki n9. so macam mana ya sis, saya kurang faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fina

      1) dia kena mohon pulak di pejabat agama sarawak. since dia bermastautin di sarawak

      2) ye, awak kena isi borang selangor. permohonan awak kategori permohonan nikah luar negeri sbb awak nak kawen di negeri lain dr tempat awak bermastatutin. selesai di pejabat agama selangor, awak kena berurusan dengan jurunikah n9 pula

      Delete
  34. Assalamualaikum , akk saya terbaca blog ni . Boleh nak tahu . Saya dri pahang pasangan kerja dkt kedah . Kertas ujian hiv ada dua yang mana kite kene bagi pada pasangan kite untuk urusan askar

    ReplyDelete
  35. salam dira. setahu saya tak perlu bagi kertas ujian HIV kita pada pasangan untuk urusan dengan KAGAT tu

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum sis ada no untuk contact tak ? Nak tanya lebih detail untuk tau prosedur nikah dengan tentera ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. boleh email sy missfarihah@yahoo.com atau pm/dm FB/Ig Fariha Nuzu

      Delete
  37. Salam sis ..Berapa lama ye prosedur kagat tu. Trima kasih

    ReplyDelete
  38. Salam Sis .
    1) Berapa lama ye prosedur uruskan borang kagat ? adakah ambil masa berbulan
    2) Borang kagat tu ada limit tarikh ke mcm borang kahwin boleh guna sampai 3 bulan je?
    Hrp dpt mnjwab soalan sy . Sy tetapkn tarikh bulan 11 .. Tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mira.

      1) Urusan borang kagat tu maximum masa dia 3 bulan. boleh jadi singkat lagi kalau semua officer yang terlibat available

      2) saya tak pasti ada limit masa ke tidak berkaitan borang kagat.

      Delete
  39. assalam sis, tunang sy tentera di srawak, asal penang. Smua dokumen slepas settle kagat perlu beri pada sy dalam copy atau original dokumen? sy asal perak dan kami akan nikah di perak

    2)sy sudah isi borang nikah online dan print out,untuk hiv test sy perlu guna borang yg mereka sediakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      1) selepas settle kagat dia kena submit pej agama sarawak, approved by pej agama sarawak dia kena bg borang kagat & borang pej agama sarawak yg dh dp kebenaran tu pd awak iaitu original dokumen.

      2) hiv test dh buat ke belum? kalau online sspim hanya key in je maklumat hiv test dalam borang tu. dia akan auto update pd borang

      Delete
    2. Sy dah buat hiv test...masa pergi klinik sy print ikut sspim 2 keping and klinik ambil 1 keping. Tapi dlm senarai semak dokumen sokongan untuk kbenaran brkahwin mereka ada mintak borang permohonan ujian hiv (2 Asal) . Maksudny sy perlu minta klinik 1 keping yg mereka ambil tu ke ?

      Delete
    3. tak perlu. dlm sppim tu, awk kena key in je maklumat bahagian hiv test n print semula.

      Delete
    4. Baik..terima kasih, sngt membantu saya 😍

      Delete
  40. Assalamualaikum sis. Sy asal terengganu dan bakal nikah di terengganu. Tunang sy navy di lumut perak. Dia asal teluk intan perak. Dalan sppim, alamat tetap perlu letak alamat rumahnya ataupun alamat lumut base ya? Sbb nak pilih kariah tak pasti perlu letak bhgian lumut ataupun teluk intan.
    Dan utk emunakahat terengganu, alamat tunang sy perlu letak alamat base ataupun alamat rumahnya?
    Terima kasih atas bantuan sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      1) untuk kariah
      - untuk pilih kariah letak alamat base dia, kariah ikut base dia. sebab urusan kagat kan di base.

      2) untuk e munakahat
      -tak kisah boleh letak dua2 alamat rumah atau base, sbb dalam borang perempuan yang penting alamt pihak perempuan

      Delete
    2. Assalamualaikum sis .. tunang sis dh berapa lama kerja ye ? Betul ke kalau navy dia kena habiskan 30 bulan lepas rekrut baru boleh kawin?

      Delete
  41. Assalamualaikum sis , sy nak tanya .. harap sis dapat jawab lah ..
    tak lama lagi tunang sy akan ke lubnan selama setahun .. sepjg ke lubnan tuu dea boleh ke berurusan dari sana ye ? Lepastu kalau nak hntr ka pjbat agama borang2 tu kena berapa lama seblom ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. sebaiknya tunggu dia balik. sbb urusannya agak rumit. untuk tentera dia kena lepasi urusan kagat terlebih dulu, baru stage pejabat agama. antara urusan kagat tu melibatkan interview dengan 3 pegawai pulak tu. hantar pejabat agama tu sebulan sblm akad nikah. tapi better check dengan pejabat agama tempat awak nak nikah nanti

      Delete
  42. Salam sis, salinan ic dan sijil kursus tu kita kena ambik pengesahan dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh minta mana-mana pegawai kerajaan gred A sahkan (mesti bawa dokumen original). antaranya D.O/A.D.O/pengetua/guru besar/penghulu/YB/Hakim/Majistret dan lain-lain atau boleh ke swasta peguam (dengan bayaran)

      Delete
  43. Assalamualaikum sis. Kalau tak dpt kelulusan drpd pegawai kita tetap boleh kawen dak ? Tiba tiba borang permohonan kawen kena hold kt pegawai, sedangkan intake sama masuk dgn tunang smua dah lepas temuduga, dah dpt tarikh siap siap dah pun. Ke kita boleh buat aduan kt mana mana puhak ya ? 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. cuba tanya pegawai tu sendiri apa alasan permohonan awak di tahan. kerana setiap pasukan kan lain2 cara pentadbirannya

      Delete
    2. Dia pun takde jawapan ☹️ intake skali dengan tunang, semua dah lulus, sampai je turn tunang, hold sampai sekarang 😪 give up lah cmni 😂

      Delete
    3. Btw,ini saya dapatkan antara alasan permohonan di hold.

      "CO tidak kejam melainkan terdapatnya alasan-alasan tersendiri yang di rasakan munasabah antaranya:-

      1) Pegawai didapati tidak bersedia untuk menjalani tanggungjawab sebagai ketua keluarga

      2) Kemampuan pegawai yang terhad dari segi ekonomi, sampai nak buat pinjaman yang boleh memudaratkan dia sendiri untuk jangkamasa panjang.

      3) Situasi semasa pasukan yang mungkin dalam Ops /standby mode.

      4) Pegawai perlu hadir/akan terlepas kursus kerjaya dalam masa terdekat (bila kahwin awal, ramai yang liat untuk hadiri kursus kerana enggan berjauhan dengan pasangan)

      5) Dll "

      Jangan putus asa, permohonan kahwin tentera memang sangat mencabar. Alam perkahwinan dengan tentera jauh lebih mencabar. Permohonan ini adalah permulaan kesanggupan menjalani kesukaran, hidup bersendirian, berdikari bila berkahwin dengan tentera.

      "Bahawa Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya" : AlBaqarah 286

      "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui, sedangkan engkau tidak" : AlBaqarah 216

      Banyakkan solat hajat, berdoa diwaktu mustajab, puasa sunat dan bersedekah. Semoga urusan awak berdua menjadi ringan dan dipermudahkan. InsyaAllah

      Kalau tak keberatan boleh tahu si tunang tu unit mana?

      Delete
    4. Taktau nk kata dah 😌 harini lain, esok lain, eh lusa pun lain.
      tahun lepas postponed sbb kena hbs kan dua kursus dulu, dah settle dua kursus, lain lagi. Giveup! 😅

      Dia 9rs.

      Delete
    5. Ohhh dia kategori no.4 la maknanya

      Delete
    6. kursusnya pun dah hbs dedua 😅

      Delete
  44. Assalamualaikum sis .saya nk tanya bakal suami saya duda kematian isteri .bolehkah dia berkahwin tidak melalui kagat .maksud saya melalui pejabat agama sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. xboleh. mesti melalui prosedur yang sama, iaitu melalui kagat

      Delete
  45. Temujuga tu utk lelaki je ke perempuan kena sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg askar je kena temuduga. kalau dua2 askar, dua2 kena temuduga.

      Delete
  46. Assalam sis..sya nk tyaa lah..mcm tunang sy dah dpt pengesahan maustatin tu dri kagat dia..lepas tu pengesahan masjid kariah perlu x dpt pengesahan..mnta tlg sis jelaskan..urgent sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak perlu. Dia boleh terus submit ke pejabat agama tempat dia.

      Delete
  47. Maaf bertanya....sy dri Melaka...tunang bertugas N9...asal ganu....sy kne isi borang kebenaran nikah online je ke atau dia sekali....dan nk tanya..permohonan kwen tentera ..segala yg diperlukan kne bagi...HIV test kne buat jgk ke untuk tunang bawa sekali ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, awk kena isi, dia pun kena isi. kalau melaka & n9 guna sppim, just print 2 set. btw awk pihak lelaki ke perempuan? xdpt nak jwb lebih sbb xtahu jantina

      Delete
  48. hi sis. semua step ni sama untuk semua atm ke? bakal suami sy tldm.

    ReplyDelete
  49. hi salam sis nak tnye , untuk kawin dngn tentera merela perlu berkhidmat 2/3 tahun dulu baru boleh berkahwin atau pon lepas rekrut 7/8 bulan dh boleh kawin ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kena berkhidmat dalam 2-3 tahun dulu. sebab walaupun dah habis kursus asas, lepas tu d. org ada banyak kursus kerjaya pulak dalam tempoh 2-3 tahun tu

      Delete
  50. Assalam. Sy nak tanya tunang sy tentera kerja di sarawak.. ic dia asal kelantan tp dia ddk di selangor.. kira pasangan sy kena buat jgak ke permohonan negeri tu sbb kami sama negeri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, negeri yang mana satu ni sis? banyak negeri sis sebut. Permohonan tak ikut IC sis. Ikut Qariah (tempat mastatutin). Kalau sama negeri kena buat dua set. 1 set lelaki 1 set perempuan

      Delete
  51. assalam sis kalau nk kwin dngn tentera laut sama jugak ka kena tunggu 2 thn baru blh kwin?

    ReplyDelete
  52. salam sis nk tnya, saya asal kelantan ic 03 cuma alamat dalam ic selangor jd sy boleh ke isi borang permohonan eqaryah(kelantan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sis nak kawen di mana? alamat ic xde masalah asalkan sis ada alamat dikelantan

      Delete
    2. alamat sy di selangor sbb kerja di selangor..cuma confius sbb ade yg ckp xboleh isi brong kelantan..tp pjbat agama ckp boleh..sy pening

      Delete
    3. kalau kahwin di kelantan, isi borang kelantan. tp sebaiknya letak alamt rumah kelantan. alamat xrefer kat ic. ikut bil letrik

      Delete
    4. TRIMA KASIHHHHH

      Delete
  53. Salam puan, saya nak tanya kalau tunang saya tentera then nak saya pula tittle janda, ada any effect/challenge tak yg dia kena facing semasa iv KAGAT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. takde isu, same je dengan orang lain. as long as document awak proper (sijil cerai)

      Delete
  54. Assalam maaf tanya, saya dh bercerai ngn suami. dah abis iddah. tp suami ajak bernikah semula. blh bagitahu tak prosedur borg tentera yg nak kawin smule ngn Existeri dia mcm mana ?? maksud nya , perlu lg ke borg setebal mcm mula2 dulu😭 perlu lagi ke jumpa ustaz utk interview apa semuaa. kesian pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaf ni diluar knowledge saya. sebaiknya bekas suami tanya ustaz Kagat kor dia terlebih dulu

      Delete
  55. Assalamualaikum..sy dari Kedah.. NK tanya . Cmna nk dapatkan borang test hiv tu awal . Sbb tunang saya perlu borang tu awal untuk buat permohonan pihak sana . Kalau nak tunggu saya buat sppim lambat lah utk dapatkan borang hiv tu .. cmna ye :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Borang tu boleh download aje ikut negeri masing2/ negeri tempat nak buat HIV test tu. mmg tak guna borang SPPIM pun masa test.

      Delete
    2. Ouh.. ingatkan borang tu dalam sppim.. nanti cuma bawak borang tu je la kan untuk buat pemeriksaan. Ok tq sis ☺️

      Delete
  56. Assalamualaikum sis saya ingin bertanya. Saya org Sabah ( Perempuan) & tunang asal Kelantan tapi bertugas sebagai tentera di Ipoh Perak.
    Tempat utk nikah di Sabah. Pihak lelaki kena buat permohonan kahwin 3 bulan sebelum tarikh nikah.
    Jadi apa prosedur yg perlu dibuat oleh pihak lelaki terlebih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dia kena selesaikan urusan borang Kagat terlebih dahulu & settle interview dengan 3 pegawai tu. once borang Kagat approve boleh la cepat2 dia isi permohonan nikah (SPPIM) dan submit borang SPPIM BERSAMA borang Kagat ke pejabat agama ipoh. once pejabat agama ipoh dh approve barulah borang2 tu semua dia boleh serah pada awak

      Delete
    2. borang SPPIM tu berapa lama kena buat permohonan 3 bulan sebelum tarikh nikah ke atau mcm mana?

      Delete
    3. paling awal 3 bulan la. yg penting settle KAGAT. yg ni yg kritikal & boleh ganggu semua urusan lain. sppim & pej agama tu kejap je

      Delete
  57. Ada pertanyaan lagi sis, saya nikah 15/12/2023 bila tarikh @ bulan yg sesuai utk buat permohonan kahwin bahagian KAGAT, dan test ujian HIV bila yg masa sesuai?

    Kemudian hasil ujian test HIV perempuan kena serahkan dkt lelaki ke? sbb ada nmpk pihak agama tempat kerja perlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan kagat better start buat dah. Nak selesai bahagian kagat aje ambik masa 3 bulan.

      Test hiv valid 6 bulan je. by bulan 9 or 10 boleh buat dah

      Keputusan hiv test tu di seal. tak boleh buka dan serah pada jurunikah tempat awak nanti. bukan pd pihak lelaki.

      pihak lelaki kena selesaikan borang2 kagat. lps tu selesaikan di pejabt agama dekat dengan kem dia. dh selesai dua2 tu, semua borang dia kena serah semua pada awak. baru awak boleh start urusan borang belah perempuan.

      Delete
    2. kemudian nak dptkn borang hiv tu kena isi online sspim kan?

      Delete
    3. borang tu download kat laman web pejabat agama negeri awak. guna yg tu utk pergi test hiv. yg dlm sppim tu hanya key in maklumat je

      Delete
  58. Nak tnya kalau askar kwin sma orng luar negara blh ka dia guna pass port ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang guna passport? askar ke pasangangnya yang luar negara?

      Delete
  59. Assalamualaikum, nak bertanya sis, tunang sy dlm training pkg, selepas habis sesi tauliah PKG, mereka di beri tempoh cuti selama 2minggu, bolehkah bernikah pada waktu tersebut ? Sbb andai kata hendak tunggu selepas lapor ke unit, mereka harus menunggu minimum 2 tahun then baru boleh bernikah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IC tunang awam ke tentera? Kalau IC tentera pejabat agama reject siap2 sebab dokumen tak lengkap

      Delete

7 Days, 7 Favourites