Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Ye Olde Smoke House Fraser Hill


Kakak dah beberapa kali pergi Bukit Fraser ni, but this is first time for my husband. Dia cakap kat sini sejuk. Frankly speaking antara Bukit Tinggi, Genting Highland, Cameron Highland dan Fraser Hill, iols rasa Fraser Hill paling sejuk. Maybe sebab kawasannya kecik dan tiada aktiviti pembangunan kat sini. But itulah istimewanya Fraser Hill. Tenang dan nyaman.

sejarah Fraser Hill

Takde buat aktiviti apa pun since musim tengkujuh ni asyik hujankan? Kami lepak minum di The Old Smoke House. Ingat nak makan scone tapi terawal pulak datang. Scone hanya ada selepas pukul 3 sahaja tau. By the way, hakak pernah buat entry pasal makan scone di sini dulu.


Kat sini memang cantik, korang kaki bergambar tu boleh la ambik kesempatan. Betul-betul macam kat oversea. Tapi kalau nak berphotoshoot sakan, ada chargenya. 


End up kami berdua pilih aje la apa menu yang ada. Kat luar hujan gerimis, lebih baik la duduk lepak minum kan? Kakak ambik hot chocolate dengan puding roti. Sedap ye bread pudding dia. Harganya kakak tak ingat. Harga eksklusif la.


Dah kenyang kami pun balik la semula ke pangkal jalan, lebih kurang satu jam je perjalanan. Jalannya je yang mencabar.



NOTA
1) Tiada stesyen minyak di Fraser Hill.
2) Jika terdesak, boleh beli minyak petrol dalam botol dari kedai runcit dan kedai makan.  
3) Mana yang mudah mabuk sila makan ubat mabuk siap-siap
4) Sila bawa plastik untuk siapa yang mudah muntah
5) Bawa sweater




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites