Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Living Room

Tissue Box Nordix Style dari Shopee RM20.44
LED Message Box pun dari Shopee RM28
Metal Tray Side Table dari Shopee RM49.90

Ruang tamu cum ruang mononton juga kakak make over sepanjang PKP 1.0 yang lalu. Beria juga kawasan ni hakak touch up, hanya televisyen je pakai yang lama. Lain semua baru. Most of barang kakak order online je termasukla sofa. 

TV Cabinet order dari Shopee je RM130.66

Kakak make over simple-simple je, mengenangkan hanya diri sendiri or En.Suami yang akan mengemasnya. Asalkan selesa dan sedap mata kakak dan En.Suami okey dah. Famili kakak pun baru sekali je datang selepas makeover ni. Mak kakak kata lepas make over rasa macam datang bercuti pulak kat rumah kakak. Adik kakak kata macam duduk di AirBnb huhu

Photo Canvas dari Photobook

USB Bar Decoration love dari Shopee RM20.92
Square Pillow LO & VE pun beli di Shopee RM4.90 x 2

Vintage candle holder beli di Ikea
Cactus & Candle decoration light dari kedai ECO RM2

LED Modern Gigital Clock dari Shopee RM22.99
Vase dari Shopee RM10
Bunga pun Shopee

Ruang ini pun kakak kekalkan sama dengan konsep hampir keseluruhan rumah iaitu warna white/beige/brown/black dengan tema modern vintage. Nampak lebih sejuk dan selesa. Ruang pun nampak cerah.

Love seat sofa order dari Bara-Bara Furniture via Lazada
Square Pillowcase dah lama sangat beli, dah lupa beli kat mana
Sufi dance shawl, beli di Konya,Turkey as throw

Decoration Vase dari Shopee RM35
Bunga pun dari Shopee


By the way uols, kakak jua menukar bulb lampu di ruang menonton ni. Gigih tak kakak? Kalau mood nak tengok movie tu mari, maka kami tukar la warna lampu ambik mood macam tengok wayang. Maklumla tak boleh pergi dah kan, musim covid ni. Eh, ni kakak tak edit gambar ni tau. Ini ikut warna lampu.

Color Changing Bulb with Remote dari Shopee RM9.78

Korang saksikanlah sendiri kesenduan ruang tamu kakak sebelum makeover wahahah. Kakak rasa cun sangat dah makeover kakak ni (perasan!). Walaupun kedudukan perabot masih sama tapi yang sebelum dipanggil rumah sewa, selepas bolehlah dipanggil kediaman. 


Selepas
Tatami Carpet Persian Style dari Shopee RM241.50 (160cm x 230cm)
Minimalist Striped Sheer White Curtain dari Shopee RM63 x 2 (L260cm x W250cm)

Sebelum










No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites