Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Another Highland Trip


Nak jadikan cerita, macam-macam aral pulak yang mendatang hari nak bertolak ke Cameron Highland, sudahnya burn planning hari pertama. Pukul 3 petang baru nak gerak, jawabnya pukul 5 baru sampai. Kami ke CH ni beberapa hari sebelum pengumuman boleh rentas negeri. Datang pula hari kerja. Memang heaven la. Kenderaan minimum je. Ini aje la aktiviti yang kami sempat buat.

Highland Steamboat Cheese & Grill
Perumahan Makmur Cameron Jaya
Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata
Cameron Highland Pahang


Since kami menginap di Tanah Rata, Highland Steamboat kira tak jauh dari kami. Restoren ini dibuka dari pukul 5 petang hingga tengah malam. Kami tiba lebih kurang 8 malam. Memang waktu kemuncak ye. Tapi syukurlah tetap dapat meja. Bayaran untuk satu kepala RM35. Kalau tambah cheese, kena tambah RM10.


Suka tengok pilihan yang ada kat sini. Pelbagai jenis air panas, sejuk, ayam daging dan seafood. Tak lupa sayur dan jenis bebola. Kakitangan restoren bekerja pantas me-refill tray yang kosong. Tapi memandangkan kakak berdua je dengan cik abang, kami ambil food yang kami makan je. En Suami ambik protein. Kakak pilih sayur. En Suami refuse nak ambik seafood walaupun kakak ensure kat dia kakak bawak ubat elergic. 


NOTA : Tolong jangan tamak. Kalau datang 10 orang, tugaskan siapa ambik apa. Grup belakang kami membazir banyakkkkkkk sangat makanan. Geleng kepala pekerja restoren. Membazir amalan syaiton!

Mossy Forest


Pagi-pagi soknya kami ke Mossy Forest. Hakak book 4x4 melalui Limes Truck. Guide kami ialah Syafik. Syafik very attentive dan knowledgeble. Banyak berkongsi info dan cerita. 


Akan tetapi ketika kami datang ni, Forest Pahang belum bagi kebenaran untuk masuk ke dalam Mossy. Makanya, kami jalan-jalan kat bawah je. Jadilah, janji gambar melets wahahha. Ada rezeki datang lagi


Boh's Tea Plantation Sungai Palas


Dari Mossy terus ke Ladang Teh Boh. Since masih awal pagi, sejuk wey dalam kawasan ni. Dengan beranginnya lagi. Kami kumpulan yg ke-3, ke-4 yang tiba. Memang bahagia.


Macam orang lain juga, kami bergambar la. Nak turun dalam ladang tak kuasa sebab sejuk nau. Tengok la laki hakak, ketar gigil je semua gambar dia. 


Factory masih belum buka untuk lawatan, so kami jalan-jalan je area tempat beli souvenirs. Hakak of kos la membeli teh-teh uncang and 3 in 1 nak hantar ke kampung. 


Scone & Tea


Pastinya tak lepas peluang kalau dah jejak kaki ke ladang teh mestilah minum teh. En. Suami pilih teh Palas Supreme dengan roti/croissont. Kakak pula pilih teh Bukit Cheeding dengan scone. 


NOTA : Palas Supreme tehnya lebih halus lebih sesuai buat teh o. Bukit Cheeding lebih sesuai minum dengan susu. 


200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)
No 24, Kampung Taman Sedia, 31900 Tanah Rata
Cameron Highland, Pahang


Dah tengahari tu, kami cari lunch di Abang Strawberry, Kg. Taman Sedia. Kakak teringin nak try nasi lemak pink. Mujur la hari kerja dan belum boleh merentas negeri. Aman damai la tempat makan. 


Selain dari nasi lemak strawberry, ada macam-macam lagi menu kat sini. Antaranya ada mee kari, pasta, waffle, aiskrim, scone, jualan sambal strawberry dan macam-macam. Sedia duit je


Kami berdua pilih nasi lemak strawberry, teh strawberry ais, kopi straberry ais dan aiskrim. Untuk kakak, dua-dua sambal bilis dengan sambal ikan masin strawberry sambal agak kuat rasa pedas. rasa pun kureng, air pun tak kaw, terlalu cair. But, ini pendapat peribadi aje la ye. Tekak korang maybe rasa sedap je. 


NOTA : Parking very the hazabedah

Cameron Lavender Garden
GPS coordinate: 4.526774, 101.426226
Tringkap


Destinasi seterusnya ialah Cameron Lavender Garden. Tiket masuk adalah RM15 seorang. Dibuka dari hari Isnin hingga khamis dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Manakala, hujung minggu akan dilanjutkan hingga 7 malam. Sampai je sini, hujan pun turun. Mujurlah, since area sini berbumbung. 


Tak de apa sangat aktiviti kami kat sini melainkan bergambar. Actually masa Lavender Garden ni agak baru buka, kakak dah pernah datang dah. So, dah tak excited sangat dah pun. Ada beberapa perubahan baru yang di tambah oleh pihak pengurusan berbanding kali pertama kakak datang dulu. 


Claypot Station, Padang Golf


Malam tu kami keluar cari tempat nak dinner rupanya banyak kedai tutup awal. Ya Rabbi, pening kepala kakak pusing-pusing sana sini cari rempat makan, perut lapar dah sekian. Last-last contact kawan En. Suami yang kerja kat situ. Dia bawak la kami makan kat sini selepas beberapa percubaan lagi mencari kedai makan. Kedai ni agak tersuruk, susah parking dan tempat makan orang tempatan. Orang kampung dekat situ rilex je datang kedai pakai winter jaket dengan kain pelekat. Gittew! Tapi masakan kat kedai ni sedap ye. Highly recommend.

NOTA : Kalau datang hari kerja banyak kedai makan yang tutup seawal 8 malam.

Keesokannya, sebelum turun semula balik ke pangkal jalan, kami sempat singgah di Bharat Tea, untuk beli lagi stok teh. Tu pun beli cepat-cepat sebab orang dah makin ramai. Berakhirlah percutian Cameron Highland kami berdua. 






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites