Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Eagle Ranch Resort


Sebelum masuk musim hujan haritu, En Suami ajak ikut dia ke PD. Dia ada tournament golf dengan jabatan dia. Kakak ikut je. En Suami book Eagle Ranch since resort ni antara yang terdekat dengan padang golf.

Eagle Ranch Resort Port Dickson
544, Jalan Pantai, Bt 14
71250 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06 - 661 0495


Masa buat booking, tak de pilihan uols. memang tinggal satu bilik je untuk dua orang iaitu band wagon room type. Full house! Lantakkan, janji ada tempat tidur. Kos around RM260/malam.


Actually terdapat banyak pilihan bilik di resort ni. Ada Band Wagon, Log Cabin, Paddock Dorm. Selain dari tu ada juga, Tepee room dan Kampung House.


Macam mana rupa bandwagon room tu? Haa jom hakak bawak pusing-pusing tengok area bandwagon. Kami dapat bilik No BW39. Cute kan keychain dia?



Dah pusing-pusing area luar, jom tengok macam mana pulak rupa bilik ni dari dalam. Band Wagon Room ada dua kategori pulak ye. Ada Upper ada Lower. Dua-dua bilik ni lain harga. Yang bawah murah sikit. Kami dapat bilik bawah.


Memandangkan resort ni cantik, kakak ambik kesempatan memusing dan bergambo-gambo area mana yang kakak sempat cover. Jom tengok area Kampung House. Kampung House area dengan Tepee area letaknya bersebelahan.


Selain penginapan yang kakak tunjuk kat atas, Log Cabin Queen/Twin Eagle Terrace ialah penginapan untuk dua orang satu bilik dengan dengan sky waterfall shower. Log Cabin Queen/Twin pula penginapan satu bilik untuk dua orang tapi berkongsi balkoni dengan bilik-bilik lain. Satu lagi jenis penginapan ialah Paddock Chalet Family pula  sesuai untuk keluarga dengan satu katil queen dan satu katil single.

Paddock Chalet

Resort ni sebenarnya banyak menyediakan fasiliti serta aktiviti untuk sesiapa yang menginap di sini. Patutlah sentiasa jadi pilihan ramai serta kumpulan dan syarikat swasta untuk anjurkan hari keluarga.


Okeylah, kakak pun menginap sekejap je di sini, tak sempat nak join aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh resort ni. Ada banyak ye, horse riding, archery, go-kart, dan pelbagai lagi.  Maybe lain kali datang boleh join. Adios Amigo!









No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites