Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Canopy Villa Glamping Park



Masih belum keluar dari Pahang lagi, percutian kakak yang seterusnya ialah di Janda Baik bersama wajah-wajah kesayangan yang boleh katakan setiap minggu la mesti jumpa. Nak pergi jauh pun bahaya, makanya bercuti di tempat sendiri je. Kali ni bercuti gaya glamping di Canopy Villa Glamping Park. Kami ambik Emperor Tent dengan harga RM460 semalam. Muat 6 orang.

Canopy Villa Glamping Park
Jalan Kampung Janda Baik
Lot 25929, Kampung Sum-Sum
28750 Janda Baik Bentong
Pahang



Kakak sampai awal dari yang lain, maklumla paling dekat kononnya. Sempat la berposing dulu. Tak lama lepas tu baru la Beep, Didie, Min+ Dhani, Mijah + Luq & Aza tiba. Apa-apa hal check in dulu. Masuk tent mommy bawak anak pilih tempat tidur dulu base on keperluan, kami yang lain tak kisah je.

Settle letak beg, kami makan tengahari dengan bekal masing-masing. Hakak tapau kepsi je. Senang. Tak lupa bawak jajan. Yang lain pun bawa macam-macam bekalan, untuk bbq dan untuk sesi membawang juga.


Siap makan dan mengemas, kami salin baju dan bersiap untuk mandi sungai. Nak mandi sungai kena jalan kaki keluar dari resort ni. Tapi tak jauh pun.  


Berendam dalam setengah jam tiba-tiba je hujan turun. Mula-mula tu rintik je, aish lepas makin lebat. Apa lagi terpaksa la keluar dari sungai, selamatkan handphone masing-masing. Keluar je dari sungai, hujan turun lebat. Apa lagi berlari-lari la kami dalam hujan balik ke khemah. Sayang tak bawak plastick cover kalau tak boleh rakam kenangan berlari dalam hujan. Eh...lama dah tak mandi hujan, syok aje sebenarnya.



Hujan turun untuk tempoh yang agak lama. Walaupun tidak selebat mula-mula tadi tapi tak sesuai untuk beraktiviti di luar. Kami bergulung dalam selimut masing-masing. Itu aje la aktiviti paling sesuai dan paling syok. Malamnya aktiviti bbq pula.

NOTA
Bayaran tambahan dikenakan untuk BBQ


Settle bbq melepak pula di common area. Di sini juga merupakan ruang untuk makan, memasak, games, televisyen. Dapat la kami beraktiviti santai main ping pong, congkak dan relaxing.


Musim hujan menjadikan kawasan di sini sejuk yang teramat ye. Masing-masing awal masuk sarang disebabkan faktor cuaca. Kami pun sama la juga.

Paginya, kami bersarapan ramai-ramai. Ada nasi lemak, sandwich dan dua jenis kuih. Air 3 in 1 bancuh sendiri. Muka tak mandi pun boleh. Kesahhhh. Janji kenyang


Sebelum bertolak pulang kami tak lepas peluang bergambar kenangan dulu. Nak guna khemah kami, dah huru hara macam apa. Tinjau khemah sebelah yang baru sahaja penghuninya check out, eh elok teratur. Posing sajahhhhh



Tu aje la short vaccay kakak dan wajah-wajah kesayangan hamba. Ada rezeki boleh vaccay sama-sama lagi. Cuti rehat sambil makan-makan dan membawang, itu yang pasti.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites