Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Lawyer Terpaling


Yihhhhh seminggu ni hangat Malaysia isu pasal lawyer. Netizen menggila masing-masing nak jadi Tuhan mengeji OKT (Orang Kena Tuduh) dan menerakakan peguam. Yang bercakap tu entah solat entah kan tidak. 

Selaku peguam berintegriti kakak memang tak de nak komen apa-apa tentang kes viral tu. Kita tunggu je keputusan Hakim di akhir perbicaraan di peringkat pendakwaan ini.

Banyak komen netizen yang kakak baca duk sebut, ustaz/cikgu/orang kata kalau jadi peguam ni kaki sebelah masuk neraka, sebab tu tak nak ambik law, tak bagi anak ambik law. Hoi! hadith tu sebut pasal Hakim/Judge yang corrupt la, bukan lawyer. Ngaji pun malas, dengar cerita orang je tahunya, ada hati nak menerakakan orang. Baca hadith ni. 


Hakim dan Peguam tu dua kerjaya yang berbeza ye. Tapi sebab netizen terpaling memang tak boleh beza. Netizen yang cerdik tahulah bezanya. Btw, kesimpulan dari hadith di atas (dengan anggapan netizen terpaling yang peguam dengan Hakim tu sama je), 1/3 dari kami dalam kerjaya ini telah dijamin masuk syurga betul tak?

NOTA : Minta pembaca tolong maklumkan kakak tentang ayat Quran atau hadith tentang kerjaya lain yang dijamin masuk syurga.

Since hangatnya isu ini semua orang nak buat content, selayaknya kakak selaku peguam pun nak buat content juga la. Tapi kakak nak sentuh isu yang berbeza, iaitu dari sudut kerjaya.

Apa pekerjaan yang korang boleh mohon, boleh lakukan sekiranya korang, anak korang, anak saudara korang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang? Lebih tepat lagi setelah perolehi Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang dengan Kepujian/ LL. B. (Hons).

Apa itu LL. B (Hons)? LL. B ni dari bahasa Latin iaitu Legum Baccalaureus yang membawa maksud Bachelor of Law. Honours/Kepujian pula iaitu melengkapkan sekurang-kurangnya empat tahun program kursus.

Tertakluk kepada syarat tertentu seperti Latihan Dalam Kamar, Ijazah Sarjana,  dan lain-lain, ini adalah antara kerjaya yang korang boleh kejar dengan LL. B (Hons) korang:-

1) Peguam 
Swasta : Peguambela, Peguamcara, Peguam Syarie, dan lain-lain

Kerajaan : Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pendakwa, dan lain-lain

2) Kehakiman
Majistret, Hakim dan yang setara dengannya.

3) Penasihat Undang-Undang
Dalam sektor kerajaan, pelbagai syarikat swasta, perbadanan dan sektor korporat, bank serta institusi kewangan, universiti dan kolej.

4) Pegawai Tadbir/ Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Pegawai Daerah (DO), Penolong Pegawai Daerah (ADO), dan lain-lain

5) Legal Compliance/Pematuhan Undang-Undang
Di syarikat-syarikat swasta, korporat, antarabangsa, seperti Mercedes

6) Ahli Perniagaan
Basicly once korang buka firma sendiri, korang bukan lagi sekadar peguam, tetapi korang juga ialah ahli perniagaan dan kena berfikir dan bertindak seperti ahli perniagaan selain jadi lawyer

7) Pensyarah & Tutor
Untuk pelbagai jurusan di universiti yang mempunyai subjek undang-undang selain di fakulti undang-undang sendiri

8) Wartawan
Kebanyakan wartawan yang berlatarbelakang undang-undang akan dihantar untuk buat laporan kes-kes mahkamah 

9) Artis 
Dengan syarat korang berbakat seni la ye seperti Sudirman Hj Arsyad, Yuna, Lisa Surihani, Diva AA.

10) Ahli politik
Perdana Menteri : Ismail Sabri Yaakob

Kecuali No 9, yang lain tu memang kerjaya yang disertai oleh kakak dan rakan-rakan kakak. Banyak pilihan kerjaya bagi lulusan undang-undang, kan? Dan ada pelbagai lagi cabang pekerjaan yang boleh disertai oleh lulusan undang-undang selain yang kakak sebut di atas. So boleh dah buang stigma kalau ambik law tu memang jadi lawyer je semata-mata.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites