Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Jeragat Pt 3




Selepas buat Pico Laser dan Eletrocounter, at this stage kakak perbaiki produk yang kakak guna. Ni kakak kongsi dengan korang produk yang kakak guna.

Siang

1) Pencuci (Cosrx Low PH Good Morning)
2) Toner (Cosrx AHA/BHA Clarifying Toner) 
3) Eye Cream (Clarins)
4) Essence (Cosrx Advance Snail 92 Mucin Power)
5) Serum Glutathione (Ze Light)
6) Serum Vit C (Its Skin/Teamon)
7) Moisturiser (Cosrx Advance Snail 92 All in 1 Cream)
8) Sunscreen SPF50 + PA++++ (Skin Aqua Tone Up UV Essence) 


Malam 

1) Pencuci (Cosrx Low PH Good Morning)
2) Toner (Cosrx AHA/BHA Clarifying Toner)
3) Retinol Eye Cream (The Inkey List) 
4) Vit C (Klairs Freshly Juiced Vit C) 
5) Pelembab (Klairs Freshly Juice Vit E Mask) 
6) Masker (Ultimate Moisturizing Honey Overnight Mask)


Kakak jua buat rawatan sendiri ala Microneedling. Kakak beli Serum Timun with Scar Roller dari Teamon Hq. Korang boleh pergi tengok dekat IG diaorang. Kakak tak suka serum dia sebab terlampau cair macam air masak. So kakak guna Cosrx moisturiser yang pekat likat. So senang nak golek roller kat muka kakak.  

Scar Roller Treatment Steps

1) Cuci muka
2) Sapu Toner
3) Sapu Moisturizer
4) Boleh start roll muka

NOTA : Pastikan Scar Roller telah dicuci bersih sebelum dan selepas pakai ye

Rawatan ni boleh dibuat maksimum sekali seminggu sahaja ye. Korang jangan buat lebih-lebih. Kalau kakak nak pergi spa, facial atau skin treatment kena makesure tak buat treatment scar roller ni dua minggu sebelum pergi spa.

Kenapa kakak buat Scar Roller Treatment? Supaya kulit luka (halus-halus sebab guna jarumkan?) dan mengelupas. mengakibatkan kulit lama tanggal dan menghasilkan kolagen untuk kulit baru tumbuh dengan lebih elok.

Lagi pula musim PKP/PKPB ni, kadang boleh gi spa, kadang tak boleh. So kakak nak muka kakak sentiasa under treatment supaya cepat sikit dark spot dan parut laser hilang.

NOTA : Bagi kakak sendiri, kulit tidaklah mengelupas teruk sangat. So, okey je.  Beberapa hari selepas rawatan ni tak boleh guna apa-apa produk muka yang yang berasaskan AHA ye. Dan avoid makeup tebal. Maklumla kulit tengah luka. Skin care boleh pakai tapi kakak makeup juga la pakai eyeshadow dengan lipstick.

Kakak juga beli Cosrx Low PH Good Night Soft Peeling Gel untuk kakak guna. Peeling gel Cosrx ni tak kuat pun jadi takde la muka kakak pedih or sakit masa buat peeling. Harap kulit mati tertanggal la ye. Looking forward untuk next treatment.











No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites