Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

My 2nd Messnite


Selepas 1st Messnite aritu, memang tak de dah kakak join messnite lain. Lagi pulak lepas tu kita di landa pendemik Covid-19, 1001 SOP dan sebagainya. Dan, setelah SOP kehidupan fasa endemik makin longgar, akhirnya En.Suami memaklumkan kena hadir messnite. Excited! Bila, di mana, sempena apa, adalah perlu di rahsiakan maklumatnya ye. Jadi detailing majlis tak dapatlah kakak nak suratkan di sini. Kakak cerita tentang persiapan kakak dan makan je.

NOTA
Sama macam event lain, perlu buat pemeriksaan suhu, pakai mask, kedudukan di jarakkan.

dengan suami sendiri tak de la jarak

Kakak tak de beli baju baru pun. Pakai baju dua tahun dulu, mujur muat. Tudung pakai shawl masa nikah agaknya. Clutch pun yang dah tak ingat zaman, mujur tak reput je duduk dalam gobok. Kasut pun pakai yang sama je dengan messnite dulu. Makeup macam biasa, sendirian berhad je.


Rules berpakaian dan etika lain, kakak follow pengalaman yang lepas sahaja. Btw, kami kena pakai mask putih ye. Ni kakak cabut la mask untuk bergambo. Alhamdulillah dapat share pengalaman lepas dengan kawan baru.


Walaupun acara ni adalah acara makan je, tapi tetap ada kelainan dalam presentationnya. Kali ni, En Suami duduk di sebelah kiri kakak. Again kakak pilih menu ikan, dan again, En.Suami pilih ayam. Dan, pilihan lagu-lagu kali ini yang dimainkan oleh pancaragam untuk mengiringi makan malam banyak yang sedap-sedap oiiiii. Ceria hidup kakak.

Jom tengok, macam mana rupa menu kali ni yang di hidangkan untuk kakak. Yess, dinner macam ni sudah semestinya tak kenyang termasuklah En Suami. Balik bilik kelaparan pulak. Mujur ada stok makanan. 

Mix seafood served with fresh lettuce. Mango vinaigrette seafood dipping. Thai sweet sour sauce
Mushroom soup
Salmon served with fresh daily vegetable. Potato and lemon butter sauce (masa ni belum curah sos lagi)
Red velvet cheese cake with fresh fruits cut. Vanilla sauce (masa ni pun belum dapat sosnya lagi)

Teh/kopi serta cookies kakak tak kuasa nak snap gambar lagi dah. Messnite kali ni habis lebih lewat berbanding kali pertama dulu. Dan, sebagai cenderamata, kakak dapat clutch holder. Kakak suka! Barang berguna. Sebab, clutch yang kakak bawak patah masa nak sangkut kat meja. Sabo je la.


NOTA
Kepada yang baru kali pertama sertai Messnite. Jangan takut ye. Ikut je rules yang dah ditetapkan. Kita buat kawan baru. Kita belajar benda baru. Kita sebenarnya bagi sokongan pada pasangan bila kita attend messnite atau apa-apa aktiviti yang diminta hadir


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites