Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Saksi Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan




Uols, ni musim-musim dapat masuk uni dapat pinjaman pendidikan apa semua mesti kena sign contract kan? Meh kakak nak ajar sikit korang-korang tu ye. Hakak ni bukan apa, mak ayah kita tu bukan semuanya berpendidikan tinggi, itu la pasal dia hantar kita sekolah tinggi-tinggi. Tapi kalau kita pun perangai macam orang tak belajar, benda basic untuk kemudahan kita sepanjang tempoh belajar langsung tak ambil tahu, baik la korang tak payah belajar. Ni ha kakak bagi tips untuk korang urus dokumen perjanjian pinjaman pendidikan korang.


1)    Isi Maklumat Dalam Perjanjian

Sila isi maklumat dalam perjanjian seperti nama, ic dan sebagainya. Tulis elok-elok. Kalau tulisan tu macam cakar ayam minta orang lain yang molek sikit tulisan tuliskan.

AMARAN :  KOSONGKAN BAHAGIAN TANDATANGAN. Tidak perlu tandatangan dokumen samada tandatangan kamu sendiri mahupun ibu bapa ketika isi maklumat. Proses tandatangan perlu di buat dihadapan saksi. 


2)   Cari Saksi

Korang atau pun ibu bapa kena cari pihak yang boleh menjadi saksi kepada perjanjian pendidikan korang tu. Biasanya ada dah disenaraikan pegawai-pegawai kerajaan gred tertentu, ADO,D.O, Majistret atau Hakim serta peguam boleh menjadi saksi kepada perjanjian tersebut. Maka boleh la buat temujanji atau terus hadir ke pejabat yang berkenaan.

NOTA
1) Peguam mungkin akan kenakan bayaran untuk penyaksian tersebut
2) Kad pengenalan jangan tinggal


3)    Hadir Bersama Ibu Bapa/Penjaga Ketika Proses Tandatangan

Ewah-ewah, sudah la bapak korang yang carikan saksi, lepas tu korang bersenang lenang duduk dekat rumah biar la mak bapak yang urus. Tidak ye, korang kena pergi sekali. Nama korang ada pada penjanjian korang kena la pergi urus bersama.

INGAT : Proses TANDATANGAN dibuat di hadapan saksi sahaja. Memandangkan penjanjian tersebut antara korang dan pihak pemberi pinjaman maka wajib la korang terlibat dalam semua urusannya terutama part tandatangan di hadapan saksi selain penjamin iaitu mak ayah/penjaga.


4)    Mati Setem

Ini adalah LANGKAH TERAKHIR sekali lepas semua selesai sebelum mengembalikan dokumen ke pusat pengajian korang. Bukannya langkah pertama. Korang boleh beli setem hasil di Pejabat Pos atau terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Asasnya tujuan dan fungsi mematikan setem ni menunjukkan dokumen korang telah pun lengkap, tiada pindaan mahupun pembetulan lagi, menjadikan perjanjian korang sah dan terpakai mengikut tempoh yang telah dipersetujui. 

NOTA
Korang boleh je beli setem awal-awal dan tampal tapi TAK BOLEH matikan setem sebelum semua langkah selesai.


Ramai student uni yang buat silap dan ambil mudah dalam urusan pinjaman pendidikan ini. Ada yang biar ibu bapa urus sendiri kamu tak ambil tahu langsung. Ada yang tak datang langsung untuk penyaksian tandatangan.  Ada yang siap-siap tandatangan di rumah. Ada yang dah mati setem baru pergi cari saksi. Ada yang tulisan buruk nak mati. Macam-macam. Kakak memang reject  kalau korang datang tak ikut rules kat atas ye, maaf la. Kakak memang strict sikit. Ye la, nama kakak kot tenyeh dekat situ. Dah kakak dah bagi tips ni. Jangan buat silap lagi.

BTW, korang baca ke tidak semua terma dan syarat perjanjian korang tu? Berapa tahun tempoh pinjaman tahu ke tak? Bila mula bayar? Berapa bayaran sebulan? Ke korang duk terbayang Iphone latest edition je dah?



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites