Mr.& Mrs. Ragaman |
Alhamdulillah. Selamat jua kakak dan En. Suami melepasi tahun pertama perkahwinan. 17.11.2018 Nikah dan 18.11.2018 Resepsi. Terima kasih atas doa-doa semua orang terutamanya family kami berdua. Terima kasih juga la yang wish kami berdua. Kami pergi dinner je di Tree Steak House.
Kakak doakan semua yang masih single akan bertemu jodoh masing-masing. Ingat, semua orang telah ditetapkan jodohnya, cuma jodoh tu masih sesat sama macam korang atau dia sedang berkahwin dengan orang lain atau pun telah meninggal dunia.
BTW, sempena anniversary kakak yang pertama kalinya ni, kakak nak tinggalkan tips iaitu antara usaha-usaha kakak menjemput jodoh kakak.
1) Tahajud
Kakak bangun tahajud 73 malam sebelum berkenalan dengan suami
2) Sedekah
Kakak dapat tips ni dari seorang blogger dari Indonesia. Sedekah ni bukan yang biasa korang buat harian tu, tapi kita buat khas untuk menjemput jodoh.
3) Puasa
On birthday dan sekerap boleh on hari Isnin dan Khamis sebab doa orang berpuasa mustajab kan?
Alhamdulillah pilihan Allah adalah terbaik untuk kakak. Doakan jodoh kami kekal sampai syurga tau.
No comments:
Post a Comment