Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

PD Famous Cendol Coconut Shake


Ini adalah kali kedua kakak dapat makan di sini. Siapa yang datang Port Dickson mesti tau dekat mana kedai ni betul tak? Memang famous. Buka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam. Sebab apa famous? Tengok nama kedai la. Lagi pulak konsep food court di sini buat pelanggan punyai pelbagai pilihan untuk menjamu selera.

PD Famous Cendol Coconut Shake
Jalan Pantai
Kampung Teluk Kemang
71050 Port Dickson



Kali ni untuk minum kakak pilih Mango Smoothie. En.Suami pun pilih yang sama je. Yang ni kakak highly recommend ye. Memang sedap. Dalamnya ada buah mangga dan ada aiskrim mangga. Memang puas hati. Harganya cuma RM5 (kecil) dan RM7 (besar).

NOTA
Must try Coffee Vietnam Blended. Harga sama je dengan Mango smoothie. Sedap juga.



Kakak juga tak lepas peluang order sotong bakar. Harganya RM15 (kecil) dan RM18 (besar). Order yang size kecil sudehhhh. Sotong ni makan cicah dengan sambal kicap dan juga air asam. Disertakan juga dengan sedikit daun salad. Kakak suka dengan perapan sotong ni. Pedas-pedas manis gittew. Kena dengan selera la.


En.Suami pilih set nasi kambing sebagai menu utama. Harganya RM15. Puas hati la dengan kelembutan daging kambingnya. Konsep set ni ala-ala nasi ayam.


Meols pula pilih set nasi dengan pari asam pedas, sebab dalam memori masa datang dulu asam pedasnya sedap! Harga untuk set ni RM10 je. Sayangnya sudah tidak sesedap dulu. Tukar penjual or tukang masak lain agaknya. Kuah asam pedas terlalu pekat rasa rempah nak hirup pun terasa pahit di tekak. Makan dengan nasi pun tak boleh habis nasi semua. Telur masin pun dah tak de.


Untuk yang datang ke PD boleh la ke sini mencuba pelbagai menu yang ada. Selain yang kakak order di atas, ada juga soto, jenis-jenis mee dan pelbagai jenis cendol serta aneka kuih muih.





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites