Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

10 Tips Menghadiri Temuduga Pegawai Kerajaan




Kalau sebelum ni kakak cerita pengalaman jadi penemuduga. Kali ni kakak pula yang pergi temuduga. Kakak ada pengalaman menghadiri temuduga pegawai kerajaan. Yang kita apply melalui SPA. Jawatan yang kakak pilih Gred N41 kalau tak silap. Iaitu pegawai tadbir. Yang kakak tak tahu rupanya pegawai tadbir N41 tu nama jawatan umum sahaja. Kakak telah dipanggil untuk interview bertulis di Badan Pencegah Rasuah. Lulus. Dan dipanggil pula untuk oral interview. Juga lulus dan ditawarkan jawatan Pegawai Penyiasat BPR. Malangnya kakak terpaksa tolak atas sebab-sebab peribadi dan kakak telah di black list selama setahun dari membuat apa-apa permohonan jawatan dalam kerajaan.

Mana yang dapat jemputan untuk oral interview di sektor kerajaan, ini tips yang kakak boleh bagi based on pengalaman kakak sendiri. Ini pun dah lama dulu.

1) Study. Tolong study tentang jabatan yang panggil korang interview tu. Google. Cari laman web rasmi. Kalau zaman kakak berbelas tahun lampau pun boleh buat internet search, ini kan pulak zaman sekarang. Tolong study tentang motto jabatan, misi, visi, pengarah, apa sahaja yang berkaitan.

2) Sama seperti di sektor swasta study juga skop kerja jawatan yang ditawarkan. Google, kalau tak de boleh call/hadir jabatan terdekat untuk tanya tentang skop tugasan.

3) Tolong study dan practise cara duduk di kerusi, cara letak kaki, cara letak beg. Korang akan di nilai dari langkah pertama masuk ke bilik temuduga. Keseluruhan bilik dan kedudukan perabot dalam bilik temuduga adalah trick dan ujian untuk mereka nilai attitude korang.

4) Sediakan sekurang-kurangnya 3 set resume beserta salinan sijil-sijil. Tak tahu berapa panel penemuduga yang akan soal korang. Sijil original jangan lupa bawak. 

5) Penampilan kena jaga dan ikut cara kerajaan. Tak payah nak feeling hipster sangat. Ini sesi temuduga.

(a) Lelaki. Pastikan rambut pendek bertrim dan disisir kemas. Pakai kemeja lengan panjang terutamanya yang hadir untuk jawatan pegawai. Kemeja warna cerah. Seluar slack warna gelap. Semuanya bergosok kemas. Kasut bertutup penuh warna gelap dan wajib berstoking! Bawa blazer (if any, untuk jawatan pegawai).
(b) Perempuan. Baju traditional rasmi ialah baju kurung dan kebaya labuh sahaja ye. Tak payah pakai dress , jubah, kebaya pendek segala. Boleh pakai suit, kemeja warna cerah dengan skirt labuh/pendek paras lutut warna gelap beserta blazer kalau ada. Jangan sesekali pakai pakaian seksi atau jarang. Pakai tudung dengan kemas. Tak payah lilit beria. Asal kemas. Yang freehair rapikan rambut, kalau rambut panjang, ikat. Pastikan berbedak dan calit sedikit lipstick to look more presentable. Sila pakai HANDBAG, bukan tote bag, bukan shopping bag, bukan study bag. Pakai kasut bertutup penuh (court shoe) dan bertumit dalam 1-2 inci. Kalau takde kasut tutup penuh pakai heel yang bertumit around 1-2 inci juga. 

6) Datang awal. Sekurang-kurangnya setengah jam. Boleh korang bertenang, check dokumen, pergi toilet ke apa ke dulu.

7) English language. Yang ni nak tak nak korang kena prepare. Tak berapa reti bahasa inggeris? Buat skrip. Berlatih. Sekurang-kurangnya memperkenalkan diri in English. Cerita sedikit tentang latar belakang keluarga dan pendidikan DAN pengalaman bekerja sebelum ini walaupun attachment/practical/latihan industri sahaja atau apa-apa projek yang korang handle masa di universiti. Tak payah gedik nak cerita pasal hobby selfie korang.

8)  Hafal satu lagu. Tak kisah lagu BM/BI/K-pop/Arabic/Nasyid apa sahaja lagu yang korang suka. Ini antara soalan trick favorite iaitu suruh korang menyanyi. Jangan risau suara ke laut. Ini bukan saringan nak masuk Akademi Fantasia. Ini trick untuk tengok korang boleh ikut arahan, bekerjasama, boleh ke depan, sporting. 

9) Tolong jangan jawab ENTAH/TAK TAHU untuk apa sahaja soalan problematic. Jawab juga ikut kefahaman korang. Untuk soalan fakta, jika tak tahu jawapan, minta maaf dengan panel. Bagitahu terus terang yang korang memang tak tahu. Selepas itu kalau panel insist juga untuk korang jawab, sila jawab juga. Mungkin mereka nak tahu apa idea korang dan mungkin mereka berminat dengan korang. Sekiranya korang dah bekerja dalam sektor swasta untuk jawatan yang sikit lebih kurang dengan jawatan yang korang hadir interview, sila bersedia untuk disoal dengan lebih detail dan lebih tricky.

(a) Contoh soalan problematic : Jika kamu dapat jawatan ini, apa tindakan yang akan kamu ambil pada minggu pertama bertugas?
(b) Contoh soalan fakta : Pernah dengar tentang Wawasan 2020? Apa itu Wawasan 2020? 

10) Bersedia untuk soalan kalau di hantar ke Sabah, Sarawak atau bukan negeri tempat asal. Sebelum datang interview tanya diri sendiri sanggup ke tak? Kalau tak sanggup jangan datang, menyusahkan orang dan menghalang peluang orang lain yang sanggup.

.
.
.

Sementara korang tunggu nak dapat kerja yang sesuai dengan lulusan korang grab aje apa-apa pekerjaan yang boleh. Kakak memang galakkan kalau korang kerja fast food front liner (counter) as latihan. Sebab apa, banyak skill korang boleh belajar terutamanya komunikasi. Yang ni ramai graduan kita fail. Ingat, di pejabat korang kena tau how to work with your superior, colleague and client.

Yang masih study, korang jangan nak spend time kat kolej or uni dengan 24-7 belajar semata-mata or dating. Join apa-apa aktiviti yang membolehkan korang jadi AJK. Dinner faculty ke, Minggu konvo ke, English Week ke. Tak kisah la janji jadi AJK. Ini adalah latihan macam mana korang nak handle project, task, and dealing with other units. 

Good luck uols. 


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites