Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

I ❤️ SP (Part 2)


Bila ni balik Sungai Petani selain menjenguk mertua, kakak mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Environment, cuaca, lenggok bahasa dan makanan yang berbeza buat kakak gembira walaupun akhirnya kakak akan kepam berpeluh kepanasan. Ni balik SP lama sangat dulu sebelum PKP ye. Tak tau bila rezeki nak balik lagi.

Tanjung Dawai

Selalu nama Tanjung Dawai ni kakak dengar dalam lagu Cinta Pantai Merdeka. La ni jejak kaki sendiri. Aktiviti yang kakak suka kat sini ialah shopping di Arked Tanjung Dawai. Mak-mak sangat aktiviti. Kakak akan cari ikan bilis dan ikan masin bawak balik untuk mak kakak. Mak pun kata nak beli buah tangan tak payah beria, ikan bilis pun okey dah. Ikan masin kat sini sedap, bila goreng tak berbau satu rumah.

Mee Udang Rumpun Bambu

Mee udang yang viral satu ketika dulu. Yang tak bestnya 1st time kakak datang masa tengah public holiday. Manusia jangan cakap la meremut. Dapat tempat duduk tu pun mujur. Makanya waiting time tahap 40 minit yach! Tapi-tapi-tapi, mee udangnya memang sedap cukup rasa kaw ye. Memang wajar la viral pun.

Kali kedua kakak datang ke sini masa bawa mak and adik-adik masa pergi konvo adik bongsu di Perlis. Yang kali kedua memang best sebab bukan prime time, makanya within 10 minit agaknya, semua dah dapat. Mee sampai lagi awal dari air. Mak dan adik-adik pun kata mee kat sini sedap.

Kompleks Perlancongan Jeti Semeling, Merbok

Di sini selain ada restoren tempat menjamu selera, korang juga boleh naik bot Sungai Merbok River Cruise untuk  menyusuri Sungai Merbok. Tiket berharga antara RM10-RM35 ikut kategori. Hanya ada dua sesi iaitu pagi dan tengahari.

Korang juga boleh ke Galeri Bakau untuk menambah ilmu tentang pokok bakau dan berjalan di laluan pejalan kaki merentasi pokok-pokok pakau dingga ke hujungnya di pinggir sungai. Pemandangan lewat petang memang cantik di sini. Ramai juga pengantin yang datang ke sini untuk sesi photoshoot.



Gunung Jerai

Kakak nak berposing beria pun tak dapat uols. meremut manusia time public holiday cum cuti sekolah pulak tu. Maybe terlampau ramai orang kakak tak dapat merasakan apa-apa angin atau udara sejuk?

Kat atas ni ada resort ye untuk siapa yang nak stay. Memang cantik di lereng bukit saujana mata memandang nun bendang dan laut. Selain korang boleh tengok pemandangan cantik, kat sini ada air terjun. Korang boleh hiking, piknik dan bermacam-macam aktiviti lagi boleh buat kat sini.




NOTA
1) Avoid cuti sekolah
2) Banyak gerai jual jagung di tepi jalan berdekatan dengan area Gunung Jerai

Jambatan Pulau Bunting

Jambatan di sini menuju ke Pulau Bunting tapi tidak dibuka untuk laluan ke pulau ye, tapi penduduk setempat buka dan dia orang berniaga macam-macam di sini. Selain menikmati pemandangan yang cantik di sini menjadi pilihan orang memancing.

Sawah Padi

Masa ni kakak balik SP selepas musim menuai. Tapi still pemandangan sawah bendang tetap cantik di mata kakak. Kuning keemasan. Macam musim luruh. Tak tau berapa banyak pasangan pengantin yang kami jumpa berposing dalam lalang or dekat bendang sepanjang dalam perjalanan.

Tikam Batu

Masa ni replika traktor ni baru lagi diletakkan kat sini. Terus la pergi dengan mertua jugak wahahaha. Macam biasa tempat ni dekat tepi bendang jugak. Memang lawa la pemandangan. Kot orang Kedah rasa biasa ja kot. Tak tau la. Nak cerita detail area mana pun kami tak tau sangat. Nanti la makin lama, makin kami terror pasal SP kami cerita macam-macam lagi naa.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites