Hari tu kakak ikut En. Suami ada urusan di Taiping dapatla kakak jalan-jalan sambil merapatkan ukhwah dengan sepupu kakak yang tinggal di sini.
Kediaman Pegawai Daerah
Banyak-banyak tempat, rumah DO yang hakak pergi melawat. Kebetulan DO Taiping ni sepupu kakak. Maka, memang tak munasabah la tak bagi salam datang tempat orang. Bimbang juga dia busy maklum la datang hari kerja. Alhamdulillah dapat jumpa. Mengeratkan lagi silaturrahim. Lagi pulak ni kali pertama dia jumpa dengan En. Suami.
Galeri Penjara Taiping
Dengan lagu Tiara dari Kumpulan Kris terngiang-ngiang kat telinga, kakak ajak En.Suami melawat Galeri Penjara Taiping. Sayangnya, galeri agak kusam dan kakitangan pun tengah merias semula galeri ni.
Fyi, Penjara Taiping adalah penjara moden pertama dan tertua di Malaysia tau. Di tubuhkan pada tahun 1879 lagi. Penjara ni pun pada era tu, merupakan kompleks penjara terbesar di Tanah Malaya.
Muzium Perak
Lalu depan bangunan muzium ni hakak memang terpikat! Cantik, oustanding, bersejarah! Terletak di Jalan Taming Sari (jalan utama), satu jalan dengan penjara. Muzium ni merupakan muzium yang tertua di Malaysia (since 1883) dan berkisar tentang sejarah negeri Perak. Bangunan ni memang dibina dengan tujuan untuk dijadikan muzium sejak awal lagi.
Muzium ini dibuka setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang (kecuali pada hari Isnin pertama setiap bulan) dan ditutup pada dua hari pertama Raya Aidil Fitri dan hari pertama Raya Aidil Adha.
Tiket pula hanya berharga RM2.00 untuk dewasa. Boleh dibeli di kaunter tiket. Kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan kanak-kanak beruniform sekolah. Sesuai bawa anak-anak.
Muzium Perak kaya dengan koleksi etnologi, sejarah, arkeologi dan etamobologi. Kebanyakan koleksi dan artifak ini dipamerkan di empat galeri utama muzium yang terletak di bangunan berusia hampir 120 tahun ini.
Galeri favourite kakak haruslah galeri budaya. As usual. Tentang pakaian traditional, tentang aksesori, tentang tarian.
NOTA : Ada 33 perkara pertama di Malaysia wujud di Taiping. Antaranya Taman Tasik, Telegraph Office, Keretapi dan lain-lain
Nafis Restoren
Dah puas memusing kami singgah je Nafis Kitchen yang tak jauh dari Pejabat Daerah. Seberang jalan je.
Nafis Kitchen
Jalan Kota
34000 Taiping
Perak DR
No Tel : 05-804 1214
Restoren ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8 pagi hingga 11 malam. Kami order nasi goreng special nafis. Rasa ok-ok je la. Dah lapar bercampur dengan penat. Telan habis je la jawabnya.
Pejabat Tanah Larut Matang Selama
Ko mampu pergi jalan-jalan ke Pejabat Tanah? Haruuuu. Actually since bangunannya berdekatan dengan tempat makan kami pergi je la. Saja je bergambar-gambar. Lagi pun macam dah jadi habit, kalau pergi mana-mana dalam Malaysia ni termasuk bila ke Sabah & Sarawak (walaupun lesen kerja kakak tak valid kat sana), kakak sentiasa akan usha local mahkamah dan pejabat tanah.
Taman Tasik Taiping
Kakak nak gi dekat pokok-pokok yang melempai dalam tasik tu. Yang dekat Rain Tree Walk tu le. Kat situ la cantik tapi En.Suami bawak ke area sini la pulak. Sabo je. Sini biasa-biasa aje la viewnya.
Antong Coffee Mills
Penggemar kopi wajib datang sini. Ni kopi style zaman-zaman dulu since kilang kopi ni pun wujud dari tahun 1933. Sekarang Antong Coffee juga mengeluarkan pelbagai kopi 3 in 1 ikut kesesuaian citarasa penggemarnya.
Antong Coffee Mill
8A, Jalan Syed Burhan, Assam Kumbang,
34000 Taiping, Perak DR, Malaysia.
Tel: +605 807 5189 / +605 807 3526
Tel: +605 807 5189 / +605 807 3526
Paling unik setiap hari mereka akan bancuh kopi khas yang perisanya tidak djual dalam paket tapi haya ada untuk hari itu sahaja. Semua kopi diletakkan di chiller ready to drink kaedahnya.
See you soon Tepeng!
No comments:
Post a Comment