Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Bubur Nasi Pok Din


Asalnya kakak nak breakfast di Cafe Kampung Kaw. Sekali sampai ramainya manusia macam hape je uols! En.Suami terus pangkah la. Pergi ke port breakfast pilihan kedua iaitu Kedai Roti Canai Sedap. Dekat situ je nasib baik. Tapi tutup la pulak. Aduhai. Last-last teringat masa minum Air Jando Pulang tu ada nampak selang satu lot kedai jual breakfast. Terus aje la ajak En.Suami tuju ke situ.  

Bubur Nasi Pok Din
The View Ala Carte Corner
Lot 2588 Batu 6 Pekan Teluk Kemang
71000 Port Dickson, 
Negeri Sembilan, Malaysia

By the way port ni di namakan The View Ala Carte Corner, kerana beroperasi dalam kawasan The View Steamboat & BBQ.  Makanya bab parking memang selesa sangat uols. Konsep di sini ala-ala food court ada beberapa station jual makanan. Beroperasi dari 9 pagi hingga  5 petang.

Kakak dah tak nampak menu lain memang aim nak makan bubur dah bila tengok banner. En.Suami asalnya bagitau nak teman makan je sebab dah makan sandwich masa duty awal pagi tu, tapi lepas nampak banner order jugak semangkuk. Kami berdua order  bubur special (RM5) dan kakak order air teh tarik halia.

Bila bubur sampai kakak sangat happy sebab iklan langsung tak menipu ye. Macam mana gambar pada banner macam tu la rupa bubur yang kami terima. Loveeeeee. Bahan yang diletakkan atas bubur ialah ikan bilis, telur masin, kacang tanah, ayam, bawang goreng dan daun sup. Disertakan juga dengan sambal kicap. Lazat!


Kakak takut nak curah sambal kicap terus masuk dalam bubur. Masuk sikit-sikit bimbang pijar sangat. Puas makan. En.Suami konon takut tak habis makan kakak tengok kosong je mangkuk dia. Eleh.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites