Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Skin Growth Factor

sehari sebelum buat SGF

Setelah sekian lama ditangguhkan hingga masuk ke tahun lain, kakak kembali on track misi wajah flawless. Parut Pico Laser & Eletrox makin pudar. Kulit kakak pun tidak sekusam dulu.


Bagi penjagaan harian, kakak masih setia dengan product jenama Cosrx dari siri snail mucin bersama tambahan product lain. Rutin skincare kakak untuk sebelah pagi buat masa ini ialah:

1) Cuci muka with Advanced Snail Mucin Gel Cleanser 
2)AHA/BHA Clarifying Treatment Toner
3)Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
4)Advanced Snail Radiance Dual Essence
5)Advanced Snail Peptide Eye Cream
6)Advanced Snail 92 All in one Cream
7) Sun Screen

Malam pula:

1) After cuci makeup, cuci muka with Advanced Snail Mucin Gel Cleanser 
2)Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
3)The Inkey List Retinol Eye Cream
4)Advanced Snail 92 All in one Cream
5) COSMODERM Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion 

Dua kali seminggu - Low pH Goodnight Soft Peeling Gel

Sekali seminggu - AHA 7 Whitehead Power Liquid

Bila rajin - Advanced Snail Hydrogel Eye Patch


Akhirnya kakak berjaya set appointment untuk buat SGF (Skin Growth Factor) dengan MBH MediSpa. Macam biasa mula-mula makeup akan dibersihkan, kemudian disapu dengan krim kebas. Selepas lebih kurang 40 minute pakai krim kebas barulah roller 12 jarum digolekkan ke muka kakak.

dalam hidung tu bukan ta*k hidung or hingus ye, tu lebihan numb cream termasuk dalam hidung. abaikan okey

Selepas tu muka kakak diletakkan sheet mask, dan kemudiannya LED treatment sebelum akhirnya muka kakak disapu cooling gel dan sun screen. Masa juruterapi sapu cooling gel dengan sun screen masa ni dah start pedih. Rasa macam dia sapu muka kakak lepas dia giling cili yahhh pijar kemain! Rasa nak menjerit je.
 
Hari Pertama: kembang bengkak mukak kakak

Bengkak weh muka. Macam orang alergic jadinya. Lagi bengkak dari prosedur sebelum ni. Downtime SGF ni ialah seminggu. Tiga hari pertama kulit muka akan menegang dan mengelupas dalam empat hari yang terakhir. Pantang larangnya sama je macam lepas laser sebelum ni. Lets tengok perubahan dalam tempoh 7 hari.

Hari Kedua

Hari kedua part yang kena roller makin kering dan jadi lebih gelap. Kesan roll nampak obvious. Ayah kakak asik tanya apa jadi dengan muka kakak? By malam tu bengkak susut sikit dan kakak start nampak part dagu ada dah kulit yang dah start mengelupas area tepi hidung.

Hari Ketiga

Hari ketiga. Paling ketara bengkak kat muka makin susut. Kesan roller makin kering dan start ada part yang mengelupas di dahi dan dagu. Malam kemain susah kakak nak tido ye. Gatal dahi dengan muka since kulit main kering dan makin banyak part yang start mengelupas. Sabo je. Demi nak kulit lawo, tabah je.

Hari Keempat : macam orang kena penyakit kulit aje dah
Hari kelima
Hari keenam. Sikit je lagi dah belum mengelupas
Hari ke-7. Tanggal semua kulit yang mengelupas

Macam mana keadaan muka kakak selepas 7 hari? Dari segi memudarkan parut Pico Laser & kesan Electrocounter tak nampak ketara pun. Agak kecewa la. Maybe sebab parut tu memang makin pudar since kakak every week buat skin exfoliate. 

Tapi ianya memudarkan discoloration di area line tudung dekat area pipi kakak. Yang tu memang obvious. Kulit muka juga jadi halus mulus, lembut dan lembab. 

Ada seround lagi SGF treatment. Tak tahu nak buat lagi or tukar dengan treatment lain. 



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites