Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Bawah Bayu


Aritu kan hakak pergi Kota Kinabalu, Sabah sempena Mess Nite Encik Suami makanya sempatla jua kakak berjalan-jalan kat KK. Kiranya cam honeymoon la juga pun ye. Ni la first time berjalan-jalan holiday dengan En Husband.


BTW, lets kita bercerita pasal tempat tinggal okey. Kami stay di Robusta Suite. Book melalui Agoda kalau tak silap, dan masa tu satu malam harganya tak sampai RM200. Kami stay 3 malam. Suite ni dekat Aeropod Commercial Square, Jalan Kepayan.

area receptionist

Tengok dalam gambar cantik uols. Tapi memang nice sangat tau. Yang paling best sebab dekat dengan airport, boleh dengar flight naik turun. But as for me bunyi flight tu small matter la. Kat sini jugak ada 1001 premis yang akan memudahkan hidup kita. Ada bank, ada kedai yang buka 24-7, ada kedai runcit, kedai makan, cafe. Kira lengkap semua. Kalau penat sangat malas nak keluar ada pilihan tempat makan la.




Biliknya pun kemain luas. Untuk 2 orang luas la kan? Cantik dan selesa uols, siap ada 2 buaian dalam bilik. Iyeeeee ada dua buaian dalam bilik. Sempat jugakla hakak dengan husband naik buai. Tapi takde la beria. Kang tak pasal roboh. Malu weh.


Suite ni pun ada mini stove boleh la korang masak megi kalau perlu sangat or nak panaskan apa-apa makanan yang korang tapau dari luar. Tapi kalau dah pergi berjalan tu sure dah makan siap-siap, balik bilik nak berguling aje dah.


Actually on 1st day sampai KK memang takde nak explore apa. Flight delay, check in lambat terus bersiap nak pergi Mess Nite. Balik Mess Nite gi keluar minum sekejap dengan husband dan kawan-kawannya, balik bilik terus pengsan. Penat ko, kalut-kalut bergegas macam nak berlumba je. Esoknya pun kami keluar lambat. Hala tuju kami ke Tuaran, Nak makan lokan bakar.


Sementara tunggu lokan siap di bakar, saya order jelly kelapa. Jelly yang dalam kelapa ye, bukan dalam bekas, Nyum nyum, sedap sangat. Sebab lapar memang makan sampai habis la sebiji kelapa.



Harga lokan berbeza ikut saiz lokan dan saiz longgokan. Average dalam RM7 ke RM12 je. Lama juga nak tunggu lokan siap dibakar. Kiranya tempoh makan tak berpadanan dengan tempoh menunggu.


Tapi, sementara menunggu korang boleh la beli keropok ubi sedap ni. Saiznya besar tapi once korang start makan tak boleh stop ye. Addictive. Yang kami ambik ni tak tau le perisa apa. Kuning warnanya, jagung ke? Entah. Tapi bukan perisa original la. Yang corak merah tu bukan sos. Sira gula. Eh, sedapnya kalau dapat makan ni sambil tengok tv


Dari Tuaran kami ke Teluk Likas. Buat apa? Takde pape, saje jalan-jalan ambik angin sambil lepak makan keropok ubi kayu tadi. BTW kat sini ada replika kepala ikan jaws dari botol plastik. Lawakan? 


Kami kat Teluk Likas ni tak lama sebab angin punya la kuat macam nak hujan. Memang pun, gerak je dari taman tu hujan pun turun. Sudahnya balik bilik rehat segala before keluar semula nak cari dinner kat Imago Mall. BTW punya la luas KK ni boleh pulak terjumpa geng menari zaman UKM, berbelas tahun dulu kot. Awet muda tak kitaorang? 

orang KK mesti kenal Chacha. Paling famous ni

Husband ajak makan di Upper Star Cafe & Bar. Katanya restoren ni banyak cawangan dan popular kat sini. Malam minggu uols memang ramai la manusia, kena menunggu sekejap la nak mendapatkan tempat duduk.

Settle makan kami terus ke Signal Hill before balik bilik. Kat sini boleh tengok pemandangan bandar KK waktu malam. Ada cafe juga kat sini, sape nak makan minum sambil tengok pemandangan pun boleh. 



Keesokkannya kami ke Kundasang. Ini kali ketiga iols sampai ke Kundasang. Husband banyak kali datang sebab urusan kerja tapi tak de nak berjalan sebelum ni, stop makan dan rehat je katanya. Tempat pertama kami jejak haruslah Desa Dairy Fram. Wajib la ko. Baru rasa macam pergi New Zealand. Harga tiket masuk RM5 untuk dewasa kalau tak silap  ingatan la, buka dari 8 pagi sampai 5 petang.


Tiap kali datang makin bertambah fasiliti dan makin bermacam-macam hiasan yang mencantikkan lagi tempat ni. Nak kata awal sangat kami sampai pun tidakla. Maybe bukan cuti sekolah so jumlah manusia memang boleh toleransi lagi. Cuaca pun cantik yang teramat sangat.


Kalau dah sampai sini rugi la kalau tak makan aiskrim atau beli susu kat sini. Sedap wey. Ada susu kotak, yogurt, aiskrim. Ada jugak jual hotdog, roti dan kek kalau korang nak.


Then, wajib singgah Kundasang War Memorial. RM3 tiket untuk dewasa. Iols suka sangat tempat ni. Cantik. BTW, jangan la sekadar singgah bergambar je, korang boleh baca kisah dan sejarah yang menyebabkan memorial ni dibina dekat pondok yang ada kat situ.

Australian Garden
English Rose Garden
Contemplation Garden
senarai nama-nama mangsa

Dari memorial husband ajak bergambar dekat main road, latar belakang Gunung Kinabalu. Awan tebal sangat la pulak.


Sempat juga kami singgah di Kinabalu Park bergambar kat depan je. Hari nak hujan sangat masa kami kat sini.


On the way balik semula ke KK kami singgah di Rumah Terbalik Borneo. Kami beli tiket kombo dengan 3D Wonders Museum. RM31.80 sekepala.Tak banyak berubah kat rumah terbalik ni berbanding masa pergi dulu, cumanya bertambah booth tempat bergambar terbalik kat luar. Sempat juga la kakak beli tshirt kenangan untuk wajah-wajah kesayangan hamba, si buntat dengan si chakodi.



Museum 3D Borneo ni first time masuk sejak dibuka.


Sampai di KK pun dah petang sangat, kami terus ke Dataran Todak nak makan malam siap-siap. Wajib makan seafood kat sini ye. Kami pilih yang di tepi laut, cantik sikit pemandangan.



Of kos la kakak sempat menyoping kat Pasar Filipina uols. Wajibla. Beli buah tangan untuk family sendiri dan keluarga mertua. 


InsyaAllah ada rezeki boleh datang lagi. Tempat yang tak pernah jemu berkunjung. Maybe boleh berfamili day lagi di KK. Who knows?


By the way, dulu hakak dan famili pernah naik keretapi stim North Borneo Railway dari Kota Kinabalu ke Papar tau. Best sangat lagi-lagi pergi dengan family.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites