Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Green Day

Just like everybody else, kakak menambah hobi time PKP yakni bela indoor plant. Btw, dua pokok dah terkorban yahhhh. Dalam penghujung bulan Julai lepas kakak order pokok from shopee. Bila dapat punya la excited, sekali tgk ehhh.. pokok siapa ni? Contact seller, rupanya staff dia salah letak label, walhal before post siap bagi gambar segala. Seller bagitau boleh pulangkan semula pokok. Which kakak dan En. Suami fikir semula tak mau pulangkan. Kesian kat pokok tu. Lunyai lembik liuk. Makanya minta refund dengan seller pokok yang hakak order dan bayar harga pokok yg diterima. Lepas tu la baru nak google nama pokok. Mujurla jenis senang jaga.

kesiankan?

Lepas tu duk la scroll shopee mencari pot, jumpa jenis self watering pot. Wuhooo ini la yang paling sesuai untuk kakak memandangkan selalu outstation tak boleh nak siram selalu. Bila dah gantung cantik pulak tak sabar nak tunggu tiga beradik tu berjurai. Ni pun dah jadi port selfie before pergi kerja.

Kakak ada post kisah kakak ni dalam grup Indoor Plant Decor. Ramai yang kata kakak untung walau pun seller salah hantar tapi kakak dapat adik beradik Philodendron dan Watermelon Peperomia yang tengah hangat jadi pujaan. Plus daun-daunnya semua sihat gemuk. Kakak pun tak sangka helok kejadiannya sekarang.

Watermelon Peperomia. kakak tak tau pun pokok ni terhangat dipasaran, ramai yang cari
Philodendron Green
Philodendron Brasil & Philodendron Neon

FYI,self watering pot ni ialah 2 layer pot yang bahagian bawahnya tempat letak air, bahagian atas baru la tempat pokok. Dalam tempat pokok ni ada benang tebal. So, dia akan sedut air dari level bawah. Kiranya pokok akan minum sendiri la. Tak de la kakak susah hati bila outstation berhari-hari.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites