Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Porch Garden

 


PKP 3.0 datang pula. Since bidang pekerjaan kakak tidak termasuk dalam kategori essential kali ni, maka WFH aje la. Actually nothing much I can do at home, kerana kerja kakak banyak melibatkan operasi syarikat (rantaian pekerja syarikat). Tapi mana-mana kerja yang boleh dibuat secara online kakak selesaikan. 

Oleh yang demikian kakak menyambung operasi dekor rumah yang kakak buat masa PKP 1.0. Kali ni kakak decor porch kakak. 


Rak putih ni actually rak untuk toilet duduk. Tapi rumah sewa kakak tandas cangkung. Macam mana tu? Kakak guna untuk letak sabun serta ahli keluarganya dan bahagian bawah letak bakul kain kotor. Tapi lepas tu kakak menyampah sebab messy jadi kawasan tu maka kakak kosongkan dan rak ni pindah ke porch. 


Bangku putih ni bangku sekolah rendah. Cikgu sekolah bagi kakak since kerusi ni dah tak pakai sebab kena banjir haritu. Satu warna putih satu warna biru asalnya. Kakak spray dengan cat putih nak bagi sama kaler. 


Pokok-pokok semuanya hasil PKP 1.0 dulu. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa pasu yang mati tapi banyak juga la yang survive. Hijau juga la pemandangan porch kakak. 

Pasu-pasu kecil self watering pot kakak beli di Shopee aje. Senang, seminggu sekali kakak topup air dan mandikan pokok-pokok if needed. Baja kakak beli Baja Wangi dari Cikgu Kebun. 


Jadila buat tempat lepak sementara tunggu posmen or courierman. Lega juga ada tempat duduk ni, dapat juga mak kakak kalau datang rumah duduk sini sementara tunggu kakak buka pintu. 


Kalau rumah sendiri ni mau kakak tempah lantai kayu, ala-ala beranda gitu. Huhhhhh berangan itu free ye dak? 






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites