Alhamdulillah setelah berapa kali meroyan sebab tak tahu entah bila nak dapat vaksin, akhirnya rezeki kakak tiba jua. Ye, memang kakak meroyan nak vaksin sebab pekerjaan kakak finally masuk kategori essential dan almost everyday kakak jumpa orang/client. Daerah tempat kakak menetap telah bertukar dari zon kuning ke zon merah. Mau tak sesak napas nak vaksin. Worst case, vaksin di Pahang sangat-sangat perlahan. Dan kakak la orang terakhir (dewasa) yang still tak dapat vaksin dalam keluarga sedangkan kakak juga satu-satunya ahli keluarga yang merupakan essential service (selain husband) yang kena bertugas di pejabat. Suami kakak frontliner, awal-awal lagi dah dapat vaksin.
Kakak dapat vaksin under military program untuk anggota dan keluarga. Suami kakak terpaksa jemput kakak sebab tiada update dalam MySejahtera. Untuk kenangan kakak coret di sini since prosedur yang kakak lalui lain sikit berbanding prosedur biasa. Kakak vaksin sebelum Eid Adha
PPV tempat kakak ambil vaksin ialah di Dewan Desa Setia Wira Kem Kementah di bawah kelolaan Klinik Keluarga ATM DTHO. Pagi-pagi kakak terima panggilan untuk pengesahan hadir vaksin. Kakak dan penerima vaksin yang lain datang siap-siap dengan borang kami, kerana borang kami mempunyai pengesahan sebagai tentera/ahli keluarga tentera. Kami menunggu di bawah khemah yang disediakan dan diberi taklimat awal oleh petugas.
Kemudian, kami diarahkan untuk scan kehadiran dan beratur dalam dua barisan. Di sini kami akan disaring samada kami ni ahli keluarga yang berada di bawah perkhidmatan tentera darat/laut/udara dan akan ke kaunter mengikut perkhidmatan tersebut untuk tandatangan pengesahan kehadiran di bawah nama ahli keluarga kita yang tentera tu. Rupanya ada kakitangan/ahli keluarga MKN yang turut menerima vaksin di PPV ini. Makanya, ada 4 unit urusetia yang bertugas ikut perkhidmatan masing-masing.
Selesai pengesahan kehadiran, kami di arahkan ke kawasan menunggu untuk menerima suntikan. Terdapat 7 kaunter suntikan vaksin. 4 kaunter di luar dan 3 kaunter di dalam bilik. Kakak dapat kaunter dalam bilik. Proses suntikan berjalan lancar. Selepas disuntik, kakak terus rasa lenguh pada bahu hingga ke siku.
Selesai disuntik, kami menunggu pula di area kaunter MySejahtera, untuk update MySejahtera. Dan, akhir sekali ke zon rehat sebelum menyerahkan borang kepada petugas dan bergambar kenangan sebelum keluar. Tak de board posing tu uols. Tak pe la janji selamat di vaksin. Paling best vaksin kat sini orang tak ramai.
Btw, since penerima vaksin tak ramai. Di sini tak de sistem nombor. Kami akan duduk penuhkan seat. Bila seat depan ambik giliran, seat belakang akan pindah ke kerusi depan hingga la kita duduk di seat depan sekali maka sampailah giliran kita.
After effect vaccine selepas beberapa jam ialah kakak rasa lenguh sebelah kiri badan terutama di lengan hingga ke peha kiri, sesekali terasa di sebelah kanan badan. Badan jadi lesu, kakak tidur aje la beberapa jam. Bangun tidur kakak rasa lengan macam lepas kena tumbuk dan lewat tengah malam, lengan makin tak selesa kakak kena letak lengan atas bantal baru boleh tidur. Kalau tak rasa semacam dan susah nak tidur. Kakak juga rasa lemau, letih dan lesu sepanjang minggu. Selain tu beberapa kali juga alami sharp pain di dada sebelah kiri. Kesan sampingan lain takde. Syukur dan tunggu hari temujanji dose kedua pula.
No comments:
Post a Comment