Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Colmar Tropicale


Bukan mudah kakak dapat bercuti dengan Encik suami. Pertamanya sebab PJJ, keduanya bila En Suami cuti, kami akan spend cuti dengan balik kampung jumpa family, saudara mara. Itulah yang terbaik. Tapi kali ni En.Suami cuti sekejap je. Kakak pun fikir nak melangut kat rumah aje ke? En Suami happy la sebab dapat duduk rumah, kakak ni ha? So, buka Agoda semua tempat-tempat best full ye. Maklum la cuti sekolah, ada extra cuti satu hari sempena Merdeka lagi. Tapi bila try tengok di Bukit Tinggi hari Khamis ada bilik still available, yassss terus book. RM259 sajah bilik Deluxe King Room katanya (including breakfast for two). Macam mana rupa Deluxe King akak pun tak tau. 

Then and then kakak apply cuti call husband suruh pack barang, kakak balik rumah pack dan terus gerak. En Husband ajak ronda-ronda di Genting Premium Outlet. Lama tak jejak katanya. Dan terusla kami ke Bukit Tinggi pulak. Hanya ada 2 kereta yang sama naik ke atas dengan kami. Amannya perasaan. By the way, di kaunter tiket ada pemeriksaan suhu dan mask ye. Tiket RM14 setiap orang.



Naik ke receptionist, kami kena menunggu la pulak memandangkan kakak baru book makanya dalam sistem tak nampak booking kakak. Mujur la tempat yang nyaman, orang pun tak ramai. Tunggu aje la.
 

Settle urusan daftar semua boleh la kami check in bilik. Bilik kami letaknya di Blok Gazania, tingkat satu. Eeeee memang suka la bilik dia, memang ala-ala dekat luar negara gittew. Bilik pulak semua putih je termasuk almari dan meja.

NOTA
Selain percuma sarapan, percuma juga tiket masuk ke Japanese Village dan Animal Park. 


Best part bilik ni ada balkoni! Inila yang bezakan dengan regular deluxe room agaknya. Feeling memang macam kat France dah rasa. Apa lagi, posing la kita.


view dari bilik kami


Dah letak barang so, kami jalan-jalan la. Sambil kakak bergambar-gambar macam nak rak. Lama la dah uols tak posing-posing ni. Layan aje la Encik Suami.

at Wishing Well
at Viewing Tower
Alsace Ballroom

The Fountain
near Drawbridge
at Swan Pond

Malamnya, ingat nak ajak En Suami dinner di La Cigogne, tak beroperasi la pulak. Under renovation kot. Makanya pergi ke restoren bawah blok iaitu Le Poulet Roti. Kami turun pun dah lambat dalam 8.45 macam tu, menu dah nak habis kedai dah nak tutup tapau aje. Makan di balkoni bilik. Kami order set ayam percik dengan set roasted 1/4 chicken.

NOTA
1) Sila dinner awal, sebaiknya betul-betul lepas maghrib
2) Set ayam percik sedap!



Lepas makan sambung jalan-jalan dan bergambar-gambar lagi. Gigih le laki hakak mengikut kerenah bini dia ni.

at the Drawbridge, with Clock Tower as background
Cranes Fountain, hadiah dari Alsace, France
Love Locked
under the Clock Tower
night view

Keesokkan paginya, around pukul 8.30 pagi macam tu kakak sambung bergambar lagi, sebelum kami sarapan. Tak ramai orang yang ada di dataran, maybe belum bangun. Matahari pun masih malu-malu nak munculkan diri. 

Clock Tower inspired by The Dolder Tower, Riquewihr, France
close up Cranes Fountain, background is Le Chevalier

Sarapan kami di Le Blason yang terletak di Block Camelia. Menu pilihan adalah nasi lemak rendang, english breakfast, roti dan muffin, buah. Air pilihan coffee and tea, serta orange juice. Kami pilih english breakfast je. Senang.

Usai sarapan husband ajak check out terus alang-alang nak ke Japanese Village. Ramai dah manusia masa ni pun. Tabah aje la. SOP pemeriksaan suhu dan maklumat diri tetap dilaksana oleh kakitangan di sini. Staff juga minta kita bergambar terlebih dahulu, so siapa yang minat nak beli gambar boleh dapatkan dengan harga RM10 sekeping di booth di sini.

NOTA
1) Pastikan kereta elok di selenggara. Jalan mendaki bukit. Boleh berasap enjin.
2) Boleh juga naik coaster yang di sediakan di Colmare Tropicale 
3) Dari parking nak ke kawasan Japanese Village kena naik tangga, dan seterusnya jalan kaki mendaki juga

Rock Pool
Tea House

Korang boleh sewa kimono for RM20 ye nak bergambar-gambar kenangan di sini. Kakak tak sewa la since manusia meremut ramai. Ni kakak tepek gambar kakak pakai kimono di sini suatu masa dulu sajah.



NOTA
1) Ada 7-eleven dan Starbuck dalam kawasan Colmar Tropicale yang beroperasi ikut waktu yang ditetapkan. 
2) Kalau tak nak over crowded datang hari kerja
3) Bangun awal pagi kalau nak bergambar tanpa manusia lalu lalang di belakang.
4) Bayaran tiket masuk yang mula-mula tu akan refund pada kita semula untuk sesiapa yang menginap di Colmar Tropicale masa check out. Terhad pada 2 tiket je kalau tak silap. 

Berakhir la sudah short getaway kakak yang nak feeling ala-ala ke oversea walauponnnnnn. Ni first time tau kakak overnight di sini. Biasa balik hari je.







No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites