Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Swiss-Garden Hotel & Residences


Bagai bulan jatuh ke riba. Haaa begitulah keadaannya bila adik kakak telefon bagitahu nak belanja menginap di Swiss-Garden Hotel Residence Genting. Walau pun dekat je dengan rumah, ehhh apa salahnya ye. Actually kakak memang nak ke Genting pun, bawa mak kakak ke Institut Aminuddin Baki bagi menghadiri majlis perkahwinan.


Btw, bilik kami letaknya di Blok C tingkat 32. Amboi gayat uols pandang ke bawah. Mujur ada view yang cantik. Cuaca pun molek. Bilik ada dua. Satu katil queen, satu lagi katil single. Yang tak bestnya, walaupun ada stove, microwave, piring, pinggan, sudu, garfu, periuk semua tak de ye. 


Di hotel ni juga disediakan fasiliti untuk kegunaan mereka yang menginap di sini, antaranya cafe, gym dan swimming pool. Yeahhh untuk kaki bergambar macam kakak, ini la tempatnya! Sila naik ke tingkat 40 ye, dan setelah melepasi sekuriti baru boleh naik ke tingkat 41. Btw hotel tetap mengamalkan SOP dan menghadkan jumlah pengunjung yang boleh ada di kawasan ini pada satu-satu masa.


NOTA: Untuk kaki bergambar, ini pesanan kakak based apa yang berlaku masa kakak di sana:-

Tolong hormati pengunjung lain. Awak sorang aje nak posing sampai dah setengah jam tak siap-siap. Ye tau,gambar awak tak cantik macam awak nak maybe sebab kawan awak tak pandai ambik gambar. Tapi, ramai lagi yang nak posing di tempat yang sama. Tambahan pula sekarang kan ada SOP limit person and limit time. 

Btw, thank you pada sis yang bagi laluan untuk kakak posing dulu sebab dia nak posing bergilir-gilir dengan kawan dia. Harap gambar uols letops.




Di sekeliling hotel ni tak payah cakap la, semua ada. Kedai makan, (kami tapau di Zul Bikers Stall), 7-Eleven, Starbucks, stesyen minyak, kedai runcit dan pelbagai lagi. Very convenience, walking distance pula tu. Boleh la try stay sini siapa yang tercari-cari tempat nak vaccay tu.

thank you Mommy Erry!



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites